NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, November 2, 2010

SKUAD AMAN DI PERSIMPANGAN









Gambar-gambar nostalgia bersama skuad aman

Salam

Selasa 2 November 2010 jam 9.30 malam ahli Skuad Aman yang di tubuhkan oleh MPP Zon 3 hampir setahun yang lalu membuat pertemuan di Anjung 7. Turut mengadakan perbincangan ialah beberapa ir (jurutera) yang sedang membincangkan ubahsuai dua stall di Anjung 7 untuk di jadikan pejabat cawangan Aman Palestin dan Galeri Mawaddah. Kebetulan pada siangnya Galeri Mawaddah baru di daftarkan di pejabat Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan Shah Alam selama 3 tahun mulai hari ini hingga 1 November 2013. Begitulah meriahnya di Anjung 7 sekarang yang kerap di kunjungi bukan sahaja peminat nasi arab tetapi juga organisasi yang ingin bersantai dan bermesyuarat.

Agenda skuad aman malam itu ialah cuba memikirkan cara bergerak (modus operandi) yang paling mantap demi menjalankan amal maaruf nahi mungkar di kawasan Taman Tasik Seksyen 7. Kehadiran seorang sukarelawan bukan Melayu, En Chan menginsafkan kami semua kerana beliau merupakan seorang yang paling dedikated. Pernah menjalani rondaan skuad seorang diri bilamana yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar kawasan. Saya selaku mantan pengerusi MPP Zon 3 yang membantu mengilhamkan idea skuad aman hadir untuk memberi pandangan.

Insiden terakhir seorang ahli skuad telah menerima panggilan telepon daripada security kawasan Jalan Platinum jam 3.00 pagi menyatakan ada sekumpulan remaja berkeliaran dikawasan Taman Tasik. Beliau terus pergi bersama security sambil meminta pihak polis hadir sama, namun gagal kerana pihak polis hanya akan datang sekiranya ada insiden yang mengancam nyawa,bergaduh atau membunuh.

Inisiatif bertindak cepat amat di puji tetapi syarat skuad aman ialah kerja berkumpulan sekurang-kurangnya 3-5 orang membuat tinjauan 'Aman' sebelum memaklumkan kepada pihak polis atau Jabatan agama. Tapi pada pagi tersebut dengan dua orang sahaja berhadapan lima orang remaja (2 perempuan) mereka nampak agresif dan berdegil.Bila di tanya kenapa tidak pulang ke rumah sampai jam 4 pagi mereka menjawab 'rumah sempit'.

Teringat saya sewaktu menyertai suami saya bertugas di Hanoi Vietnam beberapa tahun lalu.Kami perhatikan rakyat Vietnam bangun se awal 3-4 pagi melakukan aktiviti senamrobik atau berjogging. Bila di siasat mengapa ramai yang berada di taman rekreasi rupa-rupanya di sebabkan rumah mereka kecil dan sempit. Kini Malaysia sedang mengalami masalah yang sama di kawasan pangsapuri bandaraya agaknya. Bila remaja di suruh pulang mereka bukan menghala ke kawasan perumahan yang di katakan sempit tetapi melepak semula di belakang tandas awam.

Di fahamkan sukarelawan yang bertindak sendirian itu mula gentar bila salah seorang remaja memperlihatkan sikap ingin melawan.

Ketua skuad aman mengurut dada...lain kali talipon saya....tak kira jam berapa, saya akan datang. Demikian juga ahli yang lain memberi komitmen.

Antara cadangan untuk terus menyumbang khidmat skuad aman mencadangkan agar di lewatkan waktu rondaan selepas jam 2-3 pagi kerana khabarnya itu waktu yang di anggap 'kritikal'. Skuad juga perlukan tempat selesa sambil dapat bersantai dan bersolat sebelum menjalankan tugas. Ketiga, skuad aman perlukan bajet untuk terus merasa releven kerana peralatan seperti walkie talkie perlu disediakan. Akhirnya skuad aman boleh bergabung dengan Rukun tetangga kawasan seksyen 7 supaya lebih 'authoritative' (ada kuasa).

