NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, February 3, 2010

FESTIVAL IKAN



Salam

2 Februari saya menziarahi teman sekuliah suami saya di UIA 26 tahun dahulu. Saudara Mohamad Ibraheem Raheem adalah warga Sri Langka, khususnya berasal di pekan Trincomalee di wilayah timur pulau Sri Lanka. Sejak bertemankan sdr Ibraheem rumah kami sering menerima kunjungannya terutama Hari Raya AidilFitri. Beliau seorang yang amat menjaga hubungan silaturrahim. Kini beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan di Unit Matrikulasi UIA di cawangan kampus Nilai.

Kami menziarahi beliau sepulang kami dari bercuti di Sri Lanka bertujuan selain meningkatkan hubungan silaturrahim adalah juga untuk menyampaikan rasa penghargaan kami yang tak terhingga diatas pertolongan beliau dalam mengaturkan kemudahan pergerakan kami semasa lawatan kami di Colombo, ibu kota Sri Lanka.

Antara peristiwa menarik semasa lawatan kami adalah kami kesempatan menyaksikan para nelayan menarik pukat ditepian pantai Negombo, iaitu sebuah kawasan peranginan pantai yang terletak kira-kira 50 km ke utara kota Colombo. Disini terdapat banyak hotel berhampiran sepanjang pantai yang sebahagian besar penghuninya adalah para pelancong luar negara. Melihat hasil tangkapan laut yang baru dan begitu segar, terutama udang & ketam yang masih hidup bergelitik, saya terus membuat tawaran untuk membeli. Selepas tawar menawar harga yang dirasakan teramat murah RM10 untuk udang besar, ketam dan 2 ekor ikan bawal putih saiz besar.

Pesta menarik ikan berlaku setiap pagi antara 6.30-8.00, lepas 8.30 pesta selesai. Ramai pelancung datang menarik sama pukat yang panjang. Rasa seronok berpesta dapat mengatasi sedikitnya ikan yang ada di dalam pukat. Jenis ikan adalah sama dengan yang kita nikmati di Malaysia tapi saya lihat ia lebuh jernih, manis dan sihat. Mungkin air laut belum banyak tercemar.

Ikan merupakan makanan dan eksport utama Sri Lanka. Sewaktu membuat lawatan di tepi laut sebuah kampong kami menyaksikan hamparan ikan-ikan jenis mahal di susun rapi untuk di jemur dan di jadikan ikan kering. Ikan yang keringnya baik dan cantik akan di gred untuk ekport keluar negara. Mungkin sebahagian ikan yang ada di Malaysia ada yang di import daripada Sri Lanka. Yang kurang menariknya ialah cara mengeringkannya hanya di letak di atas batu tepi pantai tanpa lapik. Kereta lalu di sebelah ke , anjing kencing ke, orang pijak ke... ikan masih tidak melawan...terima sahaja. Bila petang ikan akan di masuk karung untuk di jemur semula esoknya. Cuaca memang panas dan ada di antara ikan jenis yang kering akan menghitam. Saya di fahamkan itu ikan maldive, katanya sedap dan sering di buat rendang.

Pesta ikan mengamit naluri saya untuk datang semula ke Negembo. Saya tergiur manisnya udang dan ketam, sedapnya rasa daging ikan bawal putih yang segar. Masih banyak lagi sumber laut yang belum di teroki di Sri Lanka kerana kekurangan pelbagai sumber kewangan dan pakar. Saya hanya berdoa ada di kalangan rakyat Sri Lanka yang dapat melihat kebesaran Allah di negaranya dan dengan itu dapat hidayah membesarkan agama Islam di sana. Satu kerja kuat para dua't Illallah seperti para sahabat yang di hantar berdakwah hingga kenegara Cina (Saad Ibn Waqash ra). Ada yang menyebut para pendakwah Islam di zaman Rasulullah pernah lalu di perairan Sri Lanka. WaAllahu'alam.

1 comment:

  1. Salam. Tak ada bawa ole-ole ikan kering ke?. Boleh masak lemak campur nenas dan terung dan buat pedas-pedas. Best tu.....

    ReplyDelete