NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 12, 2011

BREAKING NEWS

MASJID AYUB AL ANSARI


DINDING MARBLE YANG INDAH DI KEBANYAKAN MASJID DI TURKI

Salam

Khamis 12 Mei 2011. Selepas menunaikan solat Subuh saya terbabas tidur tidak dapat hadir kelas harfiah Alquran jam 8.00 pagi. Namun dapat bersua dengan ustaz sewaktu mengadakan perbincangan dengan Pengerusi MPP Zon 3 berhubung Program Mesra Komuniti Seksyen 7 pada 21 dan 22 Mei 2011. Alhamdulillah juadah Turkish Delight dan cenderahati dapat di kongsikan.

Saya mengambil peluang menulis blog setiap hari sebagai memenuhi janji dan mensyukuri nikmat bermusafir. Apa yang saya ingat pada hari pertama menjejakkan kaki di bandar Istanbul bertarikh 2 Mei saya menerima sms adik yang menyebut 'breaking news Osama bin Ladin meninggal dunia'.

Samada kematian Osama bin Laden merupakan taktik percaturan politik USA Obama atau kisah benar saya kurang arif. Yang kami di maklumkan mayat Osama di bawa ke laut. Hanya kesedihan saya betapa ramai umat lslam yang jatuh syirik dan munafiq kesan berita ini kerana memberi komen yang pada saya kurang beretika keimanan. Semua orang akan mati. Sukakah kita jika orang lain seronok dengan kematian kita? semoga Allah memberi petunjuk.

Hari pertama perjalanan kami di lstanbul (hari kedua musafir) kami melawat Masjid Ayub AlAnsari sahabat Rasulullah saw yang menawarkan rumahnya menjadi penginapan baginda sewaktu peristiwa hijrah ke Madinah. Persepsi saya tentang seorang sahabat besar seperti Ayub AlAnsari memang syahdu dan kami sempat menunaikan solat dhuha di dalam masjidnya. Menurut kisah sahabat besar ini beliau mengejar syahid sampai lanjut usia 81 tahun dan menyertai salah satu peperangan tentera lslam cuba menakluki Konstantinopal kerana yakin dengan janji syurga dan ramalan Rasulullah saw bahawa konstantinopal atau lstanbul sekarang akan di takluki pemimpin yang baik dan tentera yang baik.
MUNAJAT DALAM MASJID AYUB AL ANSARI

Uniknya pembinaan masjid di Turki ialah kawasan sekitar umpama taman dan tanah perkuburan juga di anggap'Taman Syurga' dengan tanaman bunga dan hiasan batu nisan yang bermaklumat, antaranya bilangan anak dan jantina ada simbol masing-masing.TANAH PERKUBURAN DI TANDAI BATU NISAN YANG BERUKIR PENUH MAKNA
KAWASAN MASJID UMPAMA DATARAN

Lawatan di teruskan ke Masjid Hijau dan New Mosque di tengah-tengah bandar Istanbul. Saya kurang mampu memanjat Masjid Hijau dan hanya berjalan di sekitar kedai menjual barangan spices. Rupanya saya terkandas dalam menjawab kuiz yang di utarakan pemandu pelancung diakhir lawatan kerana tidak mendengar taklimat mengenai Green Mosque.NEW MOSQUE- MASJID SIMBOL KEJAYAAN DI TURKI

Dataran di sekitar New Mosque agak meriah dengan hiasan bunga dan jualan pelbagai juadah ringan makanan orang Turki. Bila kami mencuba jagong bakarnya agak pelik kerana tidak seenak jagung manis di Malaysia.

Makan tengahari pertama di Turki di sebuah restoran yang cantik dan bersih. Memang orang Turki sudah memenuhi konsep 'civilized' dari segi kebersihan walaupun peralatan air masih belum sesuai bagi orang Melayu. ramai yang perlu membawa botol ke toilet.

Kami memendekkan perjalanan 30km lebuhraya dan jambatan menyeberangi lautan Bospherous menggunakan feri dan menikmati suasana santai dalam feri, bay bayan dan minum kopi. Jembatan Bospherous menyatukan dua benua Eropah dan Asia dan merupakan lebuhraya paling sibuk.BERTEMU WARGA TURKI DI MASJID -SEE YOU IN JANNAH-DIA BOLEH BERBAHASA INGGERIS

Perjalanan di teruskan ke Bursa melalui masjid lama dan solat jama' taakhir di sana. Berpeluang ke Silk Market membelibelah shawl dan towel buatan Turki. Check in di hotel Kervansaray Bursa hampir jam 7.00 malam. Bursa ibu negeri pertama Ottoman mempamirkan simbol ukiran Sultan Othman di pesiarannya. Sebelah malamnya kami mencari air mineral dan keperluan toiletries yang tidak sempat di bawa. Kemudahan memasak air panas tidak disediakan sepanjang musafir. Waktu malam di bandar Bursa tidak ada pilihan yang sesuai untuk di jadikan cenderahati.
LOGO SULTAN OTTOMAN
PASAR ULU JAMIE SEKITAR MASJID

AHLI ROMBONGAN LELAKI DI KAWASAN ULU JAMIE

Hari ketiga musafir check out hotel menuju ke Pamukkale 252 km perjalanan. Singgah di Masjid Ulu Jamie melihat keindahan arkitek dan binaan lama yang kukuh sejak tahun 1300. Masjid yang cantik serta tulisan khat yang amat indah menghiasi dalam masjid. Ramai yang dapat bermunajat, alhamdulillah. Unik lagi pembinaan masjid era ottoman ialah sekitarnya di sediakan kiosk jualan pelbagai keperluan menunaikan ibadah, buku dan CD. Kami dapat membeli CD Imam Mahir untuk di perdengarkan dalam perjalanan.MAKAN TENGAHARI YANG SIHAT DAN ENAK

Makan tengahari kebab dan salad yang enak dan sihat. Perjalanan bas di teruskan dengan takruf peserta. Entah mengapa saya boleh menyebut ' don't die before l see Turkey' dan menceritakan infaq adik saya yang membolehkan saya dan suami sampai ke bumi Turki. Doa saya agar adik saya di anugerahkan ganjaran yang setimpal dan kami di rahmati dengan pahala dan barakah di bumi Turki.

Rupanya seorang peserta terkesan dengan infaq adik saya kerana beliau jarang mendengar ada adik beradik yang sehebat itu! ameen, ini mungkin doa ibu bapa kami yang amat inginkan kami bersatu hati. Doa dalam perjalanan saya semoga anak cucu saya dapat mengambil iktibar betapa besarnya ganjaran Allah jika kita berbuat baik kepada ibu bapa dan sanak saudara. Jangan sekali ada sifat kikir untuk menyumbang kepada ibu bapa yang membesarkan kita. Jumlah bukan jadi ukuran tetapi ingatan dan sumbangan dari hati yang bersyukur amat barakah, cubalah ubah sikap kalau benar-benar kita beriman kepada Allah yang Maha Kaya.

Saya juga tabik anak saudara yang kian jelas matlamat menyumbang kepada kesejahteraan ibu bapanya melancung. Selain Pak Anjang beliau juga menyumbang USD 1k kepada ibu bapanya, patutlah kakak saya steady sahaja membeli belah. Anugerah kepada kakak saya sepanjang musafir ialah beliau yang paling 'best dressed'...ameen, sentiasa kemas dan warna baju/tudung matching.

Teman semusafir pula menganugerahkan saya pangkat 'always get what she wants' kerana sekali saya buat keputusan inginkan sesuatu saya akan cuba dapatkannya insyaAllah. Namun saya juga sering memujuk hati dengan kata-kata 'zuhudlah kamu kepada dunia niscaya Allah kasihkan kamu' maksudnya jangan kejar sangat hiasan dunia, tak dapat tak apa, mesti ada ganti yang lebih baik, insyaAllah.

Sepanjang perjalanan ke bandar purba Roman Hierapolis kami melalui pemandangan kawasan tanaman buah anggur dan zaitun yang terbentang luas. Tiba di kawasan teres air panas pemandangan 'spectacular' 'Cotton Castle' kesan hakisan mineral serta gempa bumi di bandar lama Rom. Taddabur alam di sini ialah sebanyak tiga kali gempa bumi berlaku sebagai amaran tentang cara hidup orang Roman yang cintakan dunia. Terkini pun kami lihat pelancung mengamalkan cara hidup ala Roman berendam dalam kolam air panas dengan pakaian paling minima.
LAPISAN TANAH KESAN GEMPABUMI, HAKISAN AIR DAN MINERAL

Kami bermalam di hotel yang ada kolam thermal (air panas) di Pamukkale dan menikmati mandian air panas sebelah malamnya. Seronok...sihat dan menyegarkan!SELEPAS BERENDAM DI KOLAM THERMAL (AIR PANAS) DI HOTEL

Sekadar ini untuk travelog Turki, semoga Allah memberi saya kekuatan meyambungnya, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment