NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, April 6, 2010

KARNIVAL TAMAN TASIK SEKSYEN 7 SHAH ALAM



Kumpulan Luqman Hakim
Kumpulan berbasikal daripada U12
Kumpulan Permata Shah Alam

Salam

Lebih seminggu berlalu fokus membuat persiapan majlis perasmian Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam pada 3 dan 4 April membuahkan semangat baru kepada team MPP Zon 3 dan staf MBSA khususnya Jabatan Taman. Ungkapan syukur bergema setelah program tamat dengan jayanya pada petang 4 April terutama menerima kunjungan kumpulan berbasikal dari U12.

Sering cabaran di bayangkan bahawa dalam bandaraya ini program kemasyarakatan kurang mendapat sambutan pengunjung. Lebih-lebih lagi di MPP Zon 3 pada hari yang sama di kawasan berhampiran Taman Tasik Kontigen Polis Shah Alam turut mengadakan program bersama komuniti di Surau ArRyan. Kami seolah berebut peserta daripada kelompok yang sama. Namun pihak MBSA ada mengatur kehadiran peserta kumpulan 'Frenz' yang banyak menjayakan program larian tasik dan bicara remaja sepanjang pagi dan tengahari 3 April.

Pengalaman pahit saya dalam tahun 2009 (tepatnya 21 Februari 2009) menganjurkan karnival merasmikan pejabat MPP Zon 3 mengajar saya agar pasrah, jangan berharap sangat kepada hasil, pokoknya betulkan niat agar segala yang berlaku menjadi ibadah dan sumbangan kepada kebenaran dan kebesaran Allah yang menggerakkan semua urusan. Berdoa sajalah agar majlis di hindari sebarang musibah dan masalah.

Alhamdulillah sepanjang dua hari saya di temani suami sering muhasabah, selain berdoa agar majlis sempurna di teruskan. Di peringkat awal YB Yaakub Safari dan Datuk Bandar berserta beberapa Ahli Majlis MBSA hadir merasmikan program, menanam pokok di tepi tasik dan melawat pelbagai gerai pameran dan jualan. Pemberian hadiah kepada pemenang larian tasik meriah di jalankan dengan bantuan emcee petugas MBSA sendiri.

Panas terik yang mewarni sepanjang pagi dan tengahari tidak menghalang lima kumpulan kompang membuat persembahan yang amat menarik. Kumpulan Luqman Hakim yang pertama kali tampil mewakili MPP Zon 3 alhamdulillah tidak megecewakan kerana telah menggondol tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah RM500. Dengan penuh kesyukuran saya kepada Allah kerana dapat mengumpulkan anak-anak daripada pangsapuri dan latihan selama 5 bulan membuahkan hasil yang agak baik. Mana mungkin anak-anak ini merasai nikmat memegang wang hadiah RM500 jika tidak di atur kegiatan mereka ke arah yang di hajatkan. Yang menarik pada kumpulan ini ialah persembahan nasyid 'Bila nur melimpah di hati...' oleh kumpulan Rabbani. Saya rasa syahdu juga mendengar dan melihat perembahan mereka yang membanggakan. Tahniah kepada jurulatih dan penyelaras yang gigih.

Saya turut belajar menghayati persembahan pemenang pertama pertandingan kompang iaitu 'Permata Shah Alam' yang memang menjadi permata kerana anak-anak muda yang tampan berbaju bersamping dengan tanjak di kepala membuat pertunjukan yang mengkagumkan, di selangseli lagu-lagu melayu, Inggeris dan tamil, dan tarian poco-poco...barulah saya terhibur dengan langkah poco-poco bila ia di persembahkan oleh anak-anak muda...sebelum ini setiap kali kumpulan ibu-ibu menampil diri dengan poco-poco saya rasa macam tak kena di mana-mana...WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment