NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 26, 2009

PALESTIN DI HATIKU

Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Maajah " sebaik-baik keislaman seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya"

Ahad 26 Julai 2009 bersamaan 4 Syabaan 1430H saya dan dua rakan mendapat undangan mewakili Aman Palestin sebagai tetamu ke program 'Cover Girl' anjuran Sekolah Islam ADNI. Program bermula jam 2.30 petang di KL Convention Centre (KLCC) plenary Theatre.


Tajuk program mencuit hati saya kerana tergambar konsep cover girl sebagai penghias majalah dan iklan. Namun di akhir program ramai yang manangisi usaha gigih umai Islam yang iltizam (ada komitmen) dalam agenda memperjuangkan kesucian Islam dan terkesan dengan manifestasi kezaliman yang di perlakukan kepada umat Islam seluruh dunia terutama di Palestin.


Sehari sebelum itu, Sabtu, Aman Palestin menerima tetamu daripada Puspanita Universiti Teknology Melaka (Uetm). Sentuhan mengenai kemelaratan hidup mangsa peperangan di Gaza telah juga berlaku dan mengesankan hati-hati kami yang hadir. Saya teringat satu bacaan mengenai sikap musuh Islam yang memang suka umat Islam berpecah supaya mereka kaya dan akan sentiasa membiarkan umat Islam miskin supaya mereka berjaya. Merenung kata-kata ini memang ada benarnya kerana perpecahan yang kerap berlaku antara negara umat Islam melibatakan senjata yang di bekalkan oleh pihak musuh yang semakin kaya. Dan jika umat Islam miskin pastinya musuh berpeluang mengalahkan kita kerana umat Islam lebih banyak fokus menyenggara diri untuk keperluan asas, makan dan minum kecuali orang miskin yang beriman yang yakin kemiskinan bukan halangan untuk meraih keredhaan Allah.


"Palestin di Hatiku" telah tercetus dalam satu program meraikan tetamu daripada Gaza dalam bulan Mac 2009 di Shah Alam. Kami penganjur program daripada Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) dan Aman Palestin memang merindui sehingga ke hari ini untuk bertemu lagi Ummu Muhammad (isteri Dr Abd Aziz Rantisi yang syahid di Gaza) kerana perjuangan membebaskan Palestin daripada perampas Zionis. Perjuangan ini tidak akan berkesudahan hingga rakyat Palestin menguasai semula tanahair mereka. Untuk memupuk rasa dekat hubungan rakyat Palestin dengan umat sejagat kami tidak akan berhenti merancang 'roadshow' ceramah kesedaran terhadap isu ini.



Dalam program 'Cover Girl' isu Palestin menerpa lagi di hatiku. Persembahan pelajar-pelajar sekolah Adni amat mengkagumkan kerana telah dapat menghidupkan susana pelbagai aspek Islam di cabar di seluruh dunia dan realiti kesangsaraan di Gaza. Melihat gambar runtuhan bangunan di Gaza yang di paparkan di layar skrin saya membayangkan bagaimana kalau insiden tersebut berlaku kepada rakyat Malaysia. Saya yakin kita akan mati ketakutan sebelum ajal sebenar datang menjemput. Namun seorang anak kecil yang melakunkan drama yang hidup dalam persembahan di KLCC membuatkan hati saya sendiri kuat...apabila teman sedarjahnya tidak hadir ke sekolah selepas berlaku pengeboman Gaza, kata-kata yakin dari mulut anak kecil menyebut 'my friend is now at a better place' 'where?' 'in Jannah' Tepat sekali...what better place are we preparing for in all our effort to be a good servant of Allah?

Usaha gigih ramai umat Islam memperjuangkan kebenaran perlu di sokong. Antara kepentingan menubuhkan NGO atau apa sahaja organisasi yang dapat memberi bantuan kepada orang ramai adalah untuk mempastikan usaha mereka tidak terbazir dengan kerja persendirian atau usaha sia-sia yang langsung tidak di wakafkan ke jalan Allah. Saya terkesan dengan usaha beberapa anggota surau sekitar seksyen 7 cuba lakukan untuk membenteras maksiat. Setelah berpakat lima enam orang kami (saya ikut serta selaku pengerusi MPP Zon) menyusur sepanjang tasik di taman tasik seksyen 7. Kami bertemu sekumpulan remaja Melayu yang sedang menghadap selongok air tin yang ternyata adalah 'arak' kandongan alcohol melebehi 5 mililiter (arak yang mengandungi 5 mil sahaja yang di benarkan di jual di kedai runcit atau 7 Eleven). Bila di tanya tentang hukum haram minum arak semua menjawab tau, dan yang cantiknya bila kami suruh buang tin-tin yang masih penuh mereka lakukan. Tapi kami nampak mereka menunggu di tepi jalan untuk mengambil semula arak yang di buang, lantas kami bawa balik dan buang di tempat sampah yang lain. Rasa-rasa kos arak yang di rampas berharga dua tiga ratus juga! Ini kisah malang remaja melayu yang tenaga mereka tidak di atur untuk ke arah kebaikan lantas musuh manusia iaitu syaitan mendorong mereka membelanjakan wang ringgit dan masa mereka ke jalan yang di murkai Allah, rokok, arak..dan perempuan.. ada juga kelihatan pasangan lelaki/ perempuan di sekitar taman yang merunsingkan hati kami.

Senerio di Taman Tasik berbeza dengan usaha murni dua orang pelajar puteri UiTM yang menawarkan 'Taharah Service' mengemas rumah,membersihkan ruang tamu, tandas dan kawasan persekitaran. Cas perkhidmatan 1 jam R 15.00. Saya telah mencuba khidmat ini dan akan berusaha mengaturkan khidmat dengan lebih baik dan kemas supaya menjadi iktibar kepada ramai anak-anak muda bahawa tidaklah hina mencari nafkah dengan cara yang halal dan barakah. Saya dapat tahu ada juga remaja yang pendek akal mencari pendapatan tambahan melalui jalan pintas menjual diri dan harga diri tanpa memikirkan dosa pahala, hidup mati sedangkan terpampang di depan mata kejelikan kematian orang-orang yang di murkai Allah termasuk mummi Firaun yang menjadi iktibar dan tempat pelancungan di Mesir. Nauzubillah

Mengakhiri episod Palestin di Hatiku saya berdoa ISU umat Islam bersatu dan berkemampuan tinggi hendaklah sentiasa menjadi fokus perancangan kita walau di mana sahaja. Ia satu amanah dan tanggungjawab yang bermula dengan kita mengenal siapa diri kita, siapa pencipta kita dan apa itu kebenaran. Rasulullah saw bersabda 'siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka DIA akan membuatnya memahami ajaran agama.' (Muttafaq aaih)

WaAllau'alam



No comments:

Post a Comment