NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, July 23, 2009

KEBENARAN ITU HAK ALLAH

"Hendaklah kamu berada pada jalan kebenaran..jauhi jalan yang tidak benar, dan jangan kamu terpedaya dengan banyaknya orang-orang yang rosak. Setiap kali kamu merasa asing dan sepi kerana bersendiri (dalam kebenaran) ingatlah kawanmu yang terdahulu (salafussoleh), berusahalah untuk menyusul mereka dan jangan kamu hiraukan orang lain kerana mereka tidak ada manfaat di sisi Allah SWT walau sedikit pun...dan jangan kamu menoleh kepada mereka, kerana jika kamu menoleh, pasti mereka akan meringantimu. (Fudhil Bin Iyadh)

Telah berlalu hari-hari yang tidak akan kembali lagi..itulah hakkat kebenaran. Walau semau mungkin saya ingin menulis dalam blog "mutshahidan' masa sehari amat suntuk, apatah lagi bagi seorang pesara usia emas..yang lambat langkahnya macam saya ni.

Apa pun hampir seminggu saya berkelana di alam kesibukan saya sempat mencatit beberapa kebenaran yang saya terima dalam pelbagai program. Malam Isnin 20 Julai Ustazah Maznah menasihatkan kami membaca doa ketenangan hati yang bermaksud ' Ya Allah aku memohon daripadaMu jiwa yang tenang, jiwa yang beriman dengan pertemuan denganMu, redho dengan ketentuanMu dan berasa cukup dengan pemberianMu.'

Merenung doa ini saya memang rasa sebahagian besar masyarakat Islam hari ini harus berdoa dengannya kerana hanya Allah yang dapat memberi ketenangan. Rancang macam mana sekalipun sebarang aktiviti atau majlis yang terpisah daripada kebenaran Allah pasti tidak akan bertemu ketenangan.

21 Julai Selasa saya di kunjungi tiga orang pelajar UiTM Cawangan Lendu Melaka. Pelajar bidang Pentadbiran Awam bertanyakan pengalaman bertugas dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya di MBSA. Soalan cepumas pertama yang agak memerangkap saya ialah sejauh mana keberkesanan PBT dalam menjalankan tugas memberi khidmat kepada masyarakat. Selama setahun saya di PBT saya rasa belum mampu menjawab soalan itu kerana khidmat kepada masyarakat suatu yang berterusan, berkembang dari masa ke masa dan melalui kepakaran pegawai dan kakitangan akan mencernakan penghasilan yang bertambah baik. Saya KIV soalan itu untuk menjawab soalan kedua iaitu masalah dan cabaran yang di hadapai seorang Ahli Majlis dalam pentabdiran PBT. Saya terima cabaran bukan masalah, antaranya usaha memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tugas PBT adalah tugas semua pihak, bukan tanggungjawab Ahli Majlis sahaja. Kalau kita sempitkan pandangan PBT kepada peranan Ahli Majlis sahaja akan lahirlah silkap berlepas tangan dan tuding menuding siapa salah. Cabaran kedua ialah perpaduan tidak mengira kaum, fahaman atau agama. Cabaran ketiga ialah pembangunan pesat yang membawa perubahan yang sukar di bendung jika kita tiada pegangan hidup yang kuat. KPI atau Key Performance Index keberkesanan PBT saya minta ketiga pelajar layari internet dan membuat perbezaan dengan apa yang ada di MBSA. itu untuk menjawab soalan yang saya KIV. Apa pun pelajar-pelajar selesa dengan saya bila saya sebutkan saya bekas PTD. Masing-masing nak menjadi PTD. Bila saya tanya kenapa..jawapan kurang jelas..ramai kawan-kawan menjadi PTD, nampak ok je..saya terus betulkan nawaitu mereka iaitu 'untuk menegakkan kebenaran' dan saya minta mereka selidik sendiri bagaimana nak berbuat demikian atau bertemu saya semula sekiranya umur panjang dan ada peluang lebih lama. Pertemuan berakhir dengan sedikit cabaran kepada ketiga pelajar,namun saya rasa sasaran saya hari itu agak mengena kerana pelajar-pelajar tersebut tinggi semangat ingin tahu dan berakhlak mulia.

22 Julai Rabu Majlis angkat sumpah Ahli Majlis (AM) kumpulan kedua di MBSA, di ikuti bergambar ramai dan jamuan makan durian di kawasan taman lapang MBSA. Status saya di sentuh lagi dengan maklumat akan memindahkan saya ke MPP Zon lain. Mohon maaf saya tak larat...itulah jawapan dan mungkin saya undur diri jika terpaksa memulakan tugas AM di Zon lain.

Satu kebenaran tiba-tiba menggamit perhatian saya bila lewat hari itu saya terbaca sebuah article di internet...'He who bothers only about his own turf will be buried alone in it when the grass catches fire' (siapa yang hanya mengambil berat kawasan rumputnya akan di tanam di dalamnya sendirian bila rumput di kawasan tersebut terbakar.) tergamam juga saya bila berkeras mahu mengekalkan tugas di zon sendiri. Saya juga teringat sebuah hadis yang maksudnya 'siapa yang tidak mengambil berat kepentingan umat Islam dia bukan daripada golongan ku' ...pesan Rasulullah saw. Apa pun saya terus membaca doa ketenangan yang di beri Ustazah Maznah dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. I think its ok to defend your turf for the moment because you are not finished yet with whatever you want to do. When this is done you can move on. Its best to finish what you have started before moving on to a new one. And I am sure you are not staying put solely for your own interest. You will only get burnt if you stay on for selfish reason.

    ReplyDelete
  2. Thank you. Mmm get burnt to neraka tau...kalau syirik dan buat sesuatu bukan kerana Allah nerakalah. Alhamdulllah things are ok. Nak ucap tahniah dapat rai tamu puspanita dari melaka tadi. Once upon a time i got a vision about puspanita to think like puan sara did. Hari ni rasa macam tercapai cita-cita. syukur dapat juga lihat sinar di hujung jalan..wassalam

    ReplyDelete