NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, July 24, 2009

FIRE FIGHTING

Khamis 23 Julai 2009 3.40 petang semua Ahli Majlis (AM) MBSA di jemput menghadiri perbincangan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee-SC) mengenai Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Perbincangan SC telah di dahului dengan perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Pegawai-pegawai MBSA.

Isu yang menarik hati saya ialah kerja-kerja 'FIRE FIGHTING' oleh AM sehingga tak sempat menkaji dasar dan perundangan serta kesan kehadiran mereka selama setahun melaksanakan tugas. Cabaran oleh Pengerusi SC ialah: adakah dengan menjaga Zon masing-masing AM tidak boleh melaksanakan tugas sebagai 'policy maker'? Amat menarik, kerana suami saya ada bertanya apa peranan AM? Adakah pembuat dasar atau 'kuli' Zon? Sedihlah pulak...kuli dalam bahasa Inggeris ialah 'servant', saya bukan 'government servant', saya Board of Director syarikat yang bernama MBSA. Tapi tak lupa saya ingatkan diri saya dan semua orang saya memang 'servant of Allah' setiap saat.

Pepatah Kuno Arab ada menyebut ' siapa yang tidak mengetahui sesuatu maka ia akan memusuhinya.'Saya petik kata-kata ini untuk menulis blog saya kali ini juga untuk persiapan mesyuarat precouncil dan mesyuarat penuh AM minggu depan.

Terusterang saya mengaku kurang tahu atau ambil tahu tentang MBSA sebelum ini walaupun saya sedar ia merupakan sebuah PBT bertaraf bandaraya. Dalam kemelut mentadbir negeri yang baru di kuasai memang tidak mudah barisan kepimpinan Pakatan Rakyat melakukan yang terbaik kecuali mereka di beri taklimat tentang apa yang berlaku sebelum pengambilanalih dan apa dasar yang perlu di teruskan mengikut mana-mana akta atau amalan yang jelas.

Bila di sebut 'fire fighting' saya akui selama setahun kerja-kerja AM menjurus kepada operasi program kemasyarakatan dan menghadiri mesyuarat demi mesyuarat yang bercorak 'penyelenggaraan' program sedia ada yang perlu di teruskan. Mungkin ada benarnya bila pengerusi SC melihat AM sebagai pengerusi zon melaksanakan kerja 'memadamkan kebakaran' yang sedang merebak di semua tempat.

Saya masih ingat wabak denggi yang tertinggi di kawasan MPP Zon 3 iaitu kawasan di bawah jagaan saya hingga ke tahap 'tak terkawal'. Last resort yang saya terus lakukan ialah meminta kerjasama semua surau melakukan solat hajat agar Shah Alam di jauhi wabak penyakit dan fitnah. Alhamdulillah reda wabak itu, namun khabarnya apabila IPT mula mendaftar pelajar baru, wabak ini akan meningkat semula, dan begitulah seterusnya MBSA akan pulun bersama Jabatan Kesihatan Negeri membuat fogging siang malam di kawasan yang di landa wabak denggi. Seolah-olah keringat belum kering mereka sedang menyiapkan diri untuk berperang lagi dua tiga bulan ini. Apa yang turut berlaku ialah kerja-kerja fogging akan di 'outsource' dan aduan demi aduan akan datang menyatakan kurang berkesannya fogging yang di lakukan oleh pihak swasta.

Saya ingin mengemukakan pandangan disini agar AM melihat semula kehadiran diri mereka sebagai penyumbang kepada beberapa penambahbaikan urustadbir MBSA kerana MBSA dikatakan sebagai 'trend-setter'. Saya tidak menafikan memang semua AM yang di lantik mempunyai kemampuan yang tinggi, baik dari segi kelayakan akademik maupun pengalaman dan komitmen. As a start we do not even know each other...our background and inclination. Saya syurkan semua AM di MBSA get to know each other, educational background, family and current employment atau keterikatan kepada mana-mana NGO. Saya yakin ramai AM MBSA tak tahu pun nama NGO yang saya wakili.

Item pertama yang perlu di unjur ialah kewangan atau bajet MBSA. Kalau MBSA berminat menyelenggara semua kawasan terbiar dan daif agar sesuai dengan konsep 'livevable city' ia harus di rangka dengan penuh komitmen agar semua pegawai dan kakitangan membawa mentaliti tersebut. AM harus di beri peluang untuk berbincang dengan pegawai dan semua maklumat kena telus untuk 'put the things right'. Sewaktu proses berjalan perlu monitoring, penyeliaan dan jika perlu penguatkuasaan

Kedua, sumber tenaga dan kepakaran MBSA tidak di biar dengan 'maintenance' mentality, harus ada sikap perubahan kepada yang lebih memberi impek kepada masyarakat. Ketua-ketua jabatan kena monitor kerja kakitangan sebagai amanah bukan berdasarkan siapa berkuasa. Perlu ada dasar yang jelas peranan AM yang menyelaras dasar di Zon agar berterusan sehingga ada perlantikan dan pengganti baru. Jangan jadikan excuse tiada AM sebagai kerja terhenti. Elakkan sikap mempolitikkan program kerana pembayar cukai berhak mendapat khidmat dalam tempoh interim.

Ketiga sikap dan aduan tentang ketidakcekapan dan rasuah harus di benteras dengan tegas namun berhikmah. Maksudnya bukan mudah untuk memerangi 'evil' yang bersarang dalam jiwa penerima rasuah yang sebati dengan amalan tersebut. Perlantikan dan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan hendaklah berteraskan keperibadian dan sikap positif.

Keempat AM sendiri haruslah ada pendekatan dan strategi untuk berkerjasama sesama mereka untuk menyelesaikan masalah masyarakat walau di mana sahaja secara bersepadu dan atas dasar lengkap melengkapi. Jika sesebuah MPP pernah berjaya dalam apa-apa isu boleh di terapkan dalam Zon yang lain. Berkongsi pengalaman dan memerlukan masa untuk berbincang, jangan tunggu 2-3 jam precouncil baru nak bincang. Usaha haruslah di buat awal lagi untuk melawat zon masing-masing, kenalpasti masalah dan cuba atasi bersama sebagai team MBSA. Jika sesuai kumpulkan beberapa zon untuk dialog bersama Alam Flora dan Sinar Harian.

kelima fokus amar makruf dan mencegah mungkar dalam masyarakat untuk memelihara kewibawaan AM. Tersebarnya maksiat akan menghambat keberkatan kerja serta bantuan Allah.

keenam hubungan dengan ADUN dan pegawai MBSA mesti erat. lengkap melengkapi.

ketujuh sistem dan peraturan kerja di seluruh MBSA perlu jelas dan telus.

kelapan lakukan konsep MBWA (Management by walking around)

Kesembilan perlu ujud sistem atau mekanisma untuk memastikan tindakan susulan mengenai sesuatu isu/aduan/masalah telah di ambil oleh pengurusan MBSA. Contoh aduan jalan berlobang setelah di laporkan mesti ada cara untuk menyimak kerja telah di jalankan dalam tempoh yang sesuai sekalipun kerja tidak dapat di jalankan atas sebab tiada bajet.

Kesepuluh MPP Zon perlu pakar dalam dalam satu projek khas LA21, ekonomi, kitarsemula dan sosial.

Kesebelas, tarikh tamat perkhidmatan AM di buat dengan penyerahan tugas.

No comments:

Post a Comment