NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, November 23, 2012

GAZA

Salam

Jumaat 23 November 2012/9 Muharram 1434H

Alhamdulillah tarikh keramat hari ini. Semua urusan persiapan memulakan IHES/QGDP pra sekolah telah dapat di uruskan. 2 Disember nanti akan di adakan preview SMART TOP Pre School Tangkak Ledang Johor.

Awal pagi kami bertiga dengan pengelola tadika ke Jabatan Agama lslam Johor, JB menghantar permohonan pengesahan lokasi pra sekolah yang memang di gezet untuk Tadika lslam. Permohonan juga di buat untuk mendapat sumbangan zakat dan mendapat izin memungut derma orang ramai. Dalam hati ini hanya pasrah kepada Allah Maha Pemberi Rezeki agar di permudahkan mendapat dana dan sumber manusia sebagai murobbi. Kepada dua orang ustaz sahabat saya yang pernah membantu persiapan sekolah Situwangi Boarding School Garut saya minta di carikan mudir mengetuai sekolah. Semoga usaha mereka mencapai hajat insyaAllah.

Saya kurang berkesempatan menulis kali ini kerana sibuk juga mempersiapkan program SUBUR FITRAH untuk anak-anak berumur 7-10 tahun kariah Surau AtTaqwa seksyen 7 Shah Alam di kendalikan AJK Remaja Muslimat Surau pada hari Sabtu dan Ahad 24 & 25 November. Saya selaku penasihat hanya memantau dari jauh, alhamdulillah semua beres. Falsafah saya ialah beri kepercayaan kepada golongan muda yang berwawasan,insyaAllah kerja kita di ringankan.

Tarikh keramat kemenangan tentera HAMAS di Gaza berikutan gencatan senjata yang di tandatangani pada tarikh hari jadi saya, alhamdulillah. Selama ini saya sering merenung kesedihan tahun 1948 sebagai tarikh tergadainya bumi Palestin. Semoga kemenangan ini menjadi tandaaras jitu kemenangan lslam di akhir zaman,amiin. petikan di bawah menceritakan segalanya, waAllahu'alam

PERJANJIAN GENJATAN SENJATA ISRAEL GAZA

Israel akhirmya mengumumkan gencatan senjata setelah hanya mampu berperang dengan pejuang Palestin selama 8 hari sahaja.

Pengumuman gencatan senjata itu disambut dengan suasana gembira oleh penduduk Palestin tetapi disambut dengan dukacita penduduk Israel.

Media Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas ".

Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:

1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.

2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.

3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.

Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.

*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi

Sumber:
Al-Jazeera. & IKRAM Mesir 2012

No comments:

Post a Comment