NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, April 11, 2010

MOTIVASI JUARA



Salam

Dua aktiviti hari Ahad 11 April 2010 menjadi motivasi kepada saya. Pertama saya di jemput merasmikan Karnival Sukan kali ke 12 Sekolah Sri Pintar seksyen 7 Shah Alam. Sukan di jalankan di padang sekolah kebangsaan seksyen 18 Shah Alam. Aktiviti kedua ialah pengajian tafsiran AlQuran Miracle 15 in 1 kali kedua untuk ahli Kohatsa di Jalan Badik seksyen 11 Shah Alam.

Mulanya saya kurang sedar mengapa sekolah Sri Pintar menjemput saya sedangkan sumbangan saya kepada sekolah tersebut amat sedikit sekali. Rupanya selaku Pengerusi MPP Zon 3 saya beruntung kerana dalam kawasan saya ada sekumpulan anak-anak yang boleh di tampilkan sebagai contoh beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.

Menyaksikan karenah anak-anak yang bersemangat juara ingin meraih kemenangan dalam karnival sukan hari ini saya terkenangkan sewaktu saya kecil dahulu di mana memiliki sebatang pensil baru pun boleh jadi motivasi. Saya yakin anak-anak sri pintar menunggu-menunggu program karnival hari ini kerana ia sebagai motivasi seorang juara jika mendapat kemenangan.

Sejak kecil hingga ke dewasa manusia perlu di motivasikan untuk melakukan sesuatu yang penting. Saya berdoa motivasi saya awal pagi ahad iaitu untuk berkenalan dengan sekolah Sri Pintar dan potensi menjadikan mereka contoh merupakan nawaitu yang di redhai Allah.

Untuk menjalin hubungan erat dengan sekolah Sri Pintar saya menawarkan pelajar yang berumur 10 tahun keatas menyertai Skuad Bersih MPP Zon 3 supaya pergaulan mereka dengan anak-anak daripada pangsapuri dan kawasan sekitar dapat memberi input positif kepada pembentukan syaksiah remaja. Semoga ini turut menjadi motivasi kepada anak-anak nanti kerana pengelibatan merek adalah untuk kebaikan menjaga alam sekitar, antarnya projek menjual minyak masak terpakai kepada kilang swasta yang akan recycle bahan tersebut. Saya di fahamkan dalam sebuah MPP Zon pendapatan jualan minyak terpakai dapat menampong kos penyelenggaran surau iaiatu kira-kira Rm5000 sebulan.

Dalam program pengajian Alquran Miracle Ustaz Miftah menceritakan kisah seorang yang di beri darjat tertinggi di Syurga semata-mata kerana tidak pernah bebas daripada pelbagai ujian dan setiap kali di uji ia redho, tidak mengeluh apatah lagi berburuk sangka dengan Allah yang mengujinya. Ustaz juga menceritakan kisah Nabi Zakaria as yang di gergaji kepala oleh musuh yang mengejarnya, lantas saat baginda ingin menyuarakan kesakitan para malaikat menegur agar jangan mengeluh dengan ujian Allah. Peserta pengajian yang mendengar kedua cerita ini terpegun kerana ia merupakan motivasi terbesar untuk meraih kejayaan di syurga. Iktibarnya sebarang ujian adalah dengan izin Allah, tidak mungkin kita dapat menumpaskan takdir Allah sekalipun kita menjerit melolong. Oleh itu sesiapa yang di beri sedikit ujian, mungkin bermadu ke, sakit sikit-sikit kerana dah berumur, sulit mempertemukan pendapatan dengan belanja (making ends meet), di fitnah ke atau sebarang perkara yang terasa perit di hati, jadikanlah dia motivasi untuk tenang, sabar, redho, berdoa dan muncul JUARA di sisi Allah. WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment