Salam
PENGUIN ANTARA SPESIE BINATANG YANG KUKUH BERKASIH SAYANG
Khamis 8 November 2012/23 Zulhijjah 1433H
Alhamdulillah sedikit masa di anugerah Allah hari ini untuk saya menulis blog. Ketiadaan kamera sedikit membantut penulisan saya kerana saya tidak dapat merujuk peristiwa yang berlaku apabila lama tidak menulis.
Isnin 5 November saya berada di Puteri Resort Melaka dengan seorang teman menyertai kursus IHES/QGDP anjuran MRSM Ulul Albab Gemencih dan dengan ihsan Perunding dari Sekolah Islam Adni. Kami veteran dua orang ni kira menyibuklah dengan guru-guru muda semata-mata untuk memperkukuh kefahaman kami dengan konsep IHES/QGDP. (Integrated & Holistic Education System/Quranic Generation Development Program)
Pelbagai peristiwa berlaku yang memang punya hikmah tersendiri kerana saya yakin setiap yang berlaku perlu di renung untuk memperkukuh iman kepada Maha Pencipta yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Hari pertama kami di temani suami masing-masing dan di sebelah malamnya kami menghabiskan masa dengan hidangan ikan kukus. Program yang sepatutnya bermula 2.30 petang terlewat kerana Perunding tersangkut dalam kesesakan di highway akibat lori terbalik. Saya dan teman ke Cafe Resort ingin menjamah sedikit makanan. MasyaAllah terlalu lama hidangan sampai hingga kemi terpaksa membuat komen bahawa pelanggan tidak harus di biarkan. Namun apakan daya petugas yang menurut perintah menyatakan tukang masak sibuk menyiapkan dinner dan suasana dalam cafe terjejas kerana tuan punya resort ada polisi menjimatkan letrik. Teman saya terus menyelar,'lain kali kalau tidak mampu nak layan beritau saja cafe tutup...'
Peristiwa menahan sabar samada tersangkut dalam kesesakan atau menunggu hidangan sampai sama nilainya kerana masing-masing ada ciri 'self talk' atau suara hati yang tersimpan atau terluah. Hasil peristiwa + self talk ialah tindakan dan keputusan. Kami bertindak menegur, harap-harap agar jangan di ulang. Perunding tidak boleh bertindak apa-apa dalam kesesakan kecuali sms dan mohon maaf. Jika peserta faham keadaan sesak di jalan mereka redho, sebaliknya Perunding berjanji akan menggantikan masa yang terlepas.
Keesokannya suami-suami kami pulang ke KL dan suami saya berhajat menjemput saya dan teman petang hari Rabu kerana kami ada temujanji di Tangkak. Rupanya kereta 'wakaf' kami (white Horse) pertama kali mengalami kerosakan kesan wiring yang mula terjejas dek waktu. Allah jua yang menentukan esoknya beliau dapat datang menjemput kami di Tangkak menggunakan kereta suami teman saya,alhamdulillah, segala urusan di permudahkan.
Tajuk blog di atas saya kongsikan kesan kursus yang rata-rata menyentuh kami terutama membincangkan keikhlasan hati melakukan apa saja dalam hidup ini. Sewaktu membuat rumusan ramai guru-guru berkongsi pengalaman yang ada unsur lalai dan silap,lantas masing-masing menyebutkan salahnya BUKAN ORANG LAIN, SALAH SAYA SENDIRI' Begitu juga kami di lontarkan kisah para sahabat dan orang-orang soleh yang tidak pernah menuduh orang lain silap dan salah. Mereka akan menyatakan SALAH SAYA SENDIRI. Antara salah mereka ialah kurang berdoa,kurang berzikir dan tidak melaksanakan ibadah kepada Allah sewajarnya.
MasyaAllah...amat berbeza dengan kita orang biasa yang sering tidak mengaku salah malah menjadikan orang lain sasaran fitnah dan tuduhan. Begitulah kesan menyusur generasi AlQuran kerana apabila Quran bersemadi di hati dan menjadi peribadi tidak ada apa yang penting keculi REDHO ALLAH.
Satu peristiwa penting yang saya perlu catit dengan penuh keredhaan ialah apabila teman saya mengukur kandungan gula dalam darah saya menggunakan alat pengukur yang sering di bawanya. Di awal jam 6 pagi itu saya memang tidak makan apa-apa lantas kandungan gula mudah di ukur. Terkejut kami bila mendapati ukurannya 17.8. "Wow tinggi ni" teman saya bersuara."Saya yang lama mengidap kencing manis ukuran 8,tapi saya makan ubat. You better go and check..ni silent killer." Saya memang terkejut kerana saya jarang mengukur kandungan gula dalam darah sekalipun pernah doktor menasihatkan saya mengambil ubat,ketika itu ukurannya 9. Kononya prinsip saya tak mahu menggunakan ubat hospital, lantas nasihat doktor saya abaikan.
Kali kedua teman saya mengukur lagi jam 10.30 pagi masih dalam keadaan belum makan,ukurannya 17.1,masih tinggi. Teman saya menyataka setengah orang dengan ukuran ini sudah 'stroke', saya pasrah dan berjanji akan mempastikan ukuran tinggi ini di hospital secepat mungkin. Semua SALAH SAYA SENDIRI kerana lalai memerhatikan kesihatan asas. Rasa berdebar memang ada, mana tau tiba-tiba saya rebah stroke...ya Allah jangan uji aku suasana tak terkawal begitu...masih banyak tugas yang belum selsai.
Antara tugas utama dalam temujanji kami di Tangkak ialah mengusahakan sebuah tadika yang di jalankan kakak saya sejak tahun 2000 yang hendak di tutup begitu sahaja atau di serahkan kepada orang lain. Saya membantah keras kerana dengan input IHES dan QGDP yang saya di dedahkan mutakhir ini ZALIM saya membiarkan anak-anak cucu tidak di santuni sebaiknya dengan nilai AlQuran. Tambahan ibu bapa perlu 'enjoy' dengan kehadiran anak-anak mereka ketika masih kecil. Setelah berbincag dengan CEO Sekolah Adni kami sepakat melaksanakan pakej ihes/qgdp sekiranya pra sekolah di Tangkak dapat menguruskan perkara asas seperti mengesahkan pemilikan tapak tanah serta menyediakan bakal murobbi. Doa saya usaha mengadakan preview atau hari keluarga di tadika awal December tak lama lagi dapat di realisasikan insyaAllah.
ENJOY THE FLOWERS WHILE THEY BLOOM-ENJOY YOUR CHILDREN WHILE THEY ARE YOUNG
Jelas sekali setiap peristiwa dalam hidup ini sekiranya berlaku kegagalan dan kekurangan konsep BUKAN SALAH ORANG LAIN TAPI SAYA SENDIRI perlu di jadikan panduan. Ia membuka jalan bermuhasabah, menambah ilmu, merujuk dan berunding dengan orang lain, mohon bantuan dan berjihad semampu mungkin semoga Allah meredhoi detik-detik hidup kita.Ameen
Ada buka pndaftaran?
ReplyDeleteCntct sy 012-2870792