NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 28, 2011

WALI SONGO












Di sekitar Masjid dan tanah perkuburan Sunan Ampel

Salam

Jumaat 28 Januari 2011/23 Safar 1432H

Penerbangan pulang daripada Surabaya alhamdulillah. Perkhidmatan MAS saya nampak memang ada kelas. Kami di kelas ekonomi dilayan bak mereka yang duduk di business class. Hidangan makan malam menyelerakan dan ikan di rasa begitu fresh. Itu pun di tanya oleh stewardess samada makanan enak dan yang mana lebih enak antara ikan dan ayam. Tahniah semoga tagline MAS MH (Malaysian Hospitality- kemesraan Malaysia) kekal berjaya menambat hati pelanggan.

Sepanjang perjalanan pulang saya memikirkan mengapa saya berada di Surabaya dan apa yang saya dapat bawa balik. Sebagai kejutan sebenarnya suami saya yang mendapat tawaran tiket percuma enrich tidak memaklumkan destinasi musafir yang dipilihnya sendiri. Hanya saat akhir beliau memberitahu akan ke Surabaya. Saya pun terimalah dengan sikap terbuka apa yang Allah sediakan kepada saya dan saya amat positif mesti ada yang baik menunggu.

Mungkin saya kurang adil (doing injustice) menyatakan Surabaya kota sepi kerana saya kebetulan tercampak di satu kawasan lama berbanding dengan pusat bandar yang sibuk,aktif dan rancak. Namun satu fenomena saya perhatikan di Surabaya ialah umat lslam orientasinya 'tradisional'. Berbanding dengan senario di DarulTauhid Bandung kita akan dapati ramai pelajar dan orang awam yang mampu berjilbab rapi, di Surabaya walau di sekitar Masjid Ampel yang ada unsur ala Arab ramai wanita yang belum mampu bertudung. Pandangan suami saya ialah kesan 'tarbiyah'yang berterusan melalui seorang tokoh dan penggerak lslam seperti Aagim dan ustaz Yusuf Mansur.Tokoh-tokoh ini lebih mengajak ke arah berpartisipasi (berjemaah).

Terus terang saya tidak faham bahasa Jawa dan juga perkataan 'songo' yang bermaksud nombor sembilan (9). Apabila di sebut Wali Songo sebelum ini saya hanya mengaitkannya dengan nama seseorang yang di anggap wali di Indonesia, khususnya di Solo kerana teman saya sering menyebut dia keturunan Wali Songo. Yang saya tahu ada sebuah toko (kedai) buku nama Wali Songo di Jakarta dan selama ini nama itu kekal sekadar itu.

Rupa-rupanya saya ke Surabaya untuk memperbetulkan konsep sebenar tentang Wali Songo. Menurut Wikipedia (saya petik):

Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanahJawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. "Walisongo" bererti sembilan orang wali.

Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain.

Nama-nama Walisongo

Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan unik dalam penyebaran Islam. Nama Walisongo adalah

Mereka adalah para intelektual yang menjadi pencetus perubahan masyarakat. Mereka memperkenalkan berbagai bentuk peradaban baru, mulai dari kesihatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

Pengajian

Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati handai taulan.

Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat difahami masyarakat Jawa, yakni nuansa Hindu dan Buddha.

Alhamdulillah barulah jelas bahawa perkembangan Islam di nusantara banyak di mainkan melalui Wali Songo. Saya juga di fahamkan ketika penyebaran tersebut memang ada kaitan dengan arahan khalifah othmaniyyah di Turki. Pemimpin lslam di Turki yang menghantar mubaligh ke nusantara melalui pedangang Gujerat (lndia) WaAllahu'alam.

1 comment:

  1. Saya selalu "claim" saya keturunan wali songo. Bukan sebab kewalian, cuma ia ada latarbelakang JAWA. Ya, songo itu perkataan Jawa. Tapi saya dimaklumkan juga bahawa sebenarnya mereka itu bukan Jawa, tetapi keturunan Arab. Sebab itu kalau tengok gambar setengah yang ada, mukanya berjambang. Mana Jawa ada yang macam itu, melainkan Jawa yang ada darah campuran. Saya lihat beberapa gambar dilibrary Tuan Guru Shaghir. Terkenal juga di Malaysia. Tetapi dah meninggal 2/3 tahun yang lalu. Saya pergi dengar pengajiannya untuk seketika, tapi tak istiqamah. Dia lebih pada sejarah, tasauf, sfi begitulah. Dia menulis di Utusan Malaysia (kalau tak silap) untuk beberapa lama mengenai sejarah tokoh-tokoh Ulamak di rantau ini. Oooops, kena pergi. Nanti sambung, insyaAllah. Salam.

    ReplyDelete