'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Sunday, December 26, 2010
TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DI JAKARTA 4
Gambar kenangan bersama kenalan yang membantu kami di Jakarta
Lobby hotel cum apartment mewah Ascott Jakarta
Salam
Isnin 27 Disember 2010. Saya memang benar-benar 'terperangkap' 3 hari di hotel Ascott selepas 'berurut' dengan Wati juru urut di SPA hotel ini. Kaki yang di urut tidak dapat di gerakkan dan berjalan terpaksa berpapah.
Pertama kali pagi Ahad saya terpaksa duduk terus untuk menunaikan solat Subuh. Jika teruk mungkin akan mula solat menggunakan kerusi. 'Ya Allah aku perlu pulang ke Malaysia hari Rabu', itu awal doa saya, 'janganlah jadikan saya orang yang perlu pakai wheelchair waktu pulang'. Sepanjang terperangkap saya hanya berehat di hotel. Semampu saya menunaikan solat akan diiringi dengan solat hajat dan bila kaki dapat di gerakkan sedikit saya solat syukur. Kini terasa nikmat telah di tarik sedikit dan amatlah sedih rasanya.
Sewaktu membaca buku 'Tarbiyah Ruhiyah' oleh Dr Abdullah Nashih Ulwan sambil berbaring saya terjumpa sebuah hadis
"Imam Muslim meriwayatkan dari Rabi'ah bin Ka'b,beliau berkata. "satu malam saya bersama Rasulullah saw lalu saya mengambil air wuduknya dan keperluan-keperluannya.
Kemudian beliau bersabda, 'Mintalah padaku' Saya katakan" saya memohon agar dapat menyertaimu di syurga.'
Nabi saw berkata,'tidakkah kau minta yang lain?. Saya katakan 'itulah sahaja permintaan saya.'
Nabi berkata,'kalau begitu tolonglah saya untuk menyelematkan dirimu dengan kamu kena banyak bersujud (melaksanakan solat).' Menitis air mata membaca hadis ini kerana ternyata kaki saya yang sakit ini akan mengurangkan peluang saya untuk 'banyak bersujud' kerana gerak yang paling menyakitkan ialah bila melipat kaki waktu sujud, "ya Allah"..saya terus berdoa,"jangan biarkan aku kurang bersujud kepadaMu" Itu sahaja doa saya sepanjang siang dan malam.
Ahad tengahari kaki di urut lagi. Dapat berkenalan dengan Wati, seorang ibu yang tidak mahu meninggalkan suami dan anak sekalipun pernah di tawarkan kerja mengurut di Bali. Saya sokong pandangannya kerana bersama keluarga ada berkatnya.Ia juga akan menjaga persepsi anak bahawa ibunya berkorban 'bersamanya' bukan berkorban 'meninggalkannya'.
Saya akan dapatkan nombor talipon Wati untuk di berikan kepada sesiapa yang berhajat 'berurut' semasa di Jakarta. Alhamdulillah selepas urutan kedua katanya urat 'tegang' di kaki saya mulai lembut, kendur dan kaki berupaya di gerakkan sedikit. Urutan ini akan saya teruskan kali ketiga insyaAllah sekalipun untuk setengah jam kosnya Rupiah 115,000 (sekitar RM40). Dah terlalu murah tu berbanding nilai sebuah kaki yang kejang tak bergerak dek uratnya 'tertarik'.
Pada sebelah malam hari Ahad itu saya mula selesa bersolat,malah mampu berdiri menyediakan makanan malam untuk berpuasa esok. Alhamdulillah macam dapat anugerah kaki baru rasanya yang akan saya jaga selamanya dengan urutan berterusan dan 'sujud' syukur, amiin. Terbayang-bayang rakyat Palestin yang berjihad 'tanpa kaki', kira sedikit ujian yang saya rasa ini 'kacang' sangat berbanding yang di lalui orang lain.