Ke sekian kali saya merenung dalam-dalam mengapa golongan remaja perlu di biarkan tanpa kawalan ibu bapa. Adakah ibu bapa telah 'membuang' mereka daripada kamus hidup mereka atau remaja sendiri terlalu ego dengan keremajaan dan rasa ingin bebas mereka ke tahap 'durhaka' kepada kedua ibu bapa yang mungkin marah atau 'menghalau' mereka sebagai ancaman sahaja? Alangkah perlunya kedua-dua pihak bersabar dalam suasana menjaga hubungan kekeluargaan.

Amat bahaya di sisi mendapat pertolongan Allah jika sebab yang kedua itu berlaku kerana durhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar yang menghijab hidayah. Anak-anak perlu keredhaan ibu bapa sebelum diterima taubat dan mudah menjadi anak yang taat.

Saya lebih meletakkan 'persekitaran' sebagai punca pelbagai masalah. Bayangkan sumber yang terpampang di dada akhbar dan media massa setiap hari bertubi-tubi semuanya menjurus kepada berita bobrok, seks bebas sana sini, remaja membuang bayi, pembunuhan, fitnah, tipu daya, kemalangan, penderitaan...nauzubillah semuanya bala' yang tidak berkesudahan. Dalam senario begini bagaimana persepsi remaja hendak diluruskan kerana mereka berpandangan kalau orang lain boleh buat mengapa mereka tidak? mentaliti ikut suara ramai sedang mendominasi masyarakat di Malaysia.

Terkini ada sebuah institusi di negeri Melaka yang menyediakan kemudahan ibu muda yang mengandung untuk terus bersekolah (Sekolah Harapan)...anak-anak akan beranggapan tindakan mereka di restui dan perbuatan berzina mereka bukan rahsia lagi, nauzubillah.

Dalam kemelut masalah sosial ini saya dan suami amat phobia (takut) membaca surat khabar atau menonton media yang sarat dengan berita-berita bermaslaah. Terus tutup minda kami dan cuba dapatkan sumber yang soheh sahaja walaupun kami ketinggalan berita sensasi. Amat perlu ada disiplin kehidupan membuang dan mencantas daripada pokok kehidupan iman semua 'lalang' yang tumbuh. Mungkin pokok yang bermasalah perlu di tukar terus dengan sikap membuang terus cara hidup lama.

Inilah yang berlaku dikalangan para sahabat awal yang menerima Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw. Ciri-ciri mereka berubah hanya dengan tiga kaedah: sumber rujukan yang soheh iatu alquran dan bimbingan Rasulullah saw; kedua, meninggalkan semua amalan sesat sebelum memeluk Islam dan ketiga setia dan kekal mempraktikkan perintah Alquran dalam semua aspek kehidupan secara total. Dalam era moden hari ini berapa ramai orang yang dapat menghafal alquran, namun lebih ramai yang gagal melaksanakan perintah alquran. Kemelut songsang akidah, tidak ada rasa berTuhan dan hidup tanpa prinsip perlu di selsaikan dari akar umbi kefahaman dan kesedaran ibu bapa, pemimpin masyarakat, guru, malah siapa sahaja yang boleh di contohi.

Kini skuad aman dalam persimpangan untuk terus releven kerana pengasasnya bukan lagi ada kata putus untuk membantu dari segi kuasa dan material. Saya hanya yakin bahawa nawaitu dan sikap tawakkal untuk menjalankan kerja mencegah mungkar ini sebagai 'wajib' kepada segolongan yang perihatin (kalau tidak semua berdosa), insyaAllah akan ada jalan keluar. Dalam umur kami menjelang senja kami mengharapkan golongan muda tampil memegang kendali kepimpinan dengan tabah kerana kerja amal soleh sebenarnya merupakan 'satu perniagaan yang tak pernah rugi' (tijaratan lan tabur). WaAllau'lam

No comments:

Post a Comment