NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 2, 2020

TETAMU DARI GAZA

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
Khamis 2 Januari 2020 / 6 Jamadil Awal 1441H

الحمدالله..nawaitu ingin ke Gaza Palestin lama menjadi impian saya..namun tanpa berpolmik tentang boleh atau tidak menziarahi Palestin yang kini masih di jajah kuasa Zionis saya memilih untuk bersabar sehingga Palestin menjadi negara bebas daripada sebarang tekanan negara haram lsrael.

Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) sebuah NGO wanita yang di ujudkan lebih sepuluh tahun yang lalu alhamdulillah dapat menjalin kerjasama dengan NGO setaraf di Gaza.  Hasilnya PMM berpeluang membiayai dua wakil NGO Gaza ke Malaysia baru2 ini...mereka menjadi tetamu selama dua minggu. Salah seorang fasih berbahasa lnggeris kerana mendapat pendidikan di Amerika..dan menurutnya pasport yang ada cop Amerika lebih mudah keluar masuk check point kawalan zionis.

Alhamdulillah berkat usaha seorang biras saya yang baru pulang daripada menziarahi Palestin dan penuh semangat kesan suntikan lawatannya ke Masjid AlAqsa beliau telah mempelawa tetamu Gaza untuk makan tengahari di restoran D Arab Cafe Shah Alam. Rezeki saya juga di saat akhir beliau mempelawa saya menyertainya..bak orang mengantuk di sorong bantal saya terus setuju walaupun sebelum itu PMM ada menjemput saya ke majlis perpisahan tetamu Gaza yang clash dengan appointment saya yang lain.

Luarannya kedua tetamu amat selesa dan berpakaian pun serupa dengan muslimah biasa..namun setelah berbicara dengan mereka saya dapat merasai jeritan batin yang tersiksa dek tekanan penjajahan yang tak berkesudahan...satu ayat terlepas daripada mulut salah seorang tetamu kami..l cannot be sure to be back safe again to Gaza...may be this will be my last JIHAD..terkejut juga mendengar keluhan tersebut yang di jawabnya sendiri..you know how many times our request to travel outside Gaza were rejected...the third time with lots of information taken only then we get the permit.

SubhanaAllah.,.begitu sulit dan terperangkapnya rakyat Gaza untuk bebas bergerak..semua di awasi regim Zionis laknatulAllah..kalau proses keluar Gaza melalui Mesir mengambil masa 2 atau 3 hari..mungkin balik nanti 5 atau 6 hari demikian rungutan tetamu Gaza. Katanya lagi di setiap check point yang banyak itu semua beg di selongkar, duit di chek..sesuka merekalah...sedih nada kata2nya. Menurutnya lagi seorang temannya tak tentu pasal di penjara bertahun2 tanpa sebab sekembalinya daripada keluar Gaza.

Sewaktu biras saya bercerita kisah ziarahnya ke MasjidilAqsa tetamu kami terusterang menegur...if l were you l would not go to lsrael.. demikianlah tegarnya kemarahan rakyat Gaza terhadap penjajahan haram zionis.

InsyaAllah saya akan menyambung blog ini setelah saya menemui lagi tetamu yang sama dalam majlis farewell hari jumaat nanti.

No comments:

Post a Comment