NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 22, 2010

ALHAMDULILLAH BARAKALLAH





Pertemuan Aidul Adha 1431H Di Shah Alam



Kariah surau AtTaqwa










Di Pagi Hari Raya AidulAdha


Maher Zain di TV 9




Graduation & Concert Pre tahfiz AI-Ikhlas Cambridge


Salam


Alhamdulillah, barakaAllah dua kalimat yang dapat saya ucapkan kepada pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang saya tidak dapat menulis di blog.

Mulai Ahad 14 November saya telah di beri Allah nikmat yang begitu besar kerana dapat merancang, menyertai dan mengadakan beberapa aktiviti serta pertemuan yang saya doakan mendapat keberkatan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri.

CEO/Pengurus Besar Tadika AlIkhlas Pre Tahfiz Pre School Cambridge, seorang teman lama saya ingin saya dan suami menjadi VVIP (Very Important Person) dalam majlis 9th Graduation & Concert Day 2010 bertemakan 'Kids world' pada hari Ahad 14 November 2010. Kekok saya di buatnya kerana saya bukan memegang sebarang jawatan yang melayakkan saya di beri penghormatan VVIP. Tambahan saya kurang setuju juga jika terlalu mengagung-agungkan VVIP, yang mana mereka tidaklah lebih baik atau lebih mulia daripada tetamu lain. Apa pun itulah kebiasaan yang membuatkan majlis 'bertambah seri' katanya.

Sepanjang dua jam persembahan pelajar pelbagai peringkat saya terhibur dengan gelagat anak-anak semuda umur 4 tahun membuat persembahan. Seringkali suara latar nasyid dan tunjukajar guru lebih menonjol. Bila pelajar menari di pentas, guru di bawah pentas kena menari sama, kalau tidak anak-anak silap stepnya (langkahnya).

Gigihnya para guru melatih mereka dan syabas saya ucapkan kepada CEO wanita ini. Keyakinannya yang jitu untuk mengujudkan tadika pre tahfiz pre school termasuk mempelajari Alquran dan bahasa-bahasa seperti mandarin,inggeris,arab dan melayu ketara sekali melalui persembahan anak-anak. Yang datang menyaksikan anak-anak bukan sahaja ibu bapa tetapi juga datuk dan nenek, almaklum dalam era moden ini datuk dan nenek sama-sama inginkan anak-anak berprestasi dan tadika AlIkhlas merupakan tadika kumpulan 'elit' untuk ibu bapa peringkat 'upper middle class'.

Begitulah Tadika AlIkhlas cuba mengisi 'vacuum' atau lompang dalam usaha melahirkan 'generasi AlQuran' dan menyebarluaskan kesedaran Islam dalam masyarakat majoriti melayu Islam di Shah Alam. Usaha mesti di buat supaya tidak berlaku lompang dalam program mendidik anggota masyarakat pelbagai peringkat kerana jika ada sedikit lompang sahaja ia pasti akan di isi dengan agenda dan dakyah yang akan melemahkan umat. Ibarat sebiji gelas kosong, jika di biarkan kosong satu ketika akan ada orang yang mengisikannya dengan minuman yang meracuni atau tidak serasi dengan cara hidup yang Allah redha.

Sewaktu merasmikan program, saya diminta oleh CEO supaya menyebutkan ciri-ciri 'generasi Alquran' di bawah pimpinan Rasulullah saw iaitu pertama, mereka merujuk hanya kepada sumber jernih Alquran dan Sunnah, kedua, mereka mempelajari Alquran untuk diamal sebagai cara hidup dan ketiga,mereka sanggup meninggalkan secara TOTAL amalan dan cara hidup jahiliyyah yang tidak serasi dengan kehidupan seorang yang beriman dan bertaqwa. CEO mengerling saya kerana ramai juga dikalangan ibu-ibu yang masih belum mampu meninggalkan cara hidup mendedah aurat sedangkan anak-anak mereka di hantar ke progran pre tahfiz. Celaru juga anak-anak ini jika mereka dapat menghayati cara hidup yang di perintahkan Alquran.

Saya terpaksa bergegas pulang sebaik persembahan tamat kerana banyak jemputan majlis perkahwinan dan urusan yang belum di bereskan. Kebetulan cuti persekolahan sudah bermula menjelang perayaan Aidil Adha cucu-cucu mulai pulang dan berkumpul di rumah.

Hari wukuf di padang Arafah berlaku pada hari Isnin 15 November, kami memilih untuk mengiktiraf hari tersebut walaupun di Malaysia hari wukuf jatuh pada hari Selasa. Keesokannya ramai juga yang turut berpuasa meraikan hari wukuf Malaysia. Keliru dan celaru juga memikirkan ketetapan 9 Zulhijjah, adakah mengikut tarikh atau aktiviti wukuf di padang Arafah. Namun kami terus dengan aktiviti menambah doa setiap masa demi mencari barakah hari-hari mulia sepanjang Zulhijjah.

Solat AidilAdha pagi Rabu 17 November meriah di surau AtTaqwa. Saya melihat anak-anak ramai datang untuk menyaksikan ibadah korban. Tahun ini keluarga saya turut menyumbangkan korban untuk Muhammad Sobran Jamil semoga titik darah binatang korban yang jatuh ke bumi diiringi doa keberkatan agar hidupnya tidak diuliti fitnah, almaklum dia masih bujang dan tidak mustahil ramai gadis yang menggoda jika dirinya tidak di bentengi dengan iman, taqwa dan sabar menolak maksiat.

Selepas solat Zohor daging korban siap dimasak oleh kariah surau dan sebahagian daging korban turut di hantar ke sebuah sekolah anak-anak yatim di Rawang. Suami saya mengetuai rombongan menghantar daging tersebut.

Alhamdulillah, telah di putuskan pada hari raya AidilAdha adik beradik saya akan berkumpul di rumah saya. Sms organizer menyebut waktu berkumpul ialah selepas solat Asar hingga ke Maghrib di iringi tazkirah ringkas oleh Ustaz Miftah. Kebetulan adik saya yang berkursus dikualiti Hotel pulang ke Johor dan bilik penginapannya tidak dikosongkan dan ustaz Miftah sekeluarga menginap di hotel hingga pagi AidilAdha.

Dalam suasana saya memang tidak membuat sebarang persiapan menyambut AidilAdha saya mengelabah juga membayangkan adik beradik dan anak buah akan berkumpul. Kebetulan D'Arab Cafe tempat anak saya bertugas memerlukan khidmatnya dan isteri untuk 'catering' di sebuah masjid yang menjalankan korban, saya bersendirian memikirkan apa yang perlu disediakan kepada tamu termasuk kakak saya yang akan datang daripada Tangkak,Johor.

Alhamdulillah Hj Hairuddin tuan punya D'Arab Cafe mengadakan 'open house' kerana berpindah ke rumah baru jam 1-3 petang AidilAdha, beberapa jam sahaja sebelum jemputan ke rumah saya. Dalam hati saya berhajatkan agar juadah dirumahnya akan di bawa ke rumah saya. Begitulah barakahnya awal AidilAdha kerana dalam mengelabah tanpa persiapan menyambut tetamu saya sempat menziarahi rumah adik beradik yang tinggal di Shah Alam sebelum mereka berkumpul di rumah saya.

Sewaktu meninggalkan rumah salah seorang adik saya, isterinya berseluruh...'tukang masak tuan rumah masih berjalan-jalan ni macam mana tetamu nak datang rumah dia'. Saya jawab berseluruh tapi yakin Allah akan bantu saya, 'insyaAllah, alhamdulillah, barakaAllah...

Rupanya jam 6.30 petang AidilAdha akan di siarkan persembahan Maher Zain di TV 9 penyanyi nasyid InsyaAllah, Alhamdulillah dan BarakaAllah. Wow...siapa nak lepas peluang dan masa tersebut ialah masa tazkirah ustaz miftah. Kami berpakat tak perlu tazkirah waktu keluarga berkumpul, cukup sekadar bersilaturrahim. Alhamdulillah,barakaAllah semua yang di rancang berlaku dengan