NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 8, 2010

KEUTAMAAN - PRIORITY




















Gambar-gambar kenangan cuti Deepavali
dengan ahli keluarga, rakan,tetamu dan aktiviti

Salam
Sepanjang cuti Deepavali masa dihabiskan bersama ahli keluarga, adik, anak dan cucu di Quality Hotel Shah Alam. Kami membantu pihak hotel menghabiskan makanan setiap waktu makan kerana ramai penghuni pakej makanan seperti peserta kursus MEDEC yang adik saya sertai balik kampong. Kalau tidak besar dosa pembaziran, sedangkan rakyat Palestin nak makan roti sehari sekali pun susah!

Kebetulan Allah beri sedikit ujian kepada adik saya yang kurang sihat selepas minum 'susu kambing'. Rupanya antara khasiat susu segar daripada mana-mana binatang pun ialah 'cleansing' usus. Ini kelebihan anugerah Allah. Sayup-sayup saya terdengar ada yang mengatakan adik saya 'ada gangguan' kerana luarbiasa sakit perut dan muntahnya, almaklum ramai sangat yang nak 'menganggu' status adik saya sekarang ni.

Dalam kuliah ust Miftah pada malam Ahad 7 November kami di peringatkan kelebihan bulan Zulhijjah, bulan pengorbanan, bulan ketaatan kepada perintah Allah untuk 'menyembelih binatang ternakan' dan bulan mencari barakah, antaranya 'Haji mabrur' bagi yang menunaikan haji. Namun tidak ketinggalan juga bagi orang yang mendoakan dan membantu jemaah haji. Banyak kisah dalam sejarah Islam yang menceritakan seorang yang mendapat haji mabrur walaupun beliau tidak sampai hajat berada di Mekah. Mungkin adik saya kena cari sumber cerita soheh ini. Beliau mudah dapat sumber internet.

Mesejnya ialah anugerah haji mabrur adalah hak Allah yang akan berikanNya mengikut nawaitu dan keikhlasan seseorang sepanjang berada dalam bulan pengorbanan ini,, nak tunggu masa lain setahun lagi insyaAllah kalau ada umur.
Dalam Surah AlKauthar di sebut ' kerjkanlah solat dan berkorbanlah.' Dua ibadah seiring perlu berlaku dalam bulan semulia Zulhijjah. Ustaz sampai menasihatkan selepas solat AidilAdha nanti balik rumah tukar pakaian untuk bantu proses 'korban',melapah daging dan masak. Pegang pisau pun dah di kira dapat pahala.Wah...pandai ustaz mengumpan hati kecil kami yang sering lupa untuk tidak terikat dengan program TV, satu-satunya amalan yang merugikan di hari liburan.

Keutamaan atau priority dalam bulan ini tidak banyak berbeza seperti bulan Ramadhan terutama bagi jemaah haji di Mekah iaitu mewarisi ketakwaan para Nabi dan Rasul yang taat menunaikan perintah Allah khususnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ustaz menawarkan pakej 3 in 1 supaya mengadakan korban di Palestin kerana ia bumi para Anbi' penuh kebarkatan (surah AlIsra'), menitiskan darah binatang korban di bumi yang penduduknya rata-rata kurang mampu menjalankan ibadah korban kerana dizalimi Zionis yahudi LaknatuAllah dan ketiga pahala mengambil berat penderitaan umat Islam di tempat strategik yang menjadi JANTUNG HATI kuasa dunia. Kini Yahudi menguasai dunia kerana berjaya merampas daerah tersebut.

Melihat komitmen yang ada terlalu banyak keutamaan yang perlu di selsaikan. Begitu juga perbelanjaan, macam-macam yang perlu di dahulukan. Saya kira mempunyai kemampuan memilih apa yang utama merupakan satu kemahiran. Bagi umat Islam ia ditambah dengan berkat mohon bantuan Allah. Jika Allah izinkan akan lancar dan berkah sesebuah keputusan. Jika sebaliknya tunggulah bencana. Di sini berlakunya 'istikharah' melalui solat kecuali bagi ibadah yang sudah di putuskan seperti mengerjakan solat awal waktu, puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji dalam bulan Zulhijjah.

Saya sering kurang berada di tempat rakan-rakan berkumpul, acara jamuan termasuk kelas pengajian kerana setiap hari di Shah Alam memang banyak kelas pengajian, antaranya di Balai Restu dan masjid Negeri. Golongan yang rajin mengejar kelas pengajian pun berkisar dikalangan orang yang sama iaitu kumpulan POP (Persatuan orang Pencen), oleh itu saya hanya mampu memilih kelas Harfiah setiap khamis. Ternyata peminat ilmu hak tidak bertambah pesertanya berbanding program realiti seperti karaoke yang kian ramai peminat sekarang. masing-masing bercita-cita menjadi seorang artis yang di puja dan berada dalam alam glamour yang menghayalkan. Bila priority seorang insan lari dan tergelincir landasan inilah punca pelbagai masalah dan celaru (chaotic).

Untuk memperbetulkan priority dikalangan ramaja perempuan yang bakal mewarisi peranan wanita hari ini di pelbagai bidang termasuk menjadi ibu mithali program Mawaddah Finishing School cuba menampil diri. Selain usaha Pertubuhan Mawaddah Malaysia kini Urban Team turut memainkan peranan penggerak. Walaupun memang sedia banyak program sepanjang cuti sekolah oleh pelbagai pihak,ia tidak seharusnya menjadi saingan kepada mana-mana organisasi yang ingin menyumbang kepada kerja amar maaruf sekalipun program mengenakan bayaran. "nothing is free in life' kata lirik lagu 'Make me strong' oleh Sami Yusuf.
Keutamaannya ialah semua pihak yang melibat diri kena fokuskan bidang yang mereka mahir, lengkapkan kekurangan pihak lain dan sekali-kali jangan mendakwa pakejnya sahaja terbaik. Sekali lagi dalam menunaikan tugas kerana Allah kita bukan dalam zon 'zero-sum game' kerana tidak ada yang kalah dalam medan amal soleh. Yang kalah ialah yang tidak berusaha dan hanya pandai mengutuk orang lain.

Marilah semua umat Islam perbetulkan nawaitu sebagai priority dalam hidup, lakukan terbaik dengan ilmu setelah mendapat hidayah Allah, bekerjasama dengan semua orang yang ikhlas, banyak berdoa dan bertawakkal serta jauhi sikap hasad,dengki, ujub dan sombong diri. Para syaitan tidak pernah berhenti membisikkan semua panyakit tesebut supaya kita menjadi penganutnya tapi kita ada dua senjata 'BerSyukur' masih bernyawa dan 'berSabar' menolak maksiat. Tanpa menggunakan dua senjata ini akan mengharubirukan kehidupan akhirat, nauzubillah. WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment