'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Thursday, December 23, 2010
TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DI JAKARTA 2
Salam
Selepas sarapan Jumaat 24 Disember 2010 tiba-tiba saya teringat esok 25 Disember perayaan hari Krismas. Sewaktu merancang berada di Indonesia sedikit pun saya tidak terfikir tentang cuti hari Natal.
Biasanya bila musim cuti isteri adik saya dengan tujuh orang anak-anaknya akan ke Jakarta. Benar sungguh saya 'terperangkap' dengan agenda di Jakarta kerana adik saya terpaksa mencarikan penginapan baru untuk saya dan suami di Hotel Ascott.
'Perangkap' kedua seluruh negara Indonesia kini di landa 'football mania' (gila bola sepak). Piala AFF 2010 mempertemukan team Malaysia dan team nasional Indonesia (timnas) dalam acara Final pada 26 Disember di KL dan 29 Disember di Jakarta. Bayangkan penyokong Indonesia berpenduduk 10 kali ganda Malaysia, wadduh mau kalah Malaysia hanya melalui sorak timnas! Tiket pertandingan akhir di Jakarta telah pun habis terjual. Khabarnya berlaku rusuhan semata-mata berebutkan tiket yang jauh berkurangan daripada serbuan peminat!
Saya melihat Indonesia sebagai contoh dua ektrim (extremities), taqwa-khurafat-liberal, kaya- miskin, maju-mundur. Dua polar yang jauh berbeza antara penganut beragama dan bebas tanpapegangan, rakyat termiskin dan terkaya, bangunan tinggi dan pondok setinggan.
Dalam satu situasi saya terperangkap dalam sebuah lif di apartment mewah ascott seorang penghuni 'tidak rela' turun lif bersama petugas teknikal yang membawa tangga kerana memang ada lif khas di sebelah belakang. Namun dalam keadaan kecemasan pada saya itu langsung tidak menjejas status penghuni tersebut....dalam hati bersuara 'dasar orang sombong'
Di sebabkan ektrim inilah pembantu rumah adik saya tercengang-cengang bila saya melayannya seperti biasa dan mangajak makan sama. Rupanya kalau mau bantu mereka beri aja rupiahnya...jangan di ajak bersama..gitu. Untuk mendidik cucu-cucu saya menjadi seorang pemberi saya galakkan mereka memberi hadiah kepada semua yang membantu kami sewaktu berada di Jakarta, pembantu rumah dan pemandu. MasyaAllah keesokan harinya hadiah yang di beri terus di pakai pembantu rumah,nikmat melihat orang lain menghargai pemberian kami.
Indonesia 'terperangkap' dalam isu pembangunan yang belum seimbang. Di tepi-tepi menara tersergam megah masih wujud rumah kotak setinggan atau 'orang liar' (istilah setinggan) dan di sisi tokoh-tokoh koporat yang berdiri hebat berpelisiran anak-anak jalanan dan OKU meminta sedekah.
Kebersihan kawasan dan cara hidup sebahagian besar rakyat Indonesia masih perlukan santunan dan khidmat. Ramai yang terjebak dalam situasi bergaji rendah dan bertahan di tahap berpada dengan makanan dan keperluan ala kadar. Jika wanita Indonesia biasa kurang menutup aurat tolong jangan komen kerana mereka banyak keutamaan asas yang perlu di bereskan berbanding membeli berhelai kain 'kerudung'. Sebenarnya yang menjadi pelanggan terbesar di Bandung dan Jakarta ialah orang Malaysia yang kerap datang melancung, termasuk saya mungkin.
Demikianlah manusia sentiasa 'terperangkap' dengan agenda sendiri selagi belum membebaskan diri daripada kehendak nafsu yang tak tertunai sampai mati. Perangkap ini perlu di huraikan satu persatu melalui tarbiyah ruhiyah yang mantap.
Menurut Dr Abdullah Nashih Ulwan ada lima check point yang perlu dilalui untuk tarbiyah ruhiyah yang akan memancarkan sifat insan bertaqwa:
MUAHADAH (ingat perjanjian dengan Allah)
MUROQOBAH (merasa Allah mengawasi diri)
MUHASABAH (evaluasi /introspeksi diri)
MU'AQOBAH(menghukum diri ketika melakukan kesalahan)
MUJAHADAH (jihad dengan tegas, serius, bergegas penuh semangat mengoptimakan kemampuan diri).
Tanpa lima check point manusia akan terperangkap dalam sifat ujub (bangga diri), nifaq (berpura-pura) dan riya' (pamer),terjerumus kedalam lumpur kebanggan, kesombongan dan egoisme,berdakwah untuk diri bukan untuk Allah,membangun kejayaan untuk diri bukan untuk lslam,bekerja untuk kebahagiaan di dunia bukan untuk akhirat.Natijahnya penyimpanagn, keruntuhan dan kehancuran.
sekadar ini untuk kisah 'terperangkap' Marilah kita lebih berhati-hati dalam mengungkapkan kata-kata kerana ia mungkin menyakitkan hati orang lain yang banyak terperangkap dengan kekalutan dan ketakutan yang belum di hias dengan taqwa. Sayyid Qutb menyebut takwa sebagai
' kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus, selalu waspada dan hati-hati jangan sampai kena duri jalanan..jalan kehidupan yang selalu di taburi duri-duri godaan dan syahwat,kerakusan dan angan-angan,kekuatiran dan ragu-ragu,harapan keatas sesuatu yang tidak dapat di harapkan, ketakutan palsu dan masih banyak lagi duri yang lain...'
Doa saya agar jangan terperangkap dengan hawa nafsu tidak terbendung.Amiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...Uda Jazakillah tegur secara hikmah. Maaf zahir dan bathin. Saya dah betulkan kesilapan. Doakan moga kata-kata Syed Qutb akan sentiasa bertakhta di hati..InsyaAllah
ReplyDeletealhamdulillah uda memang terperangkap pun. ada hikmah noli gunakan kata-kata itu kalau tidak tak dapat idea nak tulis blog. sama-sama jaga ubudiyyah, noli pewaris uda. silap noli uda bertanggongjawab juga. doakan kami dan semua kohatsa melangkah ke tahun 2011 dengan penuh takwa.amin
ReplyDelete