Gambar album Urban Team, bersama pemimpin di
Selangor dan bersolat di bumi Negeri Cina
Salam
Satu masa yang panjang tidak menulis blog. Namun perjalanan masa cepat sekali.Tau-tau dah hari Jumaat. kakak Ngah bercuti di Melborne sebulan lebih pun dah hampir nak pulang ke Malaysia menjelang AidilAdha. Khabarnya anaknya NurHarlina akan pulang selepas cuti belajar Februari 2011, tak kesempatanlah saya nak menziarahinya, begitu cepat empat tahun masa berlalu.
Memang terlalu banyak tugas perlu di selsaikan,terutama orang yang umur senja macam saya. Namun saya pujuk diri supaya membayangkan nikmat SABAR di AKHIRAT. Berkejar-kejar nakbuat semua perkara pun kalau Allah tak izin tak kesampaian juga. Yang kita kena lakukan ialah usaha dengan ikhlas, tak mampu tangguh dulu.
Sewaktu berbuka puasa dan 'lepak' di Anjung 7 Khamis 11 November dua orang petugas D'Arab Cafe khabarnya di berhentikan kerja. Saya di nasihatkan jangan masuk campur urusan tersebut kerana saya pernah diminta memberi tazkirah yang tak dapat sambung-sambung hingga hari ini disebabkan petugas setiap masa sibuk bekerja. Rasa ingin tau memuncak juga mengapa tenaga muda diberhentikan kerja. Jawapan majikan...sikap tak jaga pelanggan ,tak sembahayang, hisap rokok wow...satu barometer baik, tak sembahayang kena berhenti kerja. Ameen. Saya ucap tahniah dengan ketegasan majikan D'Arab Cafe,tapi saya nasihat penilaian ini kena konsisten, jangan double standard pulak.
Inilah tajuk blog Praying Vs Clubbing (solat berbanding berhibur dikelab malam) kali ini. Satu dua hari lepas saya dan suami menonton sebuah dokumentri tentang masyarakat Islam di Indonesia daripada channel TV Australia. Kebetulan buka sahaja TV wartawan sedang menemuduga dua remaja,seorang perempuan,seorang lelaki. Remaja perempuan bijak berbicara, jelas, berwawasan dan berprinsip mengenai nilai seorang wanita. Beliau belum berhijab, katanya beliau kena betul -betul faham dan sedar kewajipan itu baru akan menutup aurat tanpa di buka lagi.
Soalan mengenai seks sebelum kahwin jawapan cantiknya ialah saya mau suami saya menikmati diri saya yang tulin...dan seorang lelaki pun kena bersyukur jika semua wanita terpelihara begitu kerana suami tidak mengambil 'yang telah diguna'...aduh!! jawapan cantik,memikat dan berperinsip.Namun sejauh mana remaja ini dapat bertahan, doakan dia dapat menutup aurat cepat supaya jauh daripada fitnah yang ganas memburu remaja hari ini.
Wartawan menemuduga remaja lelaki yang baru selesai menunaikan solat.Bila di tanya mengapa solat katanya ini satu tanggungjawab dan bersyukur dengan nikmat Allah. Namun cara hidup remajanya agak bertentangan kerana katanya beliau telah mengadakan hubungan jenis (berzina) sejak umur 18 tahun, itu biasa katanya. Sekarang beliau bersendirian tidak punya pacar (girl friend). Masa di habiskan menyambung pengajian tinggi dan Clubbing. Seronok berhibur dalam kelab katanya...hilang stress!!! Dan soalan cepu emas bila di tanya mana yang kamu lebih seronok,solat ke clubbing....aduh jawapannya malang...CLUBBING dan terpapar gambarnya sedang meneguk khamar.... nauzubillah.
Apa jenis remaja Muslim yang dilahirkan masyarakat sekular,libral dulu,kini dan entah sampai bila??? Tidak terfikir ke pemimpin negara-negara Islam untuk menyelamatkan pewaris masa depan ummat? Saya teringat cara hidup Mustafa kamal Ataturk di Turkey yang matinya tidak di terima bumi??? Urat sarafnya di penuhi arak dan kesan arak menyebabkan perutnya sentiasa berair...arahan demi arahan kepada doktor peribadinya di beri untuk mengeluarkan air setiap kali perutnya kembung dek air entah dari mana dan akhirnya dia maut dalam proses yang mengazabkan itu...kena baca juga buku-buku mengenai musuh Allah ni, supaya timbul keinsafan bahawa kita ni BERTUHAN.
