Bersama 'penyokong' kuat
Program Usahawan Remaja di Anjung 7
gambar kenangan.
Hotel Kualiti Shah Alam
Gambar usahawan kuih penderam di Pasar Tani Stadium Malawati Shah Alam
Salam
Hujung minggu yang amat padat bermula Khamis 9 Disember 2010. Pertemuan dengan Siti Hawa kali kedua mencetuskan banyak idea baru berkaitan penjenamaan produk makanan warisan di Galeri Mawaddah. Beliau yang sempat melawat Kiosk Mawaddah Kraf sewaktu datang ke Shah Alam baru-baru ini menunjukkan pentingnya kreativiti mempergunakan kraf kitarsemula sebagai tarikan unik untuk mempromosi dan memasarkan produk kepada pelanggan.
Terkenang saya kepada ibu tunggal daripada Kuala Selangor yang menjaga kiosk Mawaddah kraf setiap hujung minggu. Seorang yang tekun menjalankan tugas semampu mungkin sering mendapat perhatian hati saya untuk mendoakan agar Allah membalas ujian berat yang di laluinya (dua anaknya mati di sembelih suami 8 tahun lalu) dengan sabar dan di beri ganjaran terbaik kerana janji Allah ' selepas kesulitan pasti datang kemudahan.' (Alhamdulillah beliau akan di lamar seorang Imam duda pada 17 Disember ini insyaAllah)
Yang jadi lebih trajiknya ialah beliau juga mangsa sistem pengangkutan yang 'teruk dan gagal' dikawasan pendalaman Kuala Selangor kerana pengangkutan bas untuk keluar daripada kampongnya baru-baru ini 'mogok'. Kuranglah peluang untuknya datang ke Shah Alam kecuali adik atau teman sekampongnya menghantar ke jalan besar (kira-kira 5 km). Selepas bernikah dengan bakal suaminya pada awal Januari 2011 nanti beliau terus tidak akan datang ke kiosk Mawaddah Kraf dan menjadi isteri solehah insyaAllah.
Maksud 'terkenang' ibu tunggal tersebut ialah berbanding Siti Hawa yang berpendidikan dan banyak pengalaman melalui persekitaran keluarganya yang menjadi pemimpin masyarakat kristian di Sarawak sebelum beliau memeluk Islam, ibu tunggal Kuala Selangor hanya fokus menghasilkan produk yang di suruh, selain itu beliau 'tidak nampak' bahawa kraf kitarsemula boleh menjadi asas kejayaan dan menjana pendapatan lumayan.
Itulah tujuan saya memikirkan modul 'keusahawanan remaja' dalam pakej Mawaddah Finishing school iaitu untuk berkongsi pengalaman, peluang dan kreativiti dalam mengisi masa lapang remaja agar berpotensi 'mengubah' suasana menggantikan acara 'melepak' tanpa tujuan kepada lebih bermanfaat. Seringkali insan perlukan 'contoh' kejayaan sebelum percaya apa yang di sarankan. Antara contoh yang di minati remaja ialah pendapatan lumayan, glamour dan mendapat penghormatan.
Dalam tempoh yang amat singkat saya memikirkan dua cara menjalankan modul. Pertama mengadakan lawatan bersama remaja ke projek usahawan berjaya antaranya Johor Baharu (kuih tradisional) dan Pasir Salak (Kraf). Kedua, mengadakan bengkel praktikal belajar membuat kuih yang akhirnya akan di jual kepada pelanggan. Kemahiran menjual, memasarkan produk memerlukan bimbingan khas. Siti Hawa mempelawa dirinya untuk bersama remaja.
Setelah sms beberapa rakan dalam NGO minta pandangan dan bercakap dengan dua pakar membuat kuih tradisional 'penderam' serta 'cup cake' saya tawakkal mengadakan program susulan keusahawanan pada 11 & 12 Disember di Anjung 7 Shah Alam kepada remaja yang pernah menghadiri program 'Beauty in You'. Maksima remaja yang di perlukan adalah 10 orang. Mulanya ada tujuh (7) peserta yang ingin menyertai tapi ujian pada hari program 11 Disember hanya SEORANG yang dapat datang bersama ibunya. Remaja yang 'keseorangan' ini amatlah rasa 'kecewa' dan murung sepanjang program berjalan bersama TIGA peserta dewasa.
