Salam
Isnin 29 November syukur alhamdulillah hari yang dipenuhi peringatan.
Awal pagi saya dan suami menghadiri pengajian Fiqh Semasa yang mendedahkan kaedah menentukan hukum dan tindakan ber'hikmah' kerana jika sesuatu tindakan 'memudaratkan' dan menjadikan suasana lebih teruk ia harus di hindarkan asalkan tidak melanggar hukum yang jelas haram dan hukum yang kekal tidak boleh diubah (qatei).
Contoh-contoh adat resam dan budaya serta amalan khurafat amat menjauhkan kita daripada kebenaran, namun selagi tidak ada unsur syirik ia masih boleh di terima sebelum masyarakat di didik dengan fakta kebenaran yang mengambil masa iaitu SABAR.

Selepas Maghrib kami menghadiri program ceramah umum Ulama tersohor dari Syria Dr Said Ramadhan AlButi penulis Fiqh AsSeerah' di Masjid Negeri Shah Alam. Curahan nur ilmunya cukup untuk saya merenung sejauh mana saya 'BERUBUDIYYAH' bukan sekadar 'BERIBADAH'. Sempurnalah peringatan untuk sepanjang hari yang barakah insyaAllah,ameen
Semoga kita semua dianugerahkan kekuatan menjadikan bekalan sabar dan solat dalam semua urusan. Yang paling penting ialah sabar menerima qada dan qadar Allah.
Dalam kupasan Saiyyid Na'imullah melalui bukunya 'Keajaiban Akidah 'Qada ialah KEPUTUSAN ALLAH yang menurunkan agama sebagai undang-undang dan memutuskan agar manusia wajib menerima dan mentaati undang-undang tersebut.
Qadar ialah KETENTUAN ALLAH yang mengutus Rasul-rasulNya dan setiap orang yang telah di datangi akan seruan Rasul tersebut wajib mendengar,menerima dan mempelajarinya lalu mengikutinya mengikut QADARnya (ukuran kemampuannya) yang telah di takdirkan sejak azali.
Dalam Surah AlQamar 49 " sesungguhnya Kami telah menciptakan setiap perkara dengan qadar.
Sabda Rasulullah saw 'Allah telah menuliskan tentang ukuran-ukuran mahluk ini lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan bumi dan langit.'
Contoh qadar ialah sebuah lampu ukuran 15 watt, terangnya juga akan seukuran dengan itu. Setiap sesuatu berjalan atas qadarnya.
Dari Abdullah Umar Rasulullah saw bersabda 'setiap perkara terjadi dengan qada dan qadarNya sekalipun tentang kebodohan dan kecerdikan.' WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment