NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 17, 2013

TETAMU DARI JAKARTA KE SUFI

Salam Khamis 17 Januari 2013
Kami menerima tetamu daripada Jakarta sejak Rabu 16 Januari. Mereka awal-awal melaporkan Jakarta di landa hujan berhari-hari dan mungkin berlaku banjir besar. Tepat sekali hari Khamis semasa kami menghala ke SUFI Tangkak talipon tetamu kami tak berhenti-henti berdering. Keluarga di Jakarta memaklumkan banjir besar di bandaraya Jakarta.
Apa pun SUFI menyambut baik tetamu pertama yang dapat melihat pelbagai aktiviti anak-anak dan juga menerima cenderahati Tshirt SUFI. Kami sama-sama menghabiskan musafir berehat santai di Air Kroh sebelum pulang keKL. Saya amat yakin tetamu saya yang masih muda ini bersama kami dalam meneroka jihad IHES/QGDP. Kami sempat meneliti rencana yang saya fotostat untuk murobbiah SUFI bertajuk 'Duta pertama Islam Mus'ab Bin Umair ke Madinah'. Satu fenomena menarik Mus'ab yang penuh karisma telah 'menampilkan lslam sebelum beliau buka mulut' BAGAIMANA DENGAN KITA?

No comments:

Post a Comment