Solat antara kecintaan Rasulullah saw yang seharusnya kita umatnya jadikan contoh. Jika solat tidak menyeronokkan cuba fikirkan ganjaran kebaikan yang akan menjadikan kita jutawan....memang solat pintu rezeki, tak solat terbang rezeki. Nak rezeki solatlah banyak-banyak ..solat yang ikhlaslah iaitu berdekat-dekat dengan Allah, bukan nawaitu solat nak kaya pulak! syirik tu...kekayaan berbanding Allah mana yang kekal?? sendiri jawab ya?
Alhamdulillah malam yang sama kumpulan Urban Team turut berada di Anjung 7 untuk menilai sambutan peserta kepada program 'Beauty in You'. Puan Anom berkongsi 10 ujian manusia di dunia, antaranya amalan syirik/khurafat, dosa ibu bapa, musibah, kemiskinan, kekayaan, hati bermasalah, kematian, sombong, ujub, nikmat anugerah Allah seperti kecantikan,kecerdikan. Tepat sekali antara ujian kemiskinan ialah merintih meminta-minta kepada orang sedangkan yang memberi rezeki ialah Allah. Di zaman Rasulullah saw ada golongan miskin yang di panggil para ahli suffah, antaranya Saidina Bilal Ibnu Rabah namun mereka orang yang paling kuat solat,tetap miskin namun mulia dan di hormati,tidak mengeluh meminta-minta kerana mereka 'memilih' menjadi orang misksin yang KAYA IMAN. Kata Puan Anom rugi orang yang miskin dunia dan akhirat. Satu kenyataan yang tepat. Rupanya Puan Anom ni berbakat memberi ceramah kerana katanya sejak kecil cita-citanya menjadi ustazah...alhamdulillah.
Akhir perbicaraan adalah satu musibah jika hari ini ramai yang memilih clubbing lebih terhibur daripada solat. Memang solat itu berat...ini di benarkan dalam satu ayat AlQuran, kitalah yang akan meringankan kaki berjalan kesurau dan ke masjid. Kitalah yang menghiburkan hati dengan ganjaran ketenangan dan di pelihara Allah selesai bersolat dengan SEMPURNA...Mmm saya naik pening ada orang yang membiarkan pakaian dan tempat solat kotor...tak sempurna tu. Bilik air nak ambil wuduk kotor...najis kalau terkena pakaian tak sah solat.
Kenapa ya di kelab (Clubbing) tempat di hias cantik jutaan ringgit...nak melabur tempat solat dan bilik air agar bersih amat berkira??? Fikir-fikirkanlah. Nawaitu saya sekarang nak cuba jadikan tempat solat saya tempat yang paling menggembirakan, kemas,cantik,bersih dan wangi... insyaAllah.

SALAM. SATU ENTRY YANG BUAT FIKIRAN SERABUT BILA MEMIKIRKAN TIDAK BANYAK YANG DAPAT KITA BUAT. TETAPI JANGAN TAK BUAT LANGSUNG. JADI PROGRAM PMM YANG MENGENAI 'BEAUTY IN YOU' ITU ADALAH PERMULAAN YANG BAIK DALAM STRATEGY YANG BEZA SIKIT KALI INI. SEMOGA BERJAYA. KALAU PEMIMPIN SERABUT, MAKA SERABUTLAH PENGIKUT. KALAU PEMIMPIN KELIRU DAN MENCARI KESENANGAN YANG DEKAT SAHAJA, MAKA KELIRULAH PENGIKUT. KETAM TIDAK AKAN BERJAYA MENYURUH ANAKNYA BERJALAN LURUS. SEMOGA ALLAH MEMELIHARA GENERASI ANAK-ANAK KITA DAN ANAK-ANAK YANG BENAR-BENAR MAHUKAN ISLAM. SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH PADA YANG MAHU BERTAUBAT.
ReplyDelete