
Ada tiga pertemuan di tempat yang sama untuk membereskan projek asnaf ibu tunggal, Bazaar Ramadhan dan berbincang dengan pemaju Anjung 7. Jam 1.00 petang ada pertemuaan wanita MBSA anjuran Badan Dakwah. 3.30 petang di Celcom menguruskan pertukaran simkad kepada broadband, kemudian ke SACC syarikat NOKIA menguruskan proses menyalin data ke HP baru. 5.30 ada appointment dengan PKNS mengenai CSR nak bina bilik darjah di kawasan flat. Kelas talaqi Alquran menyusul dan sebelah malam mengadakan perbincangan kupon rakyat Palestin.
Saya nak berkongsi pengalaman kali ini berkaitan pertemuan wanita anjuran Badan Dakwah MBSA. Tajuknya "Wanita sejati melahirkan wanita professional" Tahniah kepada Puan Fauziah Bahari yang dapat menonjolkan kemahiran IT dalam penyampaian yang menarik lagi berkesan. Sewaktu statistik mengenai perceraian rumahtangga umat Islam di paparkan di mana lebih 80% perkahwinan megalami masalah dan berlaku perceraian, analisa Puan Fauziah cantik sekali antarnya..'memang wanita professional rasa mereka mampu menyara diri, menjaga anak, punya karjaya dan kereta sendiri..tapi kesan kepada perasaan dan jiwa yang sepi...apa ubatnya?? Terus saya terkenangkan golongan IBU TUNGGAL yang menjadi sasaran kerja kemasyarakatan yang saya terlibat. Inilah isunya. Berantakan rumahtangga hanya kerana sebab yang remeh telah menyebabkan pelbagai kesangsaraan jiwa anak-anak dan ahli keluarga tidak terkecuali pasangan suami isteri yang kini bergelar IBU TUNGGAL DAN BAPA TUNGGAL. Kesan 'sepinya perasaan' turut menghantuai banyak rumahtangga lain sekiranya ada di kalangan mangsa percerain 'mengadu' hal dengan pihak ketiga dan seterusnya banyak lagi rumahtangga akan kecundang dan bertambahlah lagi mangsa perceraian, suatu penyelesaian yang walaupun halal dari segi hukum syarak tapi suatu yang amat di benci Allah SWT.
Apa pun saya amat bersyukur kerana Allah mengizinkan program pertama 'USRAH' anggota wanita MBSA dapat di lancarkan dan saya berdoa sangat dalam pertemuan kedua nanti lebih ramai pegawai dan kakitangan wanita MBSA dapat menyertainya. Konsep wanita profesional amat kabur di kalangan pemikiran masyarakat, selalu di kaitkan dengan pemegang sekeping ijazah dan jawatan tinggi. Saya lebih suka di kaitkan dengan 'kepakaran' di mana semua yang ada kepakaran yang dapat 'membuat perbezaan' dalam hidupnya dan orang lain adalah seorang profesional.
Ambil contoh bagaimana turunnya wahyu Ilahi kepada baginda Rasulullah saw di dalam kegawatan masyarakat yang memuja berhala dan rendah akhlak, berkat sikap dan kepakaran baginda seluruh jazirah Arab telah terkesan dan masyarakat mula berubah dalm tempoh 23 tahun, 10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah. Inilah kepakaran yang asas yang sepatutnya kita umat Islam kuasai dengan penuh komitmen. Pakar menjadi hamba Allah yang tahu membawa diri di dunia kepunyaan Allah; pakar dalam menunaikan amanah menjaga semua nikmat anugerah Allah, walau sekecil sebelah biji mata! Pakar dalam menampilkan kecantikan agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah dan produk termahal yang ada di tangan kita sekarang!.
Seorang wanita bekerja memang secekap seorang juggler, tukang silap mata. Dalam menyusun senarai tugasan yang bertimbun dirumah dan di pejabat seorang pemain silap mata mesti pakar untuk tidak kelihatan gagal menyambut bola yang turun bertimpa-timpa. Ia memerlukan latih tubi seperti seorang juggler, sehingga pejam mata pun boleh menyambut bola di udara. Apa yang perlu wanita sejati lakukan jika tuntutan rumahtangga dan kerjaya terbeban di bahu?
Pertama, perkemaskan minda agar sentiasa bersyukur kerana menjadi wanita sejati. Kedua pasang wawasan untuk berjaya dan cemerlang dalam kedua-dua tugas. KPI (key performance Index) kejayaan wanita sejati ialah tidak tinggal solat, malah solat di awal waktu di utamakan. Dalam solat kena banyak berdoa agar Allah datangkan pertolongan dalam bentuk memudahkan segala urusan dan doa zuriat melasanakan solat semacam kita lakukan (Alquran surah Ibrahim ayat 40 bermaksud Wahai Tuhanku jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.) Ketiga betulkan niat agar ikhlas menjadikan semua aktiviti sebagai ibadah kepada Allah. Keempat tingkatka kemahiran dalam kedua-dua bidang tugas kerjaya dan rumahtangga melalui majlis ilmu dan kepakaran walau di mana pun, bagi kemahiran ibu bapa bawa sekali pasangan suami isteri. Kelima, amalkan bahasa kasih sayang kepada semua yang kita berhadapan, antaranya bahasa memperkukuh jatidiri dengan banyak berzikir; susun masa berkualiti untuk semua orang penting dalam hidup kita, antaranya masa dengan suami, dengan anak, dengan pegawai dan kakitangan; beri khidmat ikhas kepada ibu bapa dan suami; beri hadiah kepada orang tersayang, hadiah paling berharga ialah doa jauhkan diri dan keluarga daripada siksa api neraka dan akhir sekali bahasa sentuhan, maksudnya bahasa jiwa yang di dalamnya ada rasa sejahtera, mengasihi dan memaafkan orang lain seperti mengasihi diri sendiri.
Semoga tips menjadi 'juggler' si tukang silap mata dapat memberi ketenangan kepada para wanita sejati yang merupakan 'scarce comodity atau barangan yang paling sukar di cari hari ini. WaAllahu'alam.
Dalam alQuran ada ayat yang mengatakan manusia dijadikan berpasang-pasangan.Allah maha mengetahui semua kejadian makhluknya dan Allah ada perancangan dan objektif yang unggul mengapa manusia dituntut hidup berpasanganan. Jadi saya terfikir dan berfikir, kalau wanita menjadi begitu hebat sebagi juggler silap mata, mana pulak letaknya peranan lelaki. Saya amat berharap orang lelaki ada juga membaca blog ini supaya mereka berfikir pula adakah mereka sudah memainkan peranannya sebagai ketua, sebgai khalifah, sebagai suami, sebagai saudara dan beberapa 'sebagai' lagi.Lelaki dan wanita Allah cipta bukan sebagai fakta 'kebetulan'. Masing-masing ada peranan yang berbeza tetapi lengkap melengkapi. Saya cadangakn tulis juga rencana mengenai peranan lelaki agar wanita tidak lagi terpaksa 'bersaorangan' dalam mengendali hidup berbagai peranan.
ReplyDelete