1. Dengan adik
2. Arwah Amin Anwar yang paling kanan
3. Ziarah tetamu
4. Prof Abu Othman
Teman lama Hjh Miskiah Ahmad
Salam
Hari cuti tidak membezakan apa-apa bagi seorang pesara kerana setiap hari baginya adalah hari cuti. Begitulah hari ini cuti Deepavali rutin biasa terus berjalan dengan teratur hingga menjelang waktu solat Jumaat saya ada temujanji dengan seorang bekas setiausaha syarikat. Beliau ingin menyumbang bakti dengan Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan menawar diri menjadi setiausaha kerja. Terkini beliau bertugas di sebuah badan bukan kerajaan yang menagani masalah pesakit kanser.
Pertemuan yang banyak mencetuskan maklumat tambahan kepada saya tentang bekerjasama dengan orang berpengalaman membuatkan saya tertarik mencadangkan beliau menjadi event manager kepada program yang boleh di buat secara usahasama. Terkini ialah jualan penanda buku untuk kutipan rakyat Gaza. Komission jualan akan di beri mengikut kadar yang di tetapkan. Beliau juga berminat menyertai sebarang program kemasyarakatan yang akan di jalankan oleh pihak Mawaddah. Alhamdulillah saya memang ingin mencari lebih ramai sukarelawan untuk menjalankan pelbagai tugasan.
Pertemuan kedua ialah dengan tetamu Allah yang akan menunaikan fardu Haji dalam satu majlis keluarga di Bandar Baru Bangi. Tidak di sangka saya di pertemukan dengan teman yang sama bersekolah di Muar sekitar awal 60an. Saya dan teman sama-sama tidak mengenal satu dengan lain, almaklum lebih 30 tahun lalu amat jarang ada orang menutup aurat.
Nostalgia bersama teman lama mengingatkan saya ketika itu kami dipilih menjadi prefect/pengawas. Masing-masing tinggal jauh daripada sekolah,malah menyeberang sungai Muar menaiki bot/feri ketika itu. Kemudian berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah hampir 2 km daripada tempat bot berlabuh. Kami di beri tugas khas menjaga perpustakaan dimana di situlah saya berkawan dengan beliau dan buku-buku. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Monash Australia, tahun berikutnya saya meneruskan tingkatan 6 di Kolej Tungku Kurshiah Seremban. Masing-masing berkelulusan bidang ekonomi, tetapi teman saya mengambil kepakaran bidang perpustakaan sewaktu suaminya melanjutkan pengajian PhD di USA. Pulang menjadi ketua perpustakaan bukan lagi economist. Saya juga menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dua anak teman saya yang lahir di USA kini berkerja dan mendapat kerakyataan USA. Alhamdulillah..kami bertukar nombor handfon harap-harap dapat mengadakan pertemuan di hari muka. Saya ingin sekali teman saya ini bersama saya dalam kerja-kerja NGO kerana saya yakin beliau yang berasal dari kampong mesti sanggup menyumbang bakti ke kawasan yang perlukan kepakaran dan pengalaman tokoh-tokoh masyarakat.
Pertemuan dengan anggota Urban team di sertai adik saya yang sanggup membantu program remaja di sebelah malam di Anjung 7 bersejarah sekali. Alhamdulillah saya memang perlukan fasilitator sewaktu program untuk mengambil konsep 'coaching' peserta. Tidak lama kemudian anak-anak saudara menyertai kami makan malam. Pertemuan yang tak di rancang namun amat berkesan sekali menyambung silaturrahim menyebabkan restoran D'Arab Cafe lewat menutup kedai. Tapi saya perhatikan musim cuti restoran ini menjadi kunjungan pelanggan yang datang berkeluarga. Di doakan konsep menjalin silaturrahim ini berterusan.
Dua isu berbangkit dalam pertemuan malam itu. Kami membincangkan isu kualiti sumber manusia yang ada dalam masyarakat. Sebahagian besar kaum lelaki berkualiti rendah atau tidak berkualiti langsung mengikut barometer hadir SOLAT JUMAAT. Kebetulan tengahari Jumaat saya berada di Anjung 7 ramai pelanggan lelaki yang datang ke D'Arab Cafe. Saya yakin mereka golongan musafir yang di beri kelonggaran. Bagi petugas Restoran mereka di kerah ke masjid namun jika mereka hilang ke tempat lain bukan lagi masalah majikan.
Isu kedua ialah ujian kepada beberapa kaum lelaki yang beristeri lebih seorang dan memilih pasangan wanita yang jauh lebih muda daripada isteri pertama. Tafsiran saya ialah mereka dilanda tekanan kerana terang-terang dalam satu kes yang saya tidak akan lupakan ialah bagaimana seorang isteri muda menghantar sms kepada isteri tua menggunakan panggilan 'si tua keriput' atau 'old lady' bila menghantar sms dalam bahasa Inggeris. Terasa sedih juga saya membaca teks sms itu namun saya pujuk bekas isteri yang telah di ceraikan itu jangan ikutkan kebodohan kata-kata dan siapa yang mengeluarkan kata-kata. Satu ketika akan sampai kepadanya apa yang di ucapkan itu dan dia akan terima padahnya.
Dalam blog seorang teman ada menceritakan peristiwa sedih kematian rakan seperjuangan yang mengidap kanser. Kesih hidup teman itu di saat akhir hidupnya turut mendapat ujian kerana suaminya bertemu jodoh di padang golf. Wanita muda itu beranggapan semua pemain golf kaya raya orangnya. Kisah sedih tak berkesudahan ini akan terus berlaku jika para suami gagal menghargai kehadiran seorang isteri yang lama berkorban untuk rumahtangga dalam senang dan susah. Penilaian berat sebelah hanya untuk memiliki isteri muda, gebu serta mengharap nikmat seks bukan penentu kebahagiaan. Sejauh mana isteri baru dapat kenal kehendak suami perlu di timbangkan, sedangkan isteri pertama sudah 'masak' dengan setiap detik pergerakan dan kehendak suami, makan pakai dan senang susah hati suaminya. Mungkin desakan isteri muda boleh menyebabkan isteri tua membawa diri, bermakan hati, berulam jantung.
Seorang kawan saya yang sekarang arwah (meninggal) memberi katadua kepada suaminya sewaktu berumahtangga yang saya anggap katadua itu logik dan boleh di pakai seperti berikut: 'jangan biarkan saya berdosa sebab awak menambah isteri, awak lepaskan saya dan insyaAllah kita selamat.' Tapi sampai saat menghembuskan nafas terakhir suaminya tidak terfikir nak beristeri lagi, malah bertahun selepas kematiannya barulah suaminya mencari ganti supaya dapat menjaga makan pakainya.
Demikianlah cerita pertemuan yang menjurus kepada pelbagai kisah 'pertemuan' lain yang mungkin mengundang malang jika kita silap mengendalikannya. Bagi saya pertemuan pada hari Deepavali 2010 banyak memberi makna kepada menyambung persaudaraan yang lama terputus. Di rumah Prof Abu Osman tetamu Allah dan bakal haji saya 'bertemu' gambar arwah Amin Anuar anaknya yang telah meninggal dunia hampir lima tahun lalu. Dia pernah menjadi 'anak angkat' saya sepanjang menuntut di UiTM Shah Alam. Saya lihat gambarnya cerah dan 'hidup'. Di doakan arwah syahid dalam umur muda kerana beliau seorang anak yang soleh, ameen.
No comments:
Post a Comment