NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 21, 2011

AIR MATA




Last minute touch
aku terima nikahnya...


Sabtu 22 Januari 2011/ 18 Safar 1432H

Salam

Awal pagi membaca blog adik saya tentang air mata ujian. Tersirat dalam penulisan ialah perasaan penulis. Kesedihan memuncak kadangkala mengharubirukan tulisan menyebabkan pembaca tertanya-tanya apahal?

Apa pun saya insaf kesedihan satu ujian. Tidakkah kegembiraan juga satu ujian? Kesederhanaan dalam lslam mengajar manusia mengawal diri dengan sabar dalam kesedihan yang amat sangat dan berpada-pada sewaktu kemuncak kegembiraan.

Perancangan hari ini ialah menghadiri majlis pernikahan Kamisah dan Muhammad Sidek di Masjid Aljamiah Muhammadiyah Kg Kuantan Bestari jaya (Batang Berjuntai) Kuala Selangor. Sebelum itu ada jemputan perkahwinan anak teman di Dewan Besar Sirim. Kami tiba awal di Sirim kerana nak mengejar ke Kuala Selangor sebelum waktu Zohor. Selepas zohor acara akad nikah akan berlangsung. Rupanya Imam hanya lapang jam 2.30 lantas kami tidak bergegas sangat dan berhenti bersolat zohor di Masjid yang sama,kemudian ke rumah pengantin perempuan kira-kira lima minit berkereta.

Kamisah seorang ibu tunggal selama 12 tahun bersama saya hampir 10 tahun. Alhamdulillah saya menganggap dia sebahagian keluarga saya. Beliau berubah untuk memulakan hidup baru selepas kematian dua puteranya.Beliau terkesan dengan modul dalam program 'mawaddah' anjuran Pusat zakat Selangor. Seperti seorang anak dia amat patuh setiap apa yang saya saran dan nasihatkan dan seperti seorang anak juga saya mengasihinya LillahiTaala (kerana Allah).

Tiba-tiba sebak dada saya dan butir air mata hampir titis. Waktu itu saya sedang menjamah makanan dan beberapa orang tetamu majlis di Sirim ada di hadapan. Aduh, apa pula anggapan mereka, saya ni bergaduh dengan suami ke? Pendam..pendam..kata hati dan saya dapat membendung titisan air mata GEMBIRA.

Baru saya sedar saya menangis gembira kerana Kamisah akan mengakhiri status ibu tunggalnya. Allah jua yang mempertemukan jodohnya dengan seorang yang saya yakin terbaik, seorang imam duda beranak tujuh. Kamisah pernah kehilangan dua anak lelaki, kini lebih dari sekali ganda Allah beri padanya anak tanpa bersusah payah melahirkan lagi.Kamisah dan suami dengan anak-anak dan menantu

Kajian menunjukkan pendam air mata nanti kena sakit jantung. Tak bolih tidak kena titiskan satu dua air mata gembira. Di sudut hati yang paling dalam terselit rasa sedih juga kerana mulai hari ini saya akan rela menyerahkan Kamisah di bawah jagaan suami tercinta.

Sewaktu ingin membuat sumbangan kepada teman di Sirim suami saya berpesan Kamisah ni kena beri lebih, dia layak mendapat sumbangan. Tepat sekali kerana mulai sekarang saya tidak lagi berpeluang membantu menyara keperluannya. Dulu pernah Kamisah menyatakan keperluannya seorang diri sekitar RM250 sebulan yang diperolehi melalui membantu menjaga kiosk Laman Budaya setiap minggu. Sekarang saya kena cari ruang lain untuk berinfaq mingguan. Terasa nikmat memberi di tarik balik...

Kalau orang lain boleh menipu status miskin tapi saya tahu kamisah memang tidak punya sumber pendapatan yang tetap. Seingat saya usaha untuk membantu beliau berdikari melalui projek keusahawanan Pusat Zakat kerap ditolak atas pelbagai alasan, antaranya tidak ada pengalaman, kurang kemampuan, tidak ada daya ketahanan, projek tak viable. Sumbangan zakat hanya datang setahun sekali. Dengan berdikit berbelanja bantuan itulah yang dapat menyaranya seorang diri. Pernah beliau bekerja sebagai cleaner di rumah taukeh cina dan seorang guru, tapi tidak bertahan lama kerana ketiadaan pengangkutan. Mungkin saya orang yang bertuah dapat melihat sendiri kedaifan beliau yang telah membuka banyak peluang kepada saya mengenal sifat empati dengan mengandaikan kalau saya seperti kamisah apa rasanya?

Saya yakin haknya yang terabai selama ini telah di kembalikan melalui jodoh dengan suaminya yang baru yang kebetulan telah kehilangan isteri 12 tahun yang lalu. Maksud saya kasih sayang Allah mengatur pasangan ini tepat dengan tempoh membujang pun sama!.

Alhamdulillah majlis pernikahan selamat di jalankan. Ada sedikit lucu bila pengantin lelaki menjawab ijab tanpa menyebut RM, di minta ulang. Saya berbisik kepada kamisah...jangan main-main daripada RM5,300 jadi Rupiah 5,300. Tau 5.000 rupiah berapa RM? RM1.50, Kamisah senyum. Inilah hari yang dia banyak sekali tersenyum, gembira, puashati dan redho. Semoga barakah, amiin.

Seorang teman karib Kamisah turut menitiskan airmata saat kamisah menjadi isteri, katanya sedih kerana ibu Kamisah meninggal tahun lepas tanpa mengetahui jodoh anaknya berlaku tahun ini. Memang satu kesedihan mengenangkan seorang ibu,tapi hari ini Kamisah mendapat seorang ibu mertua. Dalam pengamatan saya dia seorang ibu yang solehah.


Semasa menjamu selera selepas majlis akad saya sempat berwasiat kepada En Muhd sidek suami kamisah agar mendidik kamisah membaca alQuran. Saya sedar saya tidak mampu mengajarnya selama ini kerana tempoh hujung minggu amat singkat. Jawapan yang seronok didengar ialah positifnya suami Kamisah terhadap AlQuran..'kalau bukan kerana AlQuran buat apa hidup? alhamdulillah. Pada umur 35 tahun Kamisah masih mempunyai masa yang baik membuat perbezaan sebagai isteri solehah..Waallahu'alam.

No comments:

Post a Comment