NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, November 12, 2010

BEAUTY IN YOU (BIY)

Gambar hiasan ibu dan anak-anak yang selamat di pangkuan, diluar sana bagaimana?



Salam

Jumaat 12 November 2010 saya merehatkan diri sejak dua malam berturut-turut 'menggodek' internet dan YouTube mencari bahan bakal di persembahkan dalam program"Beauty in You' (BIY)

Dua hari saya berulang alik ke Plaza Alam Sentral Shah Alam mengisikan Operating System (OS) kedalam komputer mini saya kerana selama ini saya hanya menggunakannya untuk melayari internet sedangkan semua urusan untuk menulis surat saya gunakan komputer lain. Rupanya saya terkebelakang dalam menggunakan komputer (tidak IT savvy). Semua video clip yang saya cuba simpan tidak menjadi, celaru dan hilang tidak tau dimana tersimpan. Apa pun saya perlukan anak saya, orang muda 'menggodek' semula maklumat saya dan alhamdulillah dapat diselamatkan.

Tidak semudah menawarkan idea ingin mengadakan program BIY terutama kepada golongan remaja kecuali jika kita kaitkan dengan sedikit hiburan dan ada kelainan. Bila saya sebut kepada cucu saya supaya hadiri program motivasi jelas responnya murung, tapi bila di katakan program di gym dan High School Musical cerah sikit dan mula bertanya program apa. Maknanya bagi generasi baru kini cara dan pendekatan 'biasa' mengumpulkan remaja dan bla..bla..bla.. memotivasi di telinga mereka sudah 'membosankan' kerana mungkin deria lain mereka pula perlukan sentuhan.

Bermula daripada melihatkan remaja amat berminat mendengar nasyid Maher Zain saya telah membincangkan dengan Novem yang akan melaksanakan modul BIY supaya mengambil satu nasyid sebagai latar program, diikuti dengan beberapa lagi nasyid Sami Yusuf yang akan kami raptaikan Isnin nanti. Objektif saya dalam apa keadaan sealipun program BIY tidak lari daripada konsep mempersiapkan remaja dengan asas akidah yang kukuh dan selamat, akhlak mulia dan penampilan dalam masyarakat yang akan membuat perbezaan terutama kefahaman dan kesedaran mereka tentang tanggongjawab yang banyak menunggu mereka. Bagi remaja perempuan cabaran amat berat kerana mereka perlu berani melawan arus yang meletakkan kecantikan luaran sebagi segala-galanya. Resipi mudah remaja perempuan hari ini ialah jika kamu tidak cantik habislah....saya menganggap ini resipi malang.

BIY cuba membawa kefahaman dan kesedaran perlu kecantikan diri disepadukan dalam satu pakej menarik iaitu pembangunan JERI (Jasad, Emosi, Rohani dan Intelek). Pembangunan intelek pula akan melibatkan kemahiran komunikasi dan sosial (dalaman dan luaran), kesihatan, kewangan dan kecemerlangan kerjaya.

Saya tidak akan lari daripada pengisian konsep Ulul-Albab (people of understanding-tidak mensyirikkan Allah) dan Sabar Berprestasi (consistent and persistent/persevere) serta berwawasan Akhirat. Sebuah kisah bertajuk 'Sabarlah Sayang' akan dikongsi oleh seorang penyampai lain pada hari itu. Apa pun skrip program perlu di uji dan raptaikan sebelum program bermula.

Selain menanti-nanti (looking forward) bersama Novem saya amat mengharapkan ramai lagi rakan dan teman yang dapat melapangkan masa memberi pandangan terhadap program BIY. Urban Team hanya membantu mengurus persiapan program, pengisian masih memerlukan tokoh-tokoh yang berilmu dan pengalaman dimana sahaja mereka berada.

Saya memilih bidang motivasi remaja perempuan atas dasar saya takut di tanya di hadapan Allah nanti mengapa membiarkan remaja membuang bayi sesuka hati??? adakah mereka sudah hilang kasih sayang sebagai bakal ibu??? sedangkan ibu seekor binantang pun masih sayangkan anaknya, atau TIADA SISTEM SOKONGAN sebelum mereka memilih menjadi ibu? maksudnya mereka belum bersedia menjadi ibu, namun persekitaran yang bebas menggamit nafsu mereka meneruskan pelakuan zina...bila TERmengandung...pilihannya kena buang bayi...nauzubillah. Jelas sekali sistem sokongan SEBELUM remaja dilepaskan dalam arus perdana masyarakat perlu disediakan dengan mantap, di rumah, di sekolah dan dalam komuniti.

Anak-anak kecil yang di bunuh tentera Yahudi di Palestin sering mengundang air mata sedih kita, betapa kini anak-anak yang belum sempat hidup di mangsakan di depan mata, di buang merata-rata. Nekadnya seorang ramaja perempuan berlaku zalim pada diri mereka perlu diselamatkan sebelum lebih ramai terperangkap dalam putaran ganas maksiat menjana lebih besar maksiat yang berakhir dengan pembunuhan kejam! Hari ini anak orang lain yang terperangkap, silap hari bulan lain hari anak atau cucu kita menjadi mangsa.

Dalam modul BIY ada satu tayangan filem'TAKEN" menggambarkan anak seorang perisik betul-betul dilarikan dalam sindikit 'human traficking'(Perdagangan manusia).Rupa-rupanya di dunia luar sana kaum wanita benar-benar tidak selamat dan bertentangan dengan suasana seperti yang pernah di sebut oleh Rasulullah saw bahaw ketika Islam tersebar luas akan datang suasana seorang wanita akan selamat bermusafir sendirian dari Madinah ke Sanaa (Hadraalmaut Yemen-kena semak hadis sebenar) ...WaAllau'alam

1 comment:

  1. Salam. Semoga berjaya dan menepati cita-cita dan wawasan bersama.

    ReplyDelete