NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 4, 2012

TANGKAP MUAT

(Mohon maaf komputer saya di serang virus lagi, text blog di luar kawalan) Salam Selasa 4 Disember 2012/20 Muharram 1434H Debar di hati ini masih belum reda sejak membuat persiapan preview dan pelancaran Smart Top Integrated Pre School (STIPS) di Tangkak Johor pada Ahad 2 Disember. Terlalu banyak isu mendesak yang perlu di rencanakan apatah lagi masalah yang perlu di atasi. Dengan penuh kesedaran saya memikul tugas mengambilalih Tadika Subur Fitrah Tangkak kerana saya bertanggungjawab terhadap penerusan usaha mulia kakak saya sejak lebih 20 tahun berkecimpung dalam mendidik anak-anak usia pra sekolah. Tiba masanya saya membantu usaha beliau agar tadikanya tidak di 'hijack'(di rebut) pihak lain yang saya yakin kurang berminat untuk menegakkan kalimah Allah di tahap tertinggi. Berbekalkan IHES/QGDP(Integrated & Holistic Education System/ Quranic Generation Development Program) saya dan teman-teman memberanikan diri diakhir usia kami memikul tugas berat ini. Menggalas amanah besar ini rata-rata kami berhadapan dengan penyakit masyarakat lslam hari ini yang mungkin ada juga pada diri saya sendiri iaitu: i)sifat bakhil yang di turuti ii)Hawa nafsu yang di patuhi iii)Cinta dunia dan iv)Berbangga dengan pemikiran sendiri (ujub) Terfikir saya betapa beratnya tanggungjawab 'mentarbiyyah' semua yang terlibat dalam projek STIPS ini agar jiwa-jiwa kami bersih, suci dan ikhlas. Ungkapan yang sering saya guna ialah 'kalau tentera Qassam di Gaza mensyaratkan sesiapa yang ingin menyertainya menghafal 30 juz alQuran STIPS juga ada syarat penting iaitu IKHLAS jika ingin bersama dalam perjuangan kecil kami.' Menurut Sa'id Hawa seorang pemikir Muslim, ubat penyakit bakhil yang di turuti ialah dengan mengingati akhirat dan janji Allah dalam surah AlSaba' 39 bermaksud "..dan barang apa saja yang kamu nafkahkan Dia (Allah) akan mengantikannya.." Ubat penyakit hawa nafsu ialah menentangnya untuk kembali ke jalan Allah seperti peringatan dalam surah Al-Nazi'at 40-41 bermaksud "Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." Penyakit cinta dunia perlu di rawat dengan banyak membaca dan faham AlQuran, hadir majlis ilmu, muhasabah diri dan zikir. Penyakit 'ujub' dengan pemikiran sendiri memerlukan seseorang itu melihat kelemahan diri dan menilai keberkatan pandangan syura yang matang dan perlu membiasakan diri berbincang dengan orang lain. Tajuk blog saya TANGKAP MUAT merupakan fenomena biasa dalam masyarakat yang tidak mahu bersusah payah memikirkan sesuatu. Apa yang sempat di rangkul terus tangkap. Di akhir hayat saya ini jika di izin Allah saya ingin membenteras sikap ini melalui perancangan dan bertawakkal kepada Allah. Sedikit sebanyak ia memberi ketenangan bahawa saya telah berusaha barulah serah kepada Yang Maha Berkuasa. Isu tangkap muat untuk STIPS lagilah bahaya kerana antara perubahan dasar ialah 'integrated' atau Terpadunya setiap kurikulum. Sebelum ini anak-anak di beri pilihan untuk belajar alquran dengan bayaran tambahan, bagi yang tidak membayar tidak berpeluang belajar alQuran di umur tadika, ini satu trajedi. Baru-baru ini saya diuji untuk mencari guru STIPS kerana di saat akhir seorang calon Diploma menarik diri kerana ayahnya tidak mengizinkan berkerja di tempat sejauh Tangkak Johor, di KL ok. Kebetulan saya berada di Sg Petani menziarahi Anas di Kota Kuala Muda, sepupunya lepasan SPM sedang mencari pekerjaan, ibunya seorang ibu tunggal. TANGKAP MUAT pun berlaku di mana saya menawarkan beliau tugas guru STIPS. Dengan izin Allah dalam perjalanan dengan bas ke Shah Alam beliau mengalami kecelakaan,bas terbalik. Berlaku sedikit kecederaan dimana tidak tergamak saya menahannya untuk pulang menemui ibunya. Selepas preview beliau pulang ke Kota Kuala Muda semula. Pengajaran pada saya ialah jangan TANGKAP MUAT, syura dulu, namun begitulah hakikatnya jika kita terdesak...Tindakan begini tidak terkecuali berlaku kepada mana-mana pihak yang membuat keputusan kecil dan besar, dalam organisasi atau politik isu TANGKAP MUAT pasti berlaku jika seseorang itu dalam keadaan TERDESAK. Saya berdoa dan berharap STIPS bermula dengan nawaitu yang betul, di rancang dengan baik,syura dan semata-mata ingin memikul tanggungjawab mengujudkan perbezaan dalam pendidikan anak-anak ke arah melahirkan generasi beriman dan bertaqwa untuk mencari REDHO ALLAH.

No comments:

Post a Comment