'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Wednesday, December 1, 2010
BRANDING/JENAMA
bermawaddah sebagai branding
Salam
Selasa 30 November dan Rabu 1 Disember masa yang di ambil untuk membantu team Mawaddah Kraf membuat persiapan Pameran Finale ExxonMobil pada1 & 2 Disember di Manara ExxonMobil KLCC.
Kini saya dan suami ada cop pada diri kami iaitu sebagai 'Duta' Mawaddah kraf. Itulah branding atau jemana kepada Mawaddah Kraf yang di urus seorang Dato' dan Datin. Maaf cakap dalam budaya masyarakat semi-feudal di Malaysia ini gelaran Dato' dan Datin banyak membantu menyelesai masalah rumit. Samada di bank, di lapangan terbang atau di mana sekalipun yang melibatkan pentadbiran kami di beri keselesaan hanya bila dikenal sebagai 'Dato dan Datin' walaupun jauh di sudut hati saya panggilan itu tidak semesra 'ummi' 'abah' yang kami dikenali dikalangan anak-anak dan kenalan program kemasyarakatan.
Terusterang saya mengatakan ExxonMobil senang dengan uruasan Mawaddah kraf kerana ada seorang 'Datin'. Pegawai penyelaras akan memastikan team Mawaddah Kraf diberi perhatian kerana selain pangkat itu Mawaddah kraf juga bukan nama asing dalam isu 'recycle/kitarsemula dan environment' Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan Malaysia.
Bercerita tentang branding atau jenama sebenarnya ia bukan pada nama sahaja. Nama gah seperti "Mawaddah' yang di hadirkan daripada sebuah Surah AlQuran dan diletakkan kepada nama program motivasi wanita lebih sepuluh tahun dahulu perlu di santuni dengan tindakan yang setimpal. Bermatlamat memberi 'kasih sayang' kepada peserta yang rata-rata daripada kumpulan rakyat termiskin program 'mawaddah' awalnya menggunakan modul jatidiri dan 'belajar melalui pengalaman' (experiential learning).
Jika ada orang yang bertanya tentang fasa kerjaya saya yang mana yang paling seronok, jawapannya ialah bila saya bersara awal daripada perkhidmatan kerjaaan dan berpeluang berada di tengah-tengah masayarakat mengubah corak kehidupan mereka daripada 'mengasing diri' kepada 'bermawaddah'. Walaupun ramai peserta yang gugur sejak kami berkenalan namun yang ada dan masih kekal meneruskan harapan 'mawaddah' sudah cukup menggembirakan hati.
Kini branding 'Mawaddah' tersebar luas dalam pelbagai aktiviti masyarakat dan di gunapakai oleh banyak badan dan agensi. Paling dekat ialah Pertubuhan Mawaddah Malaysia yang di tubuhkan awalnya untuk projek kemanusiaan Palestin; ada tadika Mawaddah anjuran Parti Islam Malaysia,restoran Mawaddah di sisi Masjid Negeri dan banyak lagi Busana Mawaddah dan seumpamanya.
Mawaddah yang kini sudah menjadi 'household name' merupakan wawasan saya sewaktu meletakkan nama tersebut kepada aktiviti kraf hasil kerja ibu tunggal dan rakyat termiskin. Maksud household name ialah nama yang sering di sebut di lidah seolah zikir dan yang tidak terpisah dengan kehidupan seperti ubat gigi Colgate dan sabun Breeze masa saya kecil-kecil dulu.
Selepas lebih 10tahun nama Mawaddah menjadi branding kepada kraf kitarsemula ia dapat terus dikekalkan seperti yang pernah saya temui projek yang sama menggunakan branding 'God's Craft' di Manila Philippine dalam tahun 2000.
Alhamdulillah kini branding Mawaddah Kraf diterima ExxonMobil kerana sesuai dengan sasaran mereka ingin menjalankan aktiviti kemasyarakatan dikalangan ibu tunggal dan rakyat termiskin. Ramai lagi peserta Mawaddah Kraf yang kini mempunyai branding sendiri antaranya Five Rose Kraf, Wannur Kraf, Asni Kraf, Rozaz Kraf dan tidak ketinggalan D'Asnaf Kraf anjuran Pusat Zakat Selangor. Masih ramai lagi yang ingin bernaung dibawah Mawaddah kraf dan menjadi pembekal setia, alhamdulillah.
Mawaddah Kraf akan maju setapak lagi dengan wujudnya 'Galeri Mawaddah' dalam sedikit masa lagi di Anjung 7. Sewaktu membincangkan isu branding di bawah Galeri Mawaddah ramai teman saya keliru kerana terlalu banyak nama mawaddah around. Lantas kami memikirkan branding produknya satu persatu, antaranya produk telekong sebagai Anggun, produk kuih tradisional mengambil sempena pengasas Maz Golden Denderam dan sebagainya. Maksudnya setiap produk akan ada branding sendiri. Satu kerja berat kepada unit marketing dan promosi.
Namun saya pasrah kerana saya yakin branding atau jenama 'Mawaddah' sudah cukup dalam hati saya untuk mempersembahkan kepada pelanggan diluar bahawa ada kokosongan berlaku dalam dunia kekeluargaan, perniagaan dan kegiatan kemasyarakatan hari ini iaitu perasaan mawaddah (kasih sayang). Ramai yang lebih sayangkan wang ringgit ,keselesaan dan imej diri berbanding sesama insan dan menjaga persaudaraan keluarga. Ramai yang sanggup berpatah arang semata-mata kerana 'harta'. Maka keujudan branding Mawaddah di harap dapat membantu melihat ubudiyyah masing-masing hanya sanya untuk mendapat kasih sayang Allah Maha Pencipta.Waallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment