Pertemuan di Kompleks Restoran Oasis seksyen 9 Shah Alam
Salam
Ahad 30 Januari 2011/25 Safar 1432H
Alhamdulillah awal pagi dapat merumuskan sedikit pakatan perniagaan dengan pengusaha yang mengedar produk Smart Herbs. Hasil pertemuan dengan MPP Zon 21 pada malam Sabtu, Galeri Mawaddah akan di beri tiga lot perniagaan di pasar malam Setia Alam mulai 12 Februari, setiap Sabtu jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Kuih Hani's Ring, hamper mawaddah dan produk Smart Herb di cadang bergabung tenaga untuk memudahkan pemasaran dan menjana pendapatan lumayan insyaAllah.
Komitmen Setiausaha kehormat MPP Zon 21 bersama petugas Galeri Mawaddah
Di Kompleks restoran Oasis kami turut mengajak seorang teman mengedarkan produk di sekitar kawasan tersebut. Terdetik di hati betapa sukarnya menembusi pasaran luas sekiranya kita tidak gigih dan bersemangat waja untuk maju. Namun saya yakin kemenangan akan di berikan mengikut nawaitu dan usaha seseorang yang tak mengenal erti gagal.
Petugas Galeri Mawaddah hari ini giat menyediakan tempahan hamper, alhamdulillah, the egg is broken, our first order-6 big hampers for cny!. Proses membuka gerai jualan Hani's Ring terpaksa di tunda esok. Doa saya agar petugas di beri banyak kesabaran dalam usaha meniti kejayaan bersama promosi Hani's Ring dan hamper mawaddah.
Sepanjang hari ini hujan turun sehinggalah ke petang. Saya dan suami sempat meredah hujan (dengan kereta) menuju ke Dewan Merak kayangan Felda Kuala Lumpur menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki pengurus besar Lembaga Pelabuhan Johor. Majlis yang mewah sekali dengan wedding planner membuat perancangan sampai ke skrip ucapan DJ!
Di hadapan Dewan Felda dan Majlis persandingan
Dalam suasana kemeriahan majlis hati kecil saya sentiasa ingin tahu apakah natijah piliharaya kecil kawasan Tenang Johor yang berlangsung hari ini. Soalan SIAPA MENANG DI TENANG berlegar-legar di minda.
Jam 4.00 petang baru ada kesempatan melayari internet. Lewat petang di sahkan calun yang menang ialah yang mewakili Barisan Nasional. Sepanjang musim kempen pilihanraya saya merindui kemenangan Cik Gu Mala (Normala Sudirman) wakil PAS, seorang pejuang wanita yang menawan hati saya dengan keyakinan yang jitu kepada pertolongan Allah. Ramai pemimpin berkaliber memuji beliau kerana kewibawaannya dan kemampuannya menangkis pelbagai fitnah. Memang calang-calang jiwa yang tidak kuat akan mudah 'rebah.'
Dalam FB kakak saya beliau menyebut kasihan cikgu Mala tewas. Terus bangkit semangat saya menjawab cik gu Mala yang memperjuangkan lslam tidak kalah, yang kalah ialah nafsu pemimpin yang tidak jujur dan masyarakat yang lalai. Perjuangan lslam 'TIDAK PERNAH KALAH' di sisi Allah.
Waktu jiwa berkobar-kobar dulu saya rasa amat marah jika calon pilihan saya gagal. Hari ini saya lebih 'tenang' daripada kawasan Tenang yang di landa banjir. Umur dewasa mengajar saya soal kalah menang bukan matlamat kerana ia HAK ALLAH. Jika kemenangan menjadikan kita lebih jauh dari Allah ia satu MUSIBAH. Sebaliknya jika kalah memungkinkan kita melakukan MUHASABAH ia satu kekuatan untuk perancangan jangka panjang. Mesej yang penting ialah yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dalam hubungan ini mari kita berkongsi proses bagaimana seorang pejuang lslam mempraktikkan komitmen pertolongan Allah -Salahuddin AlAyubi:
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu.
Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin pembantunya mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”.
Bila hampir subuh aku pun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati beliau sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya.
Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau MANDILAH sebelum pergi ke Masjid Aqsa. KELUARKANLAH INFAQ dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, SOLATLAH DUA RAKAAT selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah solat sebelum Mi’raj dahulu.
Aku pernah membaca hadis doa yang dipohonkan di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau BERMUNAJADLAH kepada Allah dengan ucapan
“Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”
Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan.
Menyantuni dan mengasihi anak kecil juga dikira amal soleh
Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara pasukan musuh yang menatijahkan berita baik bagi tentera Salahuddin beberapa hari kemudian.
Demikianlah sebuah kisah untuk di tauladani dalam saat kita di uji dengan sedikit kesusuhan dan kegagalan. Pastinya selepas kesulitan akan datang kemudahan (maksud AlQuran). Janji kita berIMAN dan BERTAQWA, bahasa biasa "Yakin dan lakukan usaha terbaik" dalam semua urusan dengan penuh kerendahan hati kerana Allah Maha Besar yang tahu isi hati kita. Allahu Akbar!!
No comments:
Post a Comment