NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, October 31, 2010

SABAR BERPRESTASI






Seorang bekas pelajar AlManar pelajar cemerlang University Madinah kini menyumbang tenaga sebagai guru Quran di Almanar

Gambar kenangan sekitar mesyuarat ibu bapa


Salam

28 - 31 October saya dan suami berada di Kota Bharu Kelantan. Suami saya akan menghadiri mesyuarat Lembaga Amanah Maahad Al Quran dan Bahasa Arab AlManar, sebuah sekolah swasta yang menggabungkan tiga (3) unsur sistem pendidikan, Alquran, Syariah dan akademik. Saya pula akan mewakili ibu bapa cucu saya yang belajar di Mahaad Banat (perempuan) dalam pertemuan ibu bapa dan guru.

Sebuah perjalanan dengan penerbangan Firefly (kunang-kunang) yang kini menjadi kebiasaan amat memudahkan saya setiap kali ingin ke Kota Bharu, perjalanan pendek (1 jam 5 minit) dan untuk ke lapangan terbang dekat dengan Shah Alam.

Dua janji perlu di tunaikan kepada pelajar perempuan Al Manar kali ini, satu menyambung modul 2 motivasi "Finishing School' dan membawa buku-buku bacaan yang berlebih-lebih di rumah saya. Kebetulan ramai pelajar yang akan meghadapi peperiksaan dalam bulan Disember.

Negeri Kelantan sedang dalam 'penantian' dua acara genting di saat saya tiba. Satu perlawanan Bola sepak Piala Malaysia antara 'red worriors' mewakili Kelantan melawan paskan Negeri Sembilan. Kedua pilihanraya DUN Galas kawasan Gua Musang. Saya kurang arif dengan kedua-dua isu, namun mendoakan kejayaan buat negeri Kelantan yang saya sayangi.
Program ketara di negeri Kelantan iaitu Medan Ilmu setiap pagi Jumaat di teruskan dan ternyata amat berkesan. Dalam rintik-rintik hujan pagi Jumaat 29 Oktober peminat program bicara pagi di Medan Ilmu yang saya temui ada yang datang daripada sejauh negeri Sarawak amat setia mendengar tazkirah. Isu biasa ialah mengenai menjaga kemurnian dan pengukuhan akidah Islam.
Program beginilah yang ingin saya lihat wujud di semua negeri jika umat Islam sayangkan akidah Islam, tapi siapalah saya yang dapat mengubah selera pemimpin negara yang semakin hari semakin kehausan tarikan dunia. Mutakhir ini dengan Islamic Fashion Festival yang mengundang kontroversi dan terkini negara Malayasia akan menjadi hub hiburan malam...aduuh semakin parah.
Doa pagi Jumaat itu saya hayati dengan khusuk, terutama memohon Allah menjaga negara Malaysia daripada huruhara kesan ramai yang tidak segan silu melanggar perintah Allah, ameen.

Mengimbau modul 1 motivasi pelajar Mahaad saya dan teman sebelum ni cuba mengasah minda pelajar agar sentiasa memikirkan penciptaan Allah yang tidak sia-sia. Ciri-ciri 'Ulul-Albab' telah di bincang, antaranya hidup bermatlamat dan berjiwa besar.
Kini saya membawa tajuk Sabar Berprestasi untuk memotivasi pelajar mengambil iktibar pelbagai kisah, seerah Nabi-nabi khususnya Nabi Yusuf seorang remaja kacak yang Sabar Berprestasi di sisi Allah. Pelajar juga di minta menilai sebuah filem 'Taken' dan memberi komen samada remaja bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan. Mesejnya modul 2 ialah remaja kena bersabar jika ingin berprestasi untuk meraih pahala amal soleh, menjadi anak yang berjasa dan bersabar daripada gangguan maksiat yang memang menjadi musuh prestasi cemerlang di sisi Allah.
Alhamdulillah masa yang di aturkan dengan pelajar padat di manfaatkan antaranya mencadangkan pelajar menyertai aktiviti cuti sekolah untuk mendidik rakan sebaya yang kurang bernasib baik dalam program 'Gerak GempurAlQuran', kebetulan mereka memang faqih dalam bidang AlQuran. Semoga anak-anak ini nanti dapat mewarisi kepimpinan ke arah kebenaran yang mula hilang daripada muka bumi Allah ini. Sabar berprestasi cuba merongkai azam anak-anak muda sejauh mana mereka dapat 'menunggu' sambil berusaha gigih meraih kejayaan dan ganjaran dunia akhirat yang dijanjikan Allah.

No comments:

Post a Comment