Persiapan hamper di Galeri Mawaddah
Contoh Nasi Lemak 'Le Arab' Salam
Selasa 1 Februari 2011, hari Wilayah Persekutuan dan hari ulangtahun perkahwinan saya ke? tak ingat. Apa pun ia satu tarikh yang akan menyimpan banyak sejarah.
Mulai hari ini Galeri Mawaddah (GM) akan mula merancang tugas dengan penuh komitmen untuk kesejahteraan bersama. Dengan adanya empat pembantu, GM perlu menjana pendapatan berterusan.
Satu pebincangan telah di adakan hari ini untuk merangka strategi yang berkesan termasuk mengusahakan jualan makanan kegemaran pelanggan,NASI LEMAK. Bila terbukti nasi lemak menggunakan beras panjang Arab enak rasanya mungkin usaha bidang ini dapat meningkatkan aktiviti Galeri. Cadangan nama Nasi Lemak 'Le Arab' telah di terima untuk memulakan perniagaan selepas perayaan tahun baru cina insyaAllah. Kebetulan seorang pembantu sebelum ini memang menjalankan perniagaan nasi lemak.Kelainan Nasi Lemak LE ARAB: hirisan ayam Roasted /roasted chicken
Selain merancang perniagaan mesyuarat membuka ruang untuk tazkirah. tajuk tazkirah hari ini menyentuh sifat ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Sewajarnya setiap insan sebaik di bangunkan dari tidur haruslah memasang nawaitu untuk menyerahkan seluruh kehidupan dan kemampuan yang ada semata-mata mencari keberkatan dan redho Allah.
Ikhlas bermaksud tidak ada agenda yang lebih besar selain memperkukuh hubungan dengan Allah melalui kefahaman bahawa semua urusan adalah bentuk sujud dan taat kepada perintahNya. Allah juga maha mengetahui segala isi hati.
Selain solat dan ibadah yang khusus, mencegah mungkar dan menjalankan kerja kebaikan termasuk arahan yang di seru orang-orang beriman melakukannya. Semua urusan rumahtangga seperti menjaga jati diri, khidmat suami, didik anak dan apa pun tugas yang di amanahkan perlu berpaksikan untuk mencari keredaan dan rahmat Allah. Kalau Allah redho segala usaha akan mendapat keberkatan. Rahmat Allah pula menjamin anugerah terbaik dunia dan akhirat.
Bertentangan dengan sifat ikhlas ialah sifat munafiq dan fasiq.
Munafiq adalah berpura-pura sedangkan fasiq ialah melakukan dosa tanpa ingin memperbaiki diri.
Munafiq merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hati. Ia merujuk pada mereka yang tidak beriman tetapi berpura-pura beriman.
Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :
“ | "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
|
- Fasiq pula adalah orang yang menyaksikan kebenaran tetapi tidak meyakini dan melaksanakannya. Ia cenderong melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah mentaati Allah dan suka bermaksiat. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasik.
Ciri-ciri orang fasiq
- Tidak mematuhi janji mentaati Allah
- Suka memutuskan silaturrahim (bergaduh)
- Menghalang kebenaran di sebarkan
Semoga perbincangan dan tazkirah akan dapat di jalankan sekerap mungkin untuk mengesan sejauh mana usaha bersama menghasilkan natijah zahir dan batin. Keinsafan kami diakhir perbincangan ialah merasakan sebuah anugerah kerana masih di kekalkan dalam iman dan lslam. Hanya kerana dua kekuatan ini kami akan cuba mengharungi cabaran dan ujian bersama, insyaAllah.
Memandangkan senario dunia mutakhir ini menjadi kalut, musibah banjir di Malaysia menjadi-jadi kami bertambah insaf betapa orang lain yang di landa musibah memerlukan pelbagai huluran bantuan. Misi Galeri Mawaddah satu ketika nanti ialah untuk menjadi penyumbang terbesar ketika bantuan di perlukan oleh mana-mana pihak insyaAllah. Amiin
No comments:
Post a Comment