NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, November 4, 2010

MAKE ME STRONG- SAMI YUSUF








Gambar kenangan anak-anak yatim srilanka dan generasi kohatsa Ya Allah make them strong

Salam

Sejarah hari ini yang agak panjang bermula dengan kelas harfiah AlQuran seperti biasa setiap pagi Khamis. Awal-awal pagi suami saya telah menyertai rakan seperjuangan pergi ke Galas Gua Musang menyaksikan pilihan raya. Tiba-tiba jam 12 tengahari pulang semula ke Shah Alam khabarnya kereta ada masalah teknikal di Bentung. Adalah hikmah tu kerana kesesakan jalanraya khabarnya dan bila pulang selepas keputusan nanti kecundang sakit hati juga ya?

Sepanjang dua tiga malam akhir-akhir ini saya memikirkan program remaja perempuan 'the beauty in you' , apa kaedah untuk pendekatan yang berkesan dan bagaimana ingin menyelaraskan pengisian kepada remaja secara santai. Gabungan dengan Novem juga perlu di selaras kerana nilai kami tidak sama, namun beliau akur saya akan membuat rumusan yang sesuai untuk remaja Muslim.

Melayari internet awal pagi saya terserempak dengan pautan u-tube penyanyi yang menetap di Britain, Sami Yusuf yang di masukkan adik saya dalam blognya. Di iringi gambar-gambar yang sungguh menarik nasyid slow-beat 'Make me strong' menggamit perasaan saya yang nasyid ini sesuai di bentangkan kepada remaja dalam program nanti. Atara liriknya: My Lord (Allah) show me right from wrong, give me light, make me strong.'

Berita pasukan Muslim Care yang membawa bantuan ke Kedah merunsingkan kami di kariah seksyen 7 Shah Alam yang menghantar bantuan kerana keadaan agak teruk, hanya doa dapat mengiringi musibah ini. Dalam tempoh amat singkat tidak banyak yang dapat di kumpulkan untuk membantu mangsa banjir yang teruk di kedah-Perlis.

Kalau tidak di dasari kefahaman bahawa sabar di landa musibah adalah penghapusan dosa mesti ramai yang akan menuding jari menyalahkan kepimpinan era baru di Kedah. Namun perancangan Allah yang Maha Kuasa mengatasi segala. Tidak semestinya orang yang tidak dilanda musibah lebih di rahmati Allah kerana ujian selesa, senang dan mewah lagi sulit untuk bersabar. Bayangkan seorang yang biasa mewah, tiba-tiba di landa musibah terpaksa mengharungi air banjir hingga ke paras leher, mesti ada terkeluar keluhan...tidak redho, marah-marah atau mengarahkan siapa sahaja untuk minta bantuan, lewat bantuan tiba mesti akan marah-marah lagi. Itu ujian orang yang biasa senang yang sering di kaitkan dengan 'istidraj' iaitu makin senang semakin lupa diri.

Apa pun musibah di Kedah tidak menghalang dua pliharaya kecil berlangsung di Sabah dan Kelantan. Yang menang tidak semestinya menang jika berlaku di sana penyelewengan atau ketidakjujuran. Saya memang berlepas diri daripada membuat sebarang persepsi mengenai pilihan raya kerana saya kurang arif dunia politik. Yang saya yakin ialah untuk mencari redho Allah pencipta saya dalam sebarang tugasan kerana semua amanah akan dibentangkan untuk penilaian di satu hari nanti. Bak kata lirik nasyid 'make me strong' oleh sami yusuf:

'l know l'm waiting for something to happen to me,
nothing in life is free,
l wish that somehow You (Allah) would tell me out aloud
that on that day (Akhirat) you'll (Allah) forgive me

suatu keadaan yang patut kita semua bimbangkan!

Esok perayaan Deepavali rupanya, saya kurang meyemak tarikh cuti dek kesibukan. Beberapa pertemuan turut di rancang hari Jumaat, antaranya majlis mengiringi Prof Abu Osman Md Tap sepupu saya yang akan ke Mekah menunaikan fadu haji kali ke tiga pada hari Sabtu. Sebagai tetamu Allah kami amat berharap doa untuk kami yang tinggal di kabulkan, ameen.

Sepanjang petang dan malam saya bersama keluarga dan adik menyemak pelbagai urusan di Anjung 7. Galeri Mawaddah yang akan beropersi selepas hari raya haji sudah menaikkan papan tanda, memakai tagline 'Elegence Defined' bahasa melayunya 'Terjemahan Keanggunan' kerana produk yang akan di pamerkan nanti merupakan pilihan hasil kerja kraftangan dan jahitan yang paling rapi. Di doakan ia menepati wawasan insyaAllah.

Sewaktu menemani adik saya yang sedang berkursus di Quality Hotel sebelah malamnya saya mendoakan kesabaran yang tinggi dan baik (fasobran jamil) untuknya. Perancangan awal beliau akan bersama perjumpaan keluarga suaminya bercuti di Pulau Pinang tetapi terbatal di saat akhir kerana tugas mendesak suaminya di Kota Kinabalu. Saya menilai diri saya tersudut jauh dari segi kesabaran jika berhadapan dengan situasi yang di hadapi adik saya yang seorang ini (dalam bahasa inggeris l paled to achieve her level of patience). Begitulah anugerah Allah kepada semua insan, tidak sama ujian, sami yusuf menyebut dalam lirik 'make me strong':

This waiting comes with trials and challenges
life is one mystery

Alhamdulillah dengan terjumpanya saya nasyid 'make me strong' saya lega untuk persiapan program remaja,almaklum begitu lama saya meninggalkan medan motivasi, kini akan tampil semula bersama seorang yang pakar juga dalam bidang cheorography(sutradara) musik dan menggunakan dwi bahasa, pastinya bahasa Inggeris akan lebih banyak di gunakan. Kepada teman seperjuangan saya yang ada membaca blog ini saya mempelawa mereka, 'come join my new mission to save our girls from mischief not of their own wish...mereka mangsa persekitaran masyarakat yang rata-rata sudah menukar selera dan melihat kemungkaran sebagai perkara biasa. MAKE ME STRONG patut di jadikan motto kehidupan hari ini. WaAllahu'am

No comments:

Post a Comment