'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Friday, December 24, 2010
TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DI JAKARTA 3
Jalan-jalan dan makan-makan Jakarta
Salam
Sabtu 25 Disember 2010,hari Natal di Jakarta dan seluruh dunia. Selain program hiburan dan sukan tidak ada apa signifikan hari ini. Bagi orang yang di beri kesedaran bahawa agama yang di redhai Allah hanyalah lslam sambutan keagaman krismas merupakan rantai kepada agama terakhir lslam asalkan tidak ada unsur syirik.
Rata-rata ketara muka hambar dan di buat-buat merayakan hari ini. Di sana sini warga lndonesia merayakan hari liburan dengan aktiviti yang di senangi. Saya dan suami mengambil kesempatan berjalan-jalan selaku 'exercise' sekitar kawasan Ascott.
Sebenarnya dua minggu sebelum ke Jakarta lutut dan betis saya terasa berat mungkin disebabkan kurang exercise atau tahap ketahanan dah berakhir. Maksudnya lutut dan urat betis saya 'give way to age' (menyerah kepada umur warga emas). Rancangannya jika ada sesiapa yang pintar mengurut dan merawat selama di Jakarta saya akan cari rawatan. Juga ingin menemui seorang pembuat ubat akar buah 'tin' yang ternyata mujarab menurunnya 'gula' dalam darah saya kerana setakat ini saya akan elakkan menelan pil 'diabetic' daripada hospital yang menurut teman saya ia akan menjadi 'wajib' di makan setiap hari jika sudah bermula ,miss sahaja akan berlaku kesan yang membahayakan.
Bercakap tentang ketahanan lutut di kalangan rakan seperjuangan saya ramai yang sedang melalui jalan sulit untuk solat, melipat kaki waktu sujud dan terpaksa solat menggunakan kerusi. Bagi yang dapat bertahan akan mengambil masa yang lama untuk solat. Dalam diam selama saya menyaksikan penderitaan itu saya berdoa agar saya di kecualikan dan mencari jalan keluar sebelum ia berlaku. Saya juga berdoa agar tidak menyusahkan orang lain termasuk suami untuk menjaga saya di saat kesihatan saya melemah. Maksudnya mudahkan saya bertemu Allah dalam usia senja ini supaya tidak membebankan orang lain. Semoga Allah perkenankan doa ini. Jika berlaku sebaliknya dan saya di takdirkan tidak dapat mengingati apa yang berlaku saya telah menyediakan surat wasiat sejak tahun 2008 lagi supaya tanggongjawab tarbiah keluarga saya terpelihara insyaAllah. Kini saya terperangkap dengan isu kesihatan,semoga Allah memudahkan.
Tinggal di hotel cum apartment Ascott kami berpeluang memasak. Teringin untuk buat jemput-jemput (cekodok) dan sup, lantas kami ke pasar rakyat untuk membeli bahan, ternyata jauh lebih murah daripada Malaysia. Sewaktu pulang kami terserempak dengan pemandu syarikat adik saya yang akan membawa keluarga mereka shopping agaknya.
Kalau perlu elak saya belum bersedia nak bertemu anak-anak saudara yang 7 orang kerana saya tak mau mereka tahu saya di Jakarta. Sewaktu gesa-gesa memanjat tangga menuju ke bilik breakfast tiba-tiba lutut saya yang baru pulih 'snap'...tak boleh melangkah. Agaknya tangga terlalu tinggi. Breakfast di hidang suami pagi itu dan berpapah balik ke bilik. Suami saya berbisik, "jaga nawaitu...tak boleh tak jumpa anak saudara, itu kan silaturahim." Dalam kerut muka menahan sakit saya mengangguk akur.
Sekarang saya betul-betul 'terperangkap' dengan agenda di Jakarta. Adakah ini petanda trip terakhir ke Jakarta? Sebentar nanti saya akan ke SPA untuk rawatan urut kaki, doa-doa ia mujarrab.
Terlalu banyak anugerah Allah dalam hidup kita. Menurut penulis Amru Khalid waktu membahaskan AsmaulHusna 'AlWahhab' anugerah tanda cinta dan kasih sayang Allah kepada kita dan menggerakkan kita respond untuk menghargai anugerah itu. Antara anugerah terbesar ialah pemilihan Muhammad sebagai Rasulullah saw untuk dicontohi dalam kehidupan kita, suami, isteri, anak, bakat merupakan anugerah. Sewajarnya kita menggunakan semua anugerah tersebut untuk menegakkan kebenaran dan menyebarkan syariah Islam di muka bumi melalui usaha dakwah dan akhlak berinteraksi dengan warga dunia. Amru Khalid juga menambah sifat AlWahhab memberi anugerah tanpa kita berusaha...ia hadiah yang mengkagumkan masyaAllah...saya sering melalui pengalaman pemberian mengejut tanpa usaha dan amat perlu sangat saya mengabdikan baki hidup saya demi lslam dan mati syahid sekurang-kurangnya melalui nawaitu yang betul. WaAllahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam Uda ..wah seronok kat Indon....lama tu.
ReplyDeleteNgak mau pulangke Malaysia ke.
Jaga kesihatan uda berdua..jangan ribut ribut..rebut rebut.
Terima kasih banyak kuih penderam yg uda bagi.
Sekejap je dah abis.
Majlis risik pun selesai selamat.
Doa untuk kami sekeluarga.
Alaikumsalam Man. Tahniah sekali lagi. uda ada baca facebook kohatsa. dapat berita tentang pgm.alhamdulillah kuih penderam tu pelaris rezeki insyaAllah kerana nak tautkan silaturrahim dengan kak maziah. cucu-cucunya pun alhamdulillah terdidik dan punya semangat keushawanan. positive family.tkasih baca blog uda. ini je pusaka nak di tinggalkan bila uda tidak ada nanti.
ReplyDelete