NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 27, 2011

SURAMADU (SURABAYA-MADURA)


Gambar SURAMADU daripada kereta
Bersama Pak wiwi

Salam

Khamis 27 Januari 2011 Surabaya. Suami saya menyewa sebuah keenderaan untuk ke SURAMADU iaitu nama jembatan yang menghubungkan Pulau Jawa dengan Pulau Madura yang baru di rasmikan tahun lalu 2010. Jembatan terpanjang di Indonesia ini (5-6km) menjadi icon pelancungan dan sekaligus membangunkan ekonomi masyarakat yang masih rendah di Pulau Madura.

Pak Wiwi pemandu kami muda orangnya dan masih kurang arif dengan SURAMADU. Kami tidak sampai pun ke bandar Bangkalan ibu negeri Madura. Khabarnya pulau mudah dapat ikan segar dan kami di bawa ke sebuah restoran Ole Oleng (Jalan-jalan) menikmati masakan ikan, tapi saya rasa ikan kerapunya tidak segar.


Hidangan ikan kerapu (anak) masak cili ijo (hijau)

Apa pun hasrat untuk sampai ke satu lagi daerah di Indonesia tercapai iaitu Madura yang popular dengan sotonya.

Sekali imbas saya melihat sekitaran Madura seperti sebuah kampong yang berekonomikan pertanian, padi dan hasil kampong. Di sana sini nampak pembagunan rumah lebih mewah termasuk restoran untuk dikunjungi pelancung.

Sebaik turun SURAMADU dengan bayaran tol agak tinggi (RM10 sehala,dua hala RM20) terdapat gerai jualan produk warga Madura, antaranya kerepek tempatan termasuk belacan, batik tulis dan T Shirt.


Madura mengingatkan saya Pulau langkawi 20-30 tahun lalu dengan gerai jualan ala kadar. Panas di tanah gersang tempat gerai terasa sekali. Sukar juga masyarakat di sini menyara kehidupan kerana belum ramai yang dapat membelibelah di sini. Mungkin kedatangan saya pada hari bekerja kerana di fahamkan ramai yang berkunjung ke SURAMADU hujung minggu.

Khabarnya juga di Madura banyak Pesentren. Dalam tempoh 5 jam menyewa keenderaan kami tidak terrancang untuk melawat pesentern.Pemandu pelancung/driver pun tak sebut. InsyaAllah SURAMADU ada dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment