NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, December 23, 2010

TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DI JAKARTA



Bilik darjah
rumah guru
asrama
masjid







kenangan di Jakarta & Garut


Salam

Jumaat 24 Disember 2010 18 Muharram 1432H 5.30 pagi waktu Jakarta (6.30 waktu Malaysia). Saya baru berkesempatan melayari internet dan menulis blog ini. Rindunya untuk mendapat berita daripada internet dan blog tidak terbendung, sampai termimpi-mimpi.

Mengapa saya berada di Indonesia sejak 15- 29 Disember? Ada yang menyebut saya 'terperangkap' dengan agenda di Jakarta. Apa ada di Jakarta? seorang adik yang banyak hubungan dengan saya sejak kecil dan kini mampu membiayai apa sahaja keperluan yang saya inginkan. Agenda menjalin persaudaraan, mencari hidayah untuk diri dan dua orang cucu, menambah rezeki melalui pemerhatian serta merenung kelemahan diri.

15-21 Disember agenda bersama 2 orang cucu remaja yang memilih jalan untuk bersekolah di Batu Pahat. Acara yang begitu padat melupakan saya kepada rutin menulis blog. Mungkin rehlah dengan cucu merupakan pertemuan terakhir mendengar isihati seorang nenek tua (tuk Mi) yang telahpun memasuki gerbang umur kematian (63 tahun pada November 2011). Namun motivasi agar mereka terus menghafal al Quran tetap di berikan iaitu setiap juz yang di hafal akan di 'tasmi' (di dengar) tuk mi mereka hinggalah akhir hayat tuk mi dan ganjaran akan di berikan sewajarnya. Begitu juga dengan prestasi persekolahan akan menerima hadiah setimpal yang dirahsiakan jika mereka cemerlang. Rasanya ini sahaja yang dapat saya dan suami lakukan di akhir hayat kami. Tradisi yang tidak ada dalam kamus waktu saya dan anak-anak belajar namun saya akur anak-anak era baru perlu diberi peluang berekreasi melalui 'umpan' kebendaan kerana itu yang berlaku di sekitar mereka.

Sebaik sampai di Jakarta tengahari 15 Disember perancangan di buat untuk melawat Situwangi Boarding School (SBS) Garut pada keesokan paginya kerana pelajar SBS akan mula bercuti pada 18 Disember. Tidak dapat di nafikan agenda SBS ada dalam hidup saya kini. 27 orang anak-anak miskin dan yatim pilihan yang menerima biasiswa SBS sedang melatih diri menghafal 30 juz alQuran dan menguasai bahasa arab dalam pembelajaran, tanpa meninggalkan sistem Departmen Pendidikan Nasional Indonesia (DikNas).

Perjalanan yang jauh dimulai awal selepas Subuh (waktu Subuh di Jakarta jam 4.15 pagi). Selain jauh (2-3 jam dari Jakarta ke Bandung, 1-2 jam daripada Bandung ke Garut,1-1.5 jam daripada Garut ke SBS), perjalanan harus melalui jalan yang sempit berliku,menaiki bukit dan kini waktu liburan amat 'macet' (kesesakan jalan raya),mungkin mengambil masa lebih 8 jam. Memang tepat sekali kami sampai di SBS jam 2.30 petang dan suami serta pemandu kemudian sempat solat Asar bersama pelajar sebelum kami pulang ke dan menginap di Bandung.
Memang layak sekeping hati yang bersama kebesaran Allah mencucurkan air mata syukur dengan pencapaian SBS. Ini agenda saya iaitu selalu menangisi diri yang semakin lemah kerana tidak di perkenalkan dengan sisitem menghafal alquran sewaktu saya pintar belajar. Meraba-raba mengisi kekosongan dengan belajar pelbagai bahasa sebaik saya keluar Universiti...namun tak kesampaian kecuali bahasa arab kini. Nak tau apa bahasa yang saya pernah belajar? Perancis, Jepun dan kantonis...mujur bahasa arab mantap sikit dan mungkin saya akan mengikut jejak teman saya yang akan ke Syria sepanjang tahun 2011 untuk menguasai bahasa arab,insyaAllah.

1 comment:

  1. Alhamdulilah atas kemajuan. Ingin nak tengok gambar-gambar yang lain.Masukanlah dalam entry.Rindu.

    ReplyDelete