Kelas belajar 'cup cake' terpaksa di batalkan kerana tiada peserta dan kos 'jurulatih' pun tidak terbiayi. Projek juga hanya di bantu petugas Urban Team yang dapat hadir mesyuarat. Ahli lain agak sibuk dengan menghabiskan kerja di akhir-akhir tahun dan jemputan majlis perkahwinan yang padat.
Cantiknya azam ialah di saat akhir pasti ada pertolongan Allah. Ayat AlQuran menyebut 'Apabila kamu telah berazam, bertawakkal lah kepada Allah' Ketika suami saya menyatakan tidak ada siapa respon kepada smsnya meminta bantuan menjalankan program saya pasrah memenuhi janji kepada jurulatih yang di datangkan daripada JB termasuk bahan asas 'dough' dan peralatan. Selain simpanan yang ada, bantuan suami saya juga di dapatkan.
Adik beradik di Anjung 7 penuh 'support', pasang khemah dan promosi 'food tasting' dengan semua kenalan yang datang menjamu selera di Anjung 7 sepanjang program berlangsung. Saya juga bersuara dengan pengurus cawangan di Menara Tinjau cuba promosi kepada pelancung yang 'passby' restorannya.
Tidak ada orang yang akan percaya 'azam' kuat mengadakan bengkel telah menjana hampir RM300 untuk dua hari jualan 'kuih penderam' yang kini akan dikenali dengan "Hani's Rings'. Pengusaha D'Arab Cafe menalipon saya sebelah malamnya 'ada tempahan perkahwinan bulan Februari 2011 sebanyak 3,000 keping Hani's Ring'. Saya tersenyum,'biar betul'....hmm kalau tak buat program ini mana orang tau kita ada produk...betullah kata setengah pendapat 'orang mati lemas itu bukan di sebabkan tak pandai berenang...tapi tak mau 'bergerak'..gerak ertinya hidup, diam itu MATI.
Post mortem program memperlihatkan banyak kelemahan perancangan dan penyertaan. Hati kecil turut menjelajah 'nawaitu' mengadakan program. Ternyata tujuan utama ialah untuk mendapatkan dana pembiayaan Galeri Mawaddah dan mengujudkan pelapis 'usahawan' remaja menerajui bidang keusahawanan.
Rupanya dalam bidang keusahawanan tidak mudah 'berkongsi'. Awalnya ia perlu di lakukan 'sendiri'. Usahawan remaja yang menjana pendapatan RM3,000 seminggu di JB adalah atas usahanya sendiri setelah mencontohi busines keluarganya. Usahawan kraf di Pasir Salak juga giat berusaha dengan tulang empat kerat mempamirkan keyakinannya bahawa 'semua orang boleh berjaya", tidaklah ke tahap menjadi jutawan tapi beliau boleh berdiri megah menyatakan 'l've done it my way' Namun idea, sokongan, doa dan hubungan kuat dengan Allah tidak di nafikan dalam semua kejayaan dan keberkatan yang berterusan,mudah-mudahan dari generasi demi generasi.
Iktibar pada diri saya 'semuanya bermula daripada jiwa yang sentiasa remaja', jiwa yang tidak mudah menyerah kalah. Setelah mengadakan program hujung minggu ini tenanglah saya bercuti dua minggu ke Jakarta mulai 15 Disember. Mungkin saya tak sempat menulis blog dalam tempoh tersebut. Kepada semua yang terlibat dalam program Usahawan Remaja di Anjung 7 pada 11 & 12 Disember 2010 saya ucapkan jutaan terimakasih dan doa ganjaran berlipatganda terutama jurulatih jemputan daripada JB, Kak Yah. Terpancar rasa mawaddah di hati ini padanya insyaAllah. WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment