
Salam
Tiga hari berturut-turut saya ke SACC (Shah Alam City Centre) kesemuanya dengan teman yang berbeza. Petang Jumaat selepas perasmian Festival Anggerik teman saya daripada UUM berhajat meninjau lokasi untuk menyediakan perkhidmatan SPA menggunakan susu kambing. Lantas saya mengutarakan SACC kerana mutakhr ini saya lihat ramai pengunjung ke sana.

Apa yang kami dapat sepanjang petang hingga ke malam ialah membeli belah melalui tawaran separuh harga baju dan keperluan harian. Tidak kami sedari proses peninjauan itu telah mengembalikan keintiman kami selaku kawan karib sejak tahun 80an. Kami mengimbau pengorbanan rakan saya ketika muda dahulu dimana setiap lepas pulang kerja mengendung 3 anak kecil menaiki teksi. Perasaan penat dan tertekan itu rupanya hidup dalam kenangan hingga hari ini. Malangnya bekas suaminya sedikit pun tidak mengetahui pengorbanan ini kerana anggapannya kerja mendidik anak adalah tugas isteri.
Pesan saya hanyalah semua kita akan mengutip amalan kita di akhirat nanti, baik atau buruk. Lantas saya teringat seorang ustazah menasehati kami agar menjaga amal di dunia ini kerana rezeki di dunia di jamin Allah, sedangkan hanya amalan di dunia yang akan manjaga rezeki akhirat. Maksudnya Allah yang maha penyayang menyediakan rezeki kita di dunia, namun Allah yang maha adil tidak menyediakan rezeki kita untuk hidup akhirat, kita kena urus sendiri dengan menyediakan amalan soleh di dunia, kita menjadi orang yang tidak menzalimi orang lain, apatah lagi meninggalkan bekas-bekas maksiat di muka bumi. WaAllahua'lam
Saya terkenang juga bagaimana saya mengasuh anak-anak waktu kecil, biasanya ada pembantu dan kerapkali ibu bapa saya menjadi mangsa menjaga mereka bila ketiadaan pembantu. Sungguh besar pengorbanan arwah ibu saya yang menerima tugas menjaga cucu sebegitu mudah, kerana berkorban untuk saya yang 'kononnya' berjawatan besar di ibu kota. Sekarang saya insaf betapa tidak berkat hidup saya menyusahkan ibu bapa dan saya sentiasa berdoa agar amalan saya selagi masih hidup ini dapat di kongsi sama dengan arwah kedua ibu bapa dan kami bertemu di akhirat dengan aman dan mendapat perlindungan Allah. Ya Allah perkenankanlah..
Kini musim saya dan suami menggondol title Datuk dan nenek dengan sepuluh cucu, seorang meninggal dalam kendungan, mutshahidah...adakah saya berperanan seperti ibu bapa saya? Teman saya tadi terus mencelah...'I tak larat'..i have done my part as parents...(saya dah laksanakan tugas saya sebagai ibu)
Terusterang saya mengambil pendirian sebagai penasihat dan pengawal persekitaran sahaja kepada anak cucu kerana saya tidak mungkin dapat memberi sumbangan lebih dari itu. Untuk menjaga cucu siang dan malam, mengendong mereka ke sana kemari saya bimbang mereka dan saya kedua-duanya menjadi mangsa tekanan dan porak peranda. Tapi saat mereka dapat bersama saya input yang saya beri mestilah berkualiti...solat berjemaah, mengajar adab Islam dan doa-doa pendek serta kalimah tayibbah untuk pegangan/amalan hidup. Dengan cara ini saya perhatikan mereka menunggu-nunggu bertemu saya dan suami, insyaAllah.
Tajuk blog kali ini memakai nama sebuah buku yang menceritakan tentang pentingnya bertaubat kerana ia pintu syurga pertama. Menyebut maksud kata-kata Imam Ibnu Qayyim..orang yang ikhlas bertaubat akan tenang, bahagia dan merasai nikmat syurga di dunia lagi..
No comments:
Post a Comment