NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, November 17, 2012

HIDUP INI TIDAK ADA RAPTAI (REHEARSAL)

Salam

Sabtu 17 November 2012 / 3 Muharram 1434H

Awal Muharram tahun baru Hijrah 1434 berkebetulan mula cuti sekolah akhir tahun membawa bersamanya kisah sedih kepada keluarga saya kerana salah seorang anak perempuan saya kehilangan kandungannya berumur 5 bulan yang di kesan tidak bernyawa. Semoga Allah memberi pasangan muda ini kesabaran yang cantik (fasobran Jamil) dan menggantikan setiap kehilangan dengan anugerah yang lebih baik dalam tahun baru Hijrah.

Apa pun rancangan membawa cucu-cucu ke Shah Alam di teruskan  malah kami sempat menghiburkan mereka tinggal di apartment Hang Tuah City Hotel Melaka untuk menikmati 'swimming pool'. Kini saya memegang teguh prinsip seorang teman saya 'that kids are young only once, they reached 7-10 years old once!

Maksud prinsip teman saya ialah pada umur kanak-kanak biarkan mereka menjadi anak-anak yang seronok dan penuh kenangan manis di belai, di asuh dengan kelembutan seorang murobbi. Murobbi memiliki kelebihan mengaitkan semua urusan dengan ketaatan kepada Allah termasuk menyediakan seorang anak kecil persiapan asas bakal seorang khalifah.

Namun realiti yag berlaku hari ini agak merunsingkan kerana anak-anak di dedahkan dengan persiapan menjadi pelbagai 'bintang kecil', di asuh menampilkan diri zahir berlebih-lebihan sehingga nilai keduniaan menjadi idaman mereka. Raptai demi raptai di lakukan agar penampilan menjadi terbaik dan menggondol anugerah. Sedangkan SETIAP SAAT HIDUP MANUSIA YANG BERLALU ADALAH SATU KEBENARAN, TIDAK ADA RAPTAI (REHEARSAL) YANG BOLEH DI UBAHSUAI ATAU DI ULANG TAYANG.

Saat saya sedang menulis blog ini saya menerima sms 'hari ke 4 Gaza diserang Israel. 39 Syahid, 350 cedera.' Negara laknatullah lsrael ingin menguji kecanggihan senjata mereka seolah raptai kononnya ingin menghapuskan negara Palestin 'once and for all' Sakitnya hati mendengar berita ini seperti di hiris-hiris kerana benteng terakhir yang masih ada untuk warga Palestin hanyalah Gaza strip yang sekangkang kera sedangkan di wilayah tebing barat kecondongan pemerintah Palestin di situ lebih mirip kepada ingin membantu musuh lslam. Seorang teman saya yang baru pulang daripada Gaza sewaktu AidilAdha pasti merasa tergugat melihat Gaza kritikal lagi sedangkan beliau pernah melalui tanah-tanah yang di hujani peluru lsrael. Ah...sedih dan sayu. Bagi para syuhada ia satu nikmat menegakkan kebenaran lslam di bumi AlQuds.

Saya emded satu tinjauan tentang mutakhir suasana di Gaza dalam video di bawah ini:



Beberapa slot dalam youtube diatas mempamirkan salahtanggapan mereka yang melihat politik Palestin dari kacamata dunia barat atau tanpa nilai akhirat, sedangkan Gaza ingin melaksanakan pemerintahan yang berpaksikan ketaatan kepada Allah Maha Pencipta.
 
Kedatangan musim cuti juga di hujani banyak program anak-anak, remaja dan pelajar sekolah. Satu perkembangan yang amat positif sekiranya program dapat melengkapkan anak-anak dengan keperluan menjadi insan soleh dan solehah, beriman dan bertaqwa sepanjang hayat. Namun kerap berlaku program motivasi di anggap seperti raptai atau rehearsal bilamana nilai yang diterapkan dalam program tidak bertahan lama. Jika mengambilkira umur manusia yang terus berjalan detik demi detik tidak ada saat hidup yang boleh dikebelakangkan semula, di ulangtayang dan kesilapan di anggap raptai. Yang ada hanyalah kesal, taubat , tidak mengulang kesilapan dan berserah kepada Allah Maha Pencipta agar rahmatNya mendahului murkaNya. 

Musim cuti tidak jemu-jemu membariskan jamuan dan khenduri kahwin di sana sini. Atas dasar memperkukuh silaturrahim saya sering memaksa diri menghadiri jemputan demi jemputan kerana agak sukar melakukan ziarah kepada sahabat handai jika bukan dalam majlis dan keramaian istimewa. Menyentuh silaturrahim saya terkesan dengan maksud sebuah Hadis riwayat Bukhari Muslim:
'Rasulullah saw bersabda: Allah telah menciptakan para makhluk. Apabila proses penciptaan itu selesai, bangkitlah makhluk yang bernama 'Rahim'. Dia bertanya kepada Allah 'inikah kedudukan orang yang berlindung kepadaMu dari terputusnya silaturrahim?Allah menjawab 'Ya, puaskah engkau jika Aku menyambung hubungan dengan orang yang menyambung hubungan denganmu (menyambungkan tali silaturrahim) dan Aku putus hubungan dengan orang yang memutus hubungan denganmu (memutuskan tali silaturrahim)? Rahim menjawab 'ya'.Maka Allah SWT berfirman'Engkau telah memperolehnya'.

Betapa besarnya peranan silaturrahim hingga jika terputusnya hubungan bererti TERPUTUS DARI RAHMAT ALLAH, nauzubillah!

Seorang sepupu saya mengadakan jamuan perkahwinan anak perempuannya di Bandar Baru Bangi. Selain menyambung silaturrahim dengan beliau saya hajat ingin bertemu ibunya (isteri arwah bapa saudara saya) yang uzur. Seingat saya setiap keluarga akan menjadikan seorang ibu 'mutiara' dalam setiap majlis selagi ibu masih hidup. Terkenang saya satu majlis pernikahan anak saudara saya di Masjid negeri Shah Alam sewaktu arwah ibu saya masih hidup. Adik saya mengendung (kelek dalam bahasa Johor) ibu saya yang uzur untuk merestui majlis tersebut. MasyaAllah...titis air mata kami adik beradik ketika itu menghargai betapa besarnya peranan seorang ibu yang melahirkan kami.

Hari ini saya kecewa kerana majlis di rumah sepupu saya tidak ada kelibat ibunya. 'Dia tidak sihat..ada rumah adik' sepupu saya menjelaskan. Selepas majlis saya ke rumah adik beliau dan bertemu ibunya yang tidaklah seuzur arwah ibu saya sewaktu di kendung adik dulu. Pesan saya kepada adik sepupu saya 'beruntunglah kamu ibu masih ada...berkat seorang ibu amat amat BESAR.' Menangis  adik sepupu saya mendengar kata-kata ini kerana selama ini beliau hanya melihat ibunya dari sudut UZUR, bukan BERKAT.  Begitulah  kita manusia yang amat rapuh cara berfikir perlu mengubah pemikiran ke arah MENCARI APA YANG ALLAH REDHO, bukan apa nilai manusia semasa.

Di saat kematian segala bentuk keduniaan akan kita tinggalkan,rumah dan pangkat besar malah pelaburan berjuta juga tidak dapat menebus apa-apa kesilapan yang berlaku. Yang ada hanyalah kesedaran bahawa dalam HIDUP INI TIDAK ADA RAPTAI,TIADA ULANGAN ATAU PATAH BALIK...Mari kita bertafakkur sejenak memikirkannya.WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment