NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 14, 2011

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD)

Kek lapis Sarawak
yang berbagai flavour- pasti menyelerakan

Salam

Jumaat 14 Januari 2011 bersamaan 10 Safar 1432H. Dua hari bersama sedikit ujian suami dilanda demam dan kaki saya kurang selesa. Namun janji mengusahakan hamper untuk perayaan Tahun Baru Cina (CNY) perlu di tunaikan kerana kos menyediakan hamper oleh pengkeraf telah di bayar. Pemasaran perlu berjalan sejajar dengan perbelanjaan.


Kedatangan Hawa dan Aira pagi Khamis membawa kek lapis Sarawak untuk dipasarkan oleh Galeri Mawaddah merunsingkan juga kerana Hawa amat perlukan perbelanjaan enam orang anak-anaknya yang bersekolah malah yang paling kecil mengidap penyakit 'jantung berlobang'. Aira awal-awal minta dikumpulkan saudara mara dan kenalan agar berkongsi membeli kek yang dibawa Hawa.


Semua orang 'kemarau' kata adik saya di saat sekolah bermula dengan tambahan perbelanjaan menyara anak-anak sekolah. Namun rezeki itu Allah telah tentukan untuk Hawa kerana telah sampai ke tangan saya sejumlah wang yang kata adik saya datang dari tanah seberang, alhamdulillah ,amiin.

Your brother knows you are doing a 'small business'...adik saya menjelaskan. Siapa beritahu? saya bertanya sebab saya tak pernah menyebut tentang Galeri Mawaddah. 'Adik beradik kan ramai', jawapan adik saya...Aduh!!! saya mengeluh, 'l am doing BIG businesslah, my time,money, life and soul for Islam...ok...ok,kami semua bersyukur kerana disaat perlukan bantuan datang pertolongan 'dari langit seberang' Amiin.

Galeri yang baru di huni mulai hari Selasa penuh dengan barang-barang untuk menyiapkan hamper. Anjung 7 kini telah mempunyai seorang lagi pengusaha di lot nombor 3 iaitu Galeri Mawaddah, selain lot nombor 2 yang mengendalikan urusan Aman Palestin. Setiap ada kesempatan masa hingga ke malam saya bersama pembantu akan berada di Anjung 7.

Perancangan awal mepromosi produk unik Hani's Ring (penderam asli JB) ialah tiga tengahari hingga ke petang (Hari Jumaat hingga Ahad) Galeri Mawaddah akan buka gerai menggoreng hani's ring on the spot. Hari ini hari pertama kami beroperasi secara rasmi, alhamdulillah ada sambutan. Pembantu saya senyum hari ini kerana dia amat faham saya perlukan jualan untuk menyara Galeri Mawaddah.

Kalau nak di ikutkan adat apalah urusan saya yang berumur 62 tahun ini berada di Galeri...elok lagi beribadat di rumah. Jawapan mudah UBUDIYYAH (PERHAMBAAN), setiap saat merasa ingin memaksimakan anugerah Allah berupa kemampuan mentadbir, merancang dan memimpin, kalau pun berkesan, kalau pun di hargai atau di percayai. Saya mula teringat bahawa saya pernah menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perkhidmatan elit yang amat di sanjung tinggi.

Baru-baru ini seorang suri rumah menalipon samada saya boleh menandatangani borang anaknya yang ingin memohon bantuan MARA. Terusterang saya menyatakan saya bukan lagi seorang Ahli Majlis dan memberikan nama teman saya yang masih Ahli Majlis MBSA. Saya terus memaklumkan kepadanya jika ada apa-apa yang saya dapat bantu silalah talipon. Jawapannya amat menarik...'Inilah sikap pemimpin..rakyat di dahulukan.' Mmm..itu rupanya persepsi masyarakat awam bila ada orang mengambil berat.

Mengimbau peranan saya sebagai PTD yang telah begitu lama saya tinggalkan terasa satu 'kerugian' kerana 'tidak mendahulukan rakyat'. Seingat saya tidak ada satu rujukan pasti selain GO (General Orders) dan Financial Procedure yang kami di minta lulus peperiksaan. Saya lulus dengan mudah dan memanjat tangga kenaikan pangkat agak ke depan. Teman saya yang tidak lulus agak tertangguh kenaikan pangkatnya.

Seingat saya juga tokoh-tokoh pemimpin yang menjadi rujukan kami PTD kurang jelas, ada yang pegawai atasan, ada yang merujuk kepada pemimpin berwibawa, ada yang mencari tokoh luar negara dan sebagainya. Tidak seorang pun yang pernah memberitahu saya bahawa NABI IBRAHIM dan NABI MUHAMMAD itu adalah ahli diplomat par excellance!

Mutakhir saya terbaca tentang Nabi Ibrahim seorang diplomat ulung ketika menghadapi sikap permusuhan Namrud. Selain tenang,berani, bijak, jujur dan kepintaran yang menakjubkan,Nabi Ibrahim sering membuatkan hujah Namrud terkandas. Ketegasan Nabi Ibrahim menolak kekufuran ketara sekali. Ketaatan terhadap Robbnya dan deen Allah merupakan satu sikap kepimpinan yang sukar di tanding.

Kisah Nabi Ibrahim menghancurkan patung-patung sembahan ciptaan bapanya kecuali yang terbesar menghairankan Namrud. Namrud bertanya 'Kamukah yang melakukan ini semua?' Ibrahim a.s. menjawab,'cubalah anda tanyakan pada dia (patung yang besar) itu.Dialah saksinya. Bukankah dia itu ketua dari tuhan-tuhanmu.' Sesaat lamanya Namrud tidak boleh berkata apa-apa. Nabi Ibrahim mempamerkan hujjah yang kuat tentang siapa yang berkuasa terhadap manusia dan ternyata hujjah thoghut (sesat) tidak masuk akal.

Berikutannya Namrud hanya mampu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim namun Allah bersama kebenaran kerana Nabi Ibrahim selamat daripada bakaran api yang menjulang. Ujian demi ujian di terima Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya Ismail selepas itu,namun di hadapi dengan SABAR, satu lagi ciri kepimpinan yang terserlah pada Nabi Ibrahim.

Ketika perintah membina Kaabah di sempurnakan, Nabi Ibrahim BERDOA bersama anaknya Ismail serta mendoakan anak cucu mereka serta mohon di utuskan Rasul akhir zaman. Umat lslam berbondong-bondong menunaikan ibadah Haji juga kerana doa Nabi Ibrahim dalam perjuangan dakwahnya mengikis habis-habisan kemusyrikan dan menegakkan prinsip tauhid kepada Allah.

Nabi Muhammad saw juga di perintahkan Allah untuk mengambi pengajaran daripada Nabi Ibrahim seperti dalam ayat AlQuran Surah AlMumtahanah:4 'sesungguhnya telah ada pengajaran hasanah bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia ketika mereka berkata kepada kaumnya,'sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah.'

Dalam surah An Nahl 120-122 di sebutkan Nabi Ibrahim seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif.

Teladan Nabi Ibrahim sebagai seorang diplomat agung adalah seperti berikut:

1.Nabi Ibrahim adalah 'Ummah' contoh yang sempurna,iaitu hamba Allah yang terpilih untuk di jadikan ikutan.
2. Nabi Ibrahim adalah 'qaanitan', selalu dalam ketaatan kepada Allah
3. Nabi Ibrahim seorang hanif iaitu orang yang menerima segala yang di titahkan oleh Allah swt dengan patuh tanpa rasa rendah diri dan selalu iltizam terhadap perintahNya.
4. Nabi Ibrahim seorang yang amat pandai mensyukuri nikmat melalui tiga cara: pernyataan lisan, kerelaan dalam menerima perintah Allah dan mengamalkan semua yang di wajibkan oleh sang Pemberi Rezeki (Allah SWT)
5. Nabi Ibrahim anti musyrik, anti khurafat dan anti bid'ah
6. Nabi Ibrahim taat kepada Allah SWT dan syariatNya dan terhadap sesama orang beriman
7. Nabi Ibrahim orang yang 'shiddiqan nabiyya' (jujur dan selalu dalam kebenaran)
8. Nabi ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani. Zaman Nabi Ibrahim belum ada Yahudi dan Nasrani. Dia mencintai semua yang di cintai oleh Allah swt dan membenci semua yang di benci oleh Allah.
9. Nabi Ibrahim orang yang pertama yang mengekang pertumbuhan budaya nenek moyang yang syirik
10. Nabi Ibrahim termasuk ulil Azmi iaitu antara para Rasul yang tabah dan sabar menerima berbagai ujian berat.

Bagaimana PTD ? hampirkah dengan 10 ciri Nabi Ibrahim seorang diplomat unggul atau sebaliknya PTD muflis daripada sikap perjuangan menegakkan kebenaran. Sering PTD diam seribu bahasa berhadapan dengan berbagai kemungkaran dan suara mereka 'dikunci' dengan menggunakan berbagai cara contohnya di suap atau di beri kedudukan yang tinggi. Soalan saya kepada diri saya seorang bekas PTD, is it worth it? diri dan keluarga di dahulukan...rakyat terkapai-kapai 'kemarau panjang' ingin mencari sesuap nasi pun susah??

Sekurang-kurangnya saya pernah mendengar kalimat...inilah sikap pemimpin..alhamdulillah amiin. Saya sedang memimpin diri saya daripada lamunan dunia kepada kebenaran dan realiti AKHIRAT insyaAllah. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment