NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, December 5, 2010

LOOK OUT POINT/ MENARA TINJAU AMPANG

Sekitar kawasan Arabic Food




Salam

Ahad 5 Disember 2010 membuka tirai pagi dengan berita sedih kematian bapa Puan Khatijah Mahayuddin ahli kariah seksyen 7.Bapanya berumur hampir 95 tahun tetapi sihat kecuali akhi-akhir ini beliau mengalami pneuomonia. semoga arwah dicucuri rahmat.

Selepas Solat zohor kohatsa mengadakan kuliah ustaz miftah dengan tajuk'Maal Hijrah'. Seperti biasa hujjah ustaz mantap sekali kerana beliau mengupas daripada perspektif seorang yang perlu berwawasan seperti dalam maksud Surah Alhasyr 18

Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah di perbuatnya untuk hari esok (akhirat)

Wawasan paling utama ialah menjadi orang yang menunaikan solat yang akan membentuk peribadi dan akhlak mulia mencontohi kemurnian akidah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Muhammad.

Selari dengan konsep Hijrah yang bermaksud berpindah, manusia yang berhijrah mesti mampu 'bergerak' umpama pepatah 'kalau seekor singa tidak sanggup menyerang ia tidak akan menerkam habuan atau kalau anak panah tidak meninggalkan busar ia tidak akan tepat terkena sasaran, dan air jika tidak mengalir akan mengumpul bau busuk. Hakikat iman mesti bergerak dan dalam pergerakan ada Barakah.

Selepas solat Maghrib saya dan suami menghala ke Jalan Ampang untuk melihat cawangan D'Arab Cafe yang mula operasi 2 hari lalu di Menara Tinjau atau Look Out Point.

Berada di kompleks pelancungan Menara tinjau Bukit Langat lokasi D'Arab Cafe memang strategik kerana pelancung ramai datang ingin melihat KL daripada atas bukit. Cahaya malam berkerlipan dan memang cantik. Masalahnya untuk sampai ke tempat itu agak jauh dan berliku. Kami mengambil masa hampir dua jam daripada Shah Alam untuk selamat sampai (2 kali tersesat)

Dalam kesibukan dan kurang bergerak daripada Shah Alam kami baru menyedari betapa banyak pembaharuan di lakukan untuk menarik pelancung melawat tempat cantik di KL. Harapan pengusaha D'Arab Cafe ialah selepas 100 hari perniagaan akan kukuh dan mendapat sambutan pelancung yang datang.

Sewaktu pulang kami sempat naik ke puncak bukit tetapi orang terlalu ramai dan kami turun semula. Rupanya di bahagian atas sedia ada restoran 'Haven' yang menjual pelbagai makanan barat. Persiapan hari natal pun sedang di siapkan dan saya yakin setiap hujung minggu dan hari perayaan tempat ini di penuhi pelancung. Saya mula dapat idea bahawa tempat sebegini mungkin perlu di letakkan juga sovenir untuk pelancung.

Apa pun saya berdoa menjelang tahun baru Hijrah 1432 Selasa 7 Disember biarlah semua kita mengorak langkah pembebasan daripada pelbagai masalah yang mengganggu 'perhambaan' atau 'ubudiyyah' yang ikhlas kerana Allah.

Terlalu banyak cara hidup jahiliyyah yang mendominasi masyarakat hari ini kita yang ingin kembali tenang dan aman terpaksa menongkah arus yang kuat. Ibu bapa muda perlu belajar kesilapan generasi yang lalu agar tidak berulang dan azam terbaik ialah dengan kedatangan tahun baru Hijrah. Persiapkan anak-anak dengan benteng Alquran sebagai senjata doa dalam diri,sebaiknya menjadi hafiz hafizah. Pastikan pendidikan Islam berterusan di rumah dan di sekolah dengan memilih sekolah yang dapat mambantu tarbiyyah anak-anak.

Selain itu teruskan perubahan demi perubahan agar anak mencontohi akhlak ibu bapa. For things to change...jangan sekali-kali ulang kesilapan demi kesilapan. We have to change first. Ini sahaja mesej tahun baru saya pada diri yang amat lemah, semoga Allah tidak membatalkan amal saya yang sedikit,jika ada.WaAllahu'alam

3 comments:

  1. sy pg look out point ampang, sy lihat kedai ni dok dibawah lengang je berbanding kat atas tu happening, kedai ni sepatutnye dok kat atas tu jugak baru meriah kot...

    ReplyDelete
  2. D'Arab Cafe is picking up sales.Pelanggan baru nak kenal. memang kat atas D'Awan happening tapi harap-harap D'Arab Cafe bawa kelainan untuk keluarga tenang-tenang makan,tak bising,kecoh.Di doakan ramai pelanggan lunch time daripada pejabat2 di Ampang.

    ReplyDelete
  3. baru singgah tadi tapi tak ke atas. sebab nak cepat. mungkin akan datang akan diusahakan pegi kat atas

    ReplyDelete