Banyak perkara yang saya muhasabahkan sewaktu musafir ini, antaranya mengenangkan apa khidmat saya kepada arwah ibu bapa saya yang mendidik saya sebaik mungkin. Rasa terkilan kerana tidak menjaga mereka sesempurna mungkin seperti adik saya menjaga saya kini.
Perspektif atau cara pandang saya seorang bekas pegawai tinggi mestilah terkesan apabila semua kos di bayar untuk bermusafir, makan minum terjaga, alhamdulillah. Tapi perspektif seorang ibu dan bapa rupanya bukan sekadar itu, mereka lebih berhajatkan 'kebersamaan' silturrahim' dan doa anak-anak yang berterusan hingga selepas kematian.
Hadis berbuat baik kepada ibu bapa banyak sekali,namun saya terkesan dengan hadis yang di riwayatkan dari Anas r.a:
"Nabi saw naik mimbar,kemudian bersabda,'Amin, Amin, Amin.' Baginda di tanya 'Ya Rasulullah, apa yang engkau aminkan?' Beliau bersabda, "Jibril datang kepadaku,lalu berkata 'Hai Muhammad, amat KECEWALAH orang yang tidak membaca selawat kepadamu tatkala namamu di sebutkan padanya. Katalah Amin!' Maka aku pun mengatakan amin.'
Jibril berkata 'Amat KECEWALAH orang yang datang kepadanya BULAN RAMADHAN hingga berakhir bulan itu tetapi ia tidak memperoleh ampunan.Maka katakan amin! Aku pun mngatakan amin.
kemudian Jibril melanjutkan,"KECEWALAH orang yang dapat mengecap hidup bersama kedua orang tuanya atau salah satunya ,namun keduanya tidak menyebabkannya MASUK SYURGA. Ucapkan amin bagi orang demikian,maka aku pun mengucapkannya."
Kini sepeninggalan ibu bapa hanya ada empat perkara yang mampu kita anak-anak lakukan menurut maksud hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah iaitu 1.Memohonkan amponan untuk mereka 2. Melaksanakan janji keduanya. 3.Menghormati teman-teman keduanya dan 4. Bersilaturrahim dengan kerabat yang tiada hubungan denganmu kecuali melalui kedua orang tuamu.
Yang terakhir ini pada pandangan saya tidak mudah di lakukan kecuali kita berusaha menemui kaum kerabat jauh dan dekat. Dalam kesibukan anak-anak zaman sekarang manalah mereka dapat luangkan masa menziarahi kaum kerabat kecuali melalui didikan bersumberkan kemurnian maksud hadis tersebut. Seingat saya arwah ibu bapa saya amat mementingkan menziarahi saudara mara setiap hari raya. Saat-saat manis berziarah masih terasa...rupanya ia merupakan nikmat ibadah kepada orang-orang yang beriman
Akhirnya sepanjang saya berada di Jakarta serentak dengan anak saudara pun ada sama kami tidak di pertemukan kerana sedikit 'musibah' yang menimpa saya. Iktibar pada saya ialah sekali-kali jangan bermusafir tanpa teman yang mampu menjaga kita kerana musibah yang menimpa mungkin berat dan memerlukan bayak pengorbanan wang ringgit,tenaga dan masa mereka yang bersama kita.
Dalam umur senja, saya mungkin kena kurangkan pergerakan/perjalanan, satu jihad juga bagi kami berdua kerana sempena nama suami saya "Safaruddin' ia memang menyeru kami untuk selalu bermusafir demi deen Islam, insyaAllah.
Terpulanglah kepada keadaan. Yang pasti saya tidak boleh ambilmudah isu kesihatan,ia boleh menjadi perangkap...dan saya memang 'TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DI JAKARTA' yang Allah susun untuk saya. Dua perkara yang amat jelas pada saya kerana kini kaki saya sudah di 'kembalikan' sihat iaitu saya akan solat syukur selalu dan banyakkan 'sujud' sebagai menghargai nikmat terbesar dapat 'menggerakkan semula kaki' serta meyakini janji Rasulullah saw untuk anugerah syurga. Amiin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment