Kenangan di Lapangan Terbang Juanda
Kenangan di Surabaya melalui Kalimas (Sungai Emas) di tengah-tengah kota Surabaya
Salam
Sabtu 29 Januari 2011.
Setibanya di rumah selepas musafir sedia menunggu beberapa pesanan, antaranya kedatangan tetamu pengantin baru daripada Kuala Selangor waktu tengahari. Teringat untuk menyediakan masakan asam pedas ikan parang. Namun memikirkan urusan memasak akan mengambil masa saya cadangkan makanan di beli di Restoran Oasis seksten 9.
Alhamdulillah tetamu sempurna di raikan dan sepanjang petang saya berada di Galeri menyelia perancangan dan pemasaran. Cadangan menyertai pasar malam terpanjang di Shah Alam telah membawa saya bertemu rakan MPP Zon 21 Fariz Abdullah. Seperti dulunya beliau amat mengalu-alukan penyertaan peserta ibu-ibu tunggal dan miskin dalam projek pasar malam
terpanjang setiap sabtu itu.
Di MPP Zon 21
Bersama Tetamu di Dalam Galeri Mawaddah
Kembali ke Shah Alam terasa selesa,cuaca dan persekitaran nyaman. Saya teringat sebuah Gunung untuk di ziarahi sewaktu di Surabaya, Gunung Bromo. Waktu membuat tinjauan di meja reception katanya lawatan ke sana di tangguhkan kerana masih belum selamat sejak Gunung Bromo mengeluarkan lahar, debu dan haba panas.
Sewaktu dalam pesawat pulang ke Malaysia berita di akhbar Star turut memuatkan maklumat penerbangan ke Bali di tangguh kerana Gunung Bromo mengeluarkan debu yang boleh menganggu kapalterbang.
Suatu maklumat yang saya tertarik di Gunung Bromo ialah peluang menunggang kuda di kawasan pasir hitam dipantai kesan letupan gunung berapi Bromo. Apapun mungkin satu masa saya akan berpeluang juga ke sana kerana kini saya sudah punya agenda ke Surabaya yang boleh di aturkan lebih awal dan menarik.
Sebelum merujuk kepada kisah gunung berapi sebenarnya saya amat sering berhadapan dengan 'Gunung Berapi' di jiwa manusia. Ramai yang mengadu hal akan 'meletupnya gunung berapi' di saat suami menikah lagi dan mengabaikan tanggungjawab.
Satu kisah yang mengambil masa saya menenangkannya melibatkan seorang suri rumah yang mengorbankan kerjaya semata-mata ingin menjaga 9 orang anak-anaknya. Terkini beliau bersyukur kerana sebahagian besar anak-anaknya bertanggungjawab dan ingin menjaga ibunya, bukan bapanya. Gunung yang panas berapi satu ketika kini sedang tenang dan merasa hikmah dan nikmat berpoligami.
Maksud saya iktibar gunung berapi berada dimana-mana, dalam perhubungan suami isteri, dalam rumahtangga, dalam arena politik dan dalam berorganisasi. Semuanya berpunca daripada ledakan yang sukar dikawal setelah lama terpendam seperti gunung berapi.
Rusuhan di Tunisia kesan pemerintah kuku besi yang rakus menghabiskan wang rakyat kini merebak ke Mesir dan tidak mustahil Allah akan menggerakkan hati-hati insan yang sedar akan hak mereka di seluruh dunia untuk 'meledakkan dan memuntahkan' ketidakpuasan hati melalui rusuhan dan pemberontakan. Semoga Allah melindungi kita diperintah dengan zalim kerana orang zalim tempatnya dineraka, nauzubillah.
Kisah Gunung Berapi ini saya bawa dalam blog sebagai iktibar bahawa semua kejadian Allah itu sempurna, ada hikmahnya dan kena redho. Allah hanya menolong hambanya yang redo terhadap sebarang ujian yang di beriNya. Keadaan gunung Bromo yang tidak selamat meyebabkan saya tidak terkilan kerana tidak berpeluang melawat gunung Bromo.
Catatan berikut saya petik daripada sumber internet:
November 2010- Gunung Bromo dilaporkan meletup, memuntahkan kepulan asap hitam menghala ke arah barat-daya atau daerah Malang dan penduduk di Malang disarankan supaya menggunakan topeng muka. Gunung berapi setinggi 2,329 meter tersebut kembali aktif mengeluarkan serpihan volkanik. Kali terakhir ia meletus ialah pada 2004, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Letusan Bromo paling besar dicatatkan adalah pada 1974.
Wassalam
No comments:
Post a Comment