NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, June 10, 2009

BERTEMU DAN BERKUMPUL KERANA ALLAH


di tulis pada Jumaat 3 julai 2009

Di sebut dalam sebuah hadis riwayat At-Tirmizi Rasulullah saw bersabda "Tidak duduk suatu kaum dalam satu majlis dalam keadaan tidak menyebut nama Allah padanya dan tidak berselawat ke atas Nabi saw, melainkan mereka akan di timpa kerugian. Jika Allah menghendaki mereka di siksa, mereka akan di siksa dan jika dikehendaki olihNya Dia akan mengampunkan mereka."

Alhamdullilah sempena bulan Rejab yang merupakan bulan Allah, saya membuka lembaran blog mutshahidan. Semalam 2 Julai 09 bersamaan 9 Rejab 1430H jatuh hari Khamis. Kebiasaan saya dan suami akan berpuasa dan menjalani hari seperti biasa membaca Alquran, rehat dan membaca. Kebetulan tempoh lantikan saya selaku Ahli Majlis (AM) MBSA tamat 2 hari sebelum itu iaitu 30 Jun 2009 saya rasa lega juga kerana kurang memikirkan nak menghadiri pelbagai jemputan, mesyuarat dan seumpamanya berikutan amanah mewakili MPP Zon 3.

Saya menerima tawaran jawatan AM dalam pemerintahan baru kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mewakili NGO kerana saya ada sedikit pengalaman pengurusan dalam jabatan kerajaan sebelum bersara pilihan dalam tahun 1997. Begitu juga saya mewakili golongan kurang bernasib baik antaranyan ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan asnaf di harapkan dengan menjadi AM saya dapat berbuat sesuatu yang berkesan untuk mengangkat jati diri mereka ke tahap yang menjadikan mereka golongan yang berjaya dan dapat berkongsi nikmat kemewahan negeri Selangor dalam arus pembangunan pesat hari ini.

Sepanjang setahun memegang amanah AM saya akui sendiri tidak banyak yang dapat saya lakukan. Saya masih lagi terperangkap dalam budaya yang bercorak 'defensive' itulah perkataan kawan saya. Menurutnya kita jarang mengambil pendekatan 'offensive' atau proaktif menangani isu dari akar umbi. Sementelah kerajaan baru mengambialih pentadbiran daripada kerajaan lama Barisan Nasional, sebahagian besar amalan pentabdiran masih tidak berubah dan mengekalkan cara lama. Sewajarnya demikian kerana pegawai dan kakitangan masih lagi orang yang sama. Mungkin ada di kalangan mereka yang masih kental menyokong kerajaan BN yang juga mewakili pemerintahan kerajaan pusat hari ini.

Tulisan saya bukan mahu menghukum atau menilai mana-mana pihak. Tetapi dalam isu pembaharuan atau perlantikan baru AM yang telah tamat tempoh setahun, saya masih melihat ketidakcekapan dasar di laksanakan. Contohnya pada 30 Jun, 10.47 pagi saya mendapat sms berbunyi ' From Korporat, (T) 013 3380551: Untuk makluman , tempoh khidmat Ahli Majlis sessi 08/09 di lanjutkan selama 1 bulan lagi. Maklumat di terima drpd pihak SUk, tq."

Pada 1 Julai 2009 jam 10.33 pagi saya terima lagi satu sms berbunyi: "Utk makluman pihak SUK menarik balik lanjut tempoh khidmat AM 08/09 yang sepatutunya di lanjutkan hingga 31 Julai. Penamaan AM di jangka akan di selaraskan pada minggu depan- korporat MBSA."

Yang saya agak terkilan ialah jam 11.04 1 Julai sms daripada kerani Zon saya ' Kebiasaannya bila tamat tempoh, AM tak boleh guna semua kemudahan yang MBSA bagi, termasuk pejabat MPP'

kebetulan malam 1 Julai saya telah mengatur perjumpaan dengan ahli jawatankuasa MPP Zon 3 untuk membincangkan cadangan Bazaar Ramadhan,terkedu juga saya dengan sms itu. Namun sebagai seorang yang telah matang dalam percaturan burekerasi saya akur dalam senyum, tersenyum memikirkan apa kah mesej yang ada di kepala pegawai dan kakitangan MBSA bila menerima satu-satu keputusan mendadak begitu. Perlukah kita mendadak juga menyekat semua kemudahan kepada AM? atau ada yang mungkin bersorak gembira dapat memperlakukan AM yang dulunya bos sekarang 'Mr Nobody'? komputer yang menaip kata-kata ini masih kepunyaan MBSA. Adakah kerani saya lupa nak merampas laptop saya sampai hanya pejabat MPP yang terseregam itu saya tak boleh guna?

Saya senyum lagi kerana saya tahu kerani saya seorang yang amat cekap bekerja dan sering 'bersilat' nak membantu saya di tengah-tengah mengejar menjengok/ menjemput anak-anaknya di taska dan tadika. Saya sedih juga kenapa dia di beri fahaman yang begitu dangkal dan negatif hingga menghantar sms yang agak menyinggung. Saya yakin dia tahu pejabat MPP Zon 3 adalah rumah kedua saya. Di situlah dua topi saya pakai, satu topi sebagai AM, satu lagi sebagai NGO (Pertubuhan Mawaddah Malaysia). Hikmahnya menjadi Ahli Majlis di umur warga emas ini saya tidak sampai hati nak menegur kerani saya terus dan mendadak. Saya hanya katakan tak ada masalah kerana saya boleh adakan meeting di Anjung 7 kedai beriani Arab sebab nak belanja mereka makan 'nasi arab'.

Kerani saya tidak menyedari lebih 23 tahun saya menjadi pentadbir unggul di Malaysia, PTD, kerenah kecil-kecil menyekat AM daripada kemudahan awam begini kami tak main. Dasar besar seperti membantu dan memudahkan masyarakat memang menjadi agenda PTD, namun penerimaan masing-masing pegawai dan petugas membezakan natijahnya. Adalah tidak hairan mengapa saya mengundur diri daripada karenah tersebut lebih awal daripada umur persaraan wajib.

Apa pun dalam blog ini saya nak berkongsi pengalaman saya berhubung berjumpa dan bertemu kerana Allah. Pada malamnya selepas berbuka puasa dan mengadakan sedikit perbincangan mengenai NGO iaitu kutipan dana rakyat Gaza melalui kupon amal, saya dan suami pergi ke sebuah restoran mewah di seksyen 9 Shah Alam. Satu kumpulan pelanggan elit sedang bersembang lantas seorang daripadanya menegur suami saya..'assalamualaikum Datuk...nak komplain dengan Ahli Majlis ni..' Suasana samar-samar gelap dalam restoran itu menyebabkan saya kurang peka dengan teguran itu..saya terus duduk dan membuat tempahan. Sebentar lagi suami saya datang ke meja kami setelah bertemu rakannya yang menegur tadi. "Apa dia cakap abah? saya bertanya bersahaja..."dia tanya nak komplain dengan AM' suami saya pun menjawab selamba. 'Apa abah jawab' 'I told them that you are no more AM lah..' 'Great...good reply' saya puashati. Rupa-rupanya kawan yang bertanya itu rakan saya juga bekas PTD dan dia saja nak berseluruh dengan saya... tapi disaat itu saya terfikir...patutkah saya ke tempatnya yang semuanya lelaki di hadapan suami saya atau saya diamkan sahaja kerana suami saya telahpun mewakili saya.

Tiba-tiba hadis di atas menjenguk minda saya... ah tak perlu. Saya amat yakin kumpulan sembang-sembang elit ni mana ada nawaitu nak mengingati Allah dalam gelak-gelak besar. Saya ambil keputusan berdiam diri dan berdoa.."ya Allah aku bukan angkuh, sombong atau seumpamnya dalam berhadapan dengan situasi ini... aku beristighfar ya Allah..aku akur seorang wanita walaupun dah berumur akan menimbulkan fitnah sekiranya aku menyapa kumpulan lelaki ini.. walaupun seorang itu pernah menjadi kawan seperjuanganku..aku taat ya Allah kapada peraturan adabmu kerana aku ada suami di hadapanku." Maksud saya berdoa begini ialah kerana dalam banyak keadaan seorang bekas PTD akan rasa seronok bertemu rakan seperjuangan tanpa mengira lelaki atau perempuan. Itu budaya PTD. Namun hari ini saya mengambil keputusan budaya itu tidak perlu di teruskan jika ia tidak sesuai dengan syarak atau bertentangan dengan hukum dan adab lslam. Biarlah di katakan sombong kerana Allah.

Di umur senja ini saya mulai gentar memikirkan banyak perkara saya alpa dan lalai bahawa saya akan di tanya oleh Allah akan saat-saat saya membuat keputusan kerana APA dan untuk SIAPA...mestilah lillahiTaala. KeranaMu ya Allah. "asalkan Kau tidak murka..aku tak kisah...' begitulah Rasulullah saw mengajar umatnya...

Akhir kalam saya berdoa dengan penuh khusuk ..'Ya Allah jika perlanjutan tempohku sebagai AM MBSA baik untuk akhiratku, kau mudahkanlah, jika sebaliknya kau jauhilah dia daripadaku... aku rela ya Allah kerana Kau matlamat hidupku. dan aku tahu Kau akan memberiku yang lebih baik daripada itu...Amiin.

dedikasi kepada sahabat saya Ngasobah Seliman

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Bersyukur atas dedikasi penulisan itu. Kalau orang Barat kata," I am Flattered". Kerana isi penulisan itu amat mirip dengan rasa hati dan pemikiran saya tentang sesuatu isu. Sebagai seorang bekas PTD agak amat terkilan juga cara seorang PTD lain membuat keputusan yang kurang "empathy", walhal sifat itu amat penting pada sesaorang yang ditugaskan membuat sesuatu keputusan untuk orang lain. Bukan kerana anda seorang kawan maka saya kata demikian tetapi saya juga akan rasa tersinggung jika saya dalam keadaan yang sama.Tetapi biarlah rasa tersinggung itu menjadi rasa sementara sahaja (a passing feeling, a slight hick-up)kerana Allah telah berkata dalam Al Quran (lupa Ayat) jika jumpa jalan buntu kita serah segalanya pada Allah swt kerana dia maha mengetahui dan maha bijaksana. Kita ada agenda tetap dalam perjuangan kita ke jalan Allah. Hal ini tidak akan jadi batu penghalang. Malah ia mungkin menjadi satu hikmah ( a blessing in disguise). Allah punya cara yang tak serupa dengan cara manusia.Mari kita berfikir semula jalan mana yang perlu kita terokai kalau yang ini sudah buntu. Bumi Allah luas dan Rahmatnya tak terhingga. Kita teruskan dengan cara yang berlaianan pula.Belum buntu pun jalan ini, cuma ada sign "detour" sahaja.Kalau perjuangan di Palestin hingga tidak ada makanan, tidak ada tempat tinggal dan semua yang lain pun tak ada, maka apa yang kita hadapi sekarang tak menjejas apa-apa pun. Amat setuju dengan doa anda dan falsafah anda. Moga Allah sentiasa bersama kita. Amin.

    ReplyDelete