NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, March 18, 2012

BERTEMU PROFESSOR DI TANAH JAWA



Salam

Isnin 19 Mac 2012/ 26 RabiulAkhir 1433H

Alhamdulillah misi bermusafir ke tanah jawa (Jakarta, Bandung, Tangkuban Perahu, Garut, Bogor dan Puncak) telah selsai di jalankan mulai 11 Mac hingga 17 Mac 2012. Kumpulan 10 peserta yang kemudiannya di sertai 11 lagi memeriahkan suasana dan menambah kos juga kerana di malam akhir menjamu selera di Restoran Sari Ratu Plaza Indonesia bilnya mencicah RM1,000. Semoga sumbangan ikhlas Professor Zamri di ganjari berlipat ganda, ameen.

MENJAMU SELERA DI TEMPAT ELIT

PERHATIKAN PULA MENUNYA...HMM ENAK SEKALI


TETAMU KAMI PAK MARIO SUDI HADIR

Alhamdulillah sekali lagi kerana sepanjang perjalanan kami semua selamat, sihat dan bertenaga sekalipun capeknya (letih) saya jangka akan memakan berhari juga setelah pulang.

Blog kali ini hanya ingin merakamkan betapa cantiknya perancnagan Allah kepada rombongan kami kerana pada masa yang sama Professor Abdul Razak dan isteri juga berada di tanah jawa dan beliau telah menjadi tetamu Ibu Hanifah melawat Sitiwangi Boarding School (SBS) Garut.

Sejak lama saya memikirkan bagaimanakah kesudahannya jika team penyelaras kami yang semuanya di umur pesara dapat meneruskan kerja melahirkan pemimpin berwibawa daripada SBS. MasyaAllah kini dua orang professor bertemu di tanah jawa serentak menyaksikan potensi anak-anak SBS menampil diri dengan yakin sekali. Di fahamkan isteri Prof Razak yang merupakan tenaga pengajar di Institusi Latihan Guru di Kedah komit untuk menawarkan beberapa program di SBS, alhamdulillah.

MENU KARI KAMBING YANG AMAT MENYELERAKAN DI SBS

BERKOBAR-KOBAR SANTRI JIHAD BERCERITA TENTANG SALAHUDDIN AL AYUBI

PROFESSOR ABDUL RAZAK UUM DAN ISTERI TURUT MENJADI TETAMU SBS

Bercerita tentang dua professor, musafir ke tanah jawa membawa berita gembira kepada Dr Zambri kerana tawaran 'Professornya' di terima melalui sms sewaktu kami bersantai di kolam rendam kaki air spa di Tangkubanperahu. Bapanya yang turut menyertai musafir tersenyum lebar mendengar berita kenaikan pangkat anaknya. Kami semua mengucapkan tahniah dan di sebelah malamnya makan malam majlis kesyukuran menambahkan lagi ucapan kami tak putus-putus. Semoga rezeki dan anugerah Allah kepada anak saudara saya Dr Norharlina melimpah ruah tak putus-putus...bolehlah jadi 'TANGAN YANG MEMBERI' seperti Pak Anjang,insyaAllah.  

ALANGKAH BAHAGIANYA KERANA ANUGERAH ALLAH MENGEJAR SAMPAI KE BANDUNG!!
TEAM PERTAMA DI TANGKUBAN PARAHU

Pertemuan dua professor dengan penyusunan Allah melakarkan sedikit harapan kepada hati saya yang cemas memikirkan team awal yang membantu SBS hampir kesemua dalam zon umur 'pertarungan' untuk bertemu Allah, semoga Allah meredhai usaha kecil kami. Melihatkan kedua professor amat terkesan dengan penampilan pelajar SBS saya yakin mereka mempunyai perancangan meneruskan perkembangan anak-anak ini di Universiti masing-masing, Prof Abdul Razak di UUM (Universiti Utara Malaysia) dan Prof Zamri di UPM (universiti Putra Malaysia), ameen.

BERSAMA HUSNA MERAKAMKAN KECANTIKAN ALAM HIJAU DI MASJID TAA'UN PUNCAK
 DI LAPANGAN TERBANG SEOKARNO HATTA JAKARTA: SENYUMAN PERPISAHAN

Di saat perpisahan di KLIA Husna cucu angkat yang saya bawa bersama menyatakan sedikit sedih dan sebak untuk berpisah...saya merasakan juga tapi cepat-cepat meredakan kesedihan dengan bunga-bunga harapan pakej ke Garut untuk lebih ramai tetamu agar dapat di usahakan oleh Anis insyaAllah. Namun saya pulang dengan besarnya perasaan syukur dan sujud saya kepada Allah yang telah mentakdirkan semua yang baik untuk saya, suami dan keluarga Kohatsa di Garut. Sumbangan Pak KMT amat memudahkan yang memungkinkan keluarga seorang demi seorang menjadi tetamu dan melihat jihad beliau di tanah jawa.  Ya Allah Kau satukan hati kami atas jalanMu yang benar dan redhai sumbangan kecil kami di tanah jawa ini, sekalipun sebagai pariwisata (pelancung). Ameen.

No comments:

Post a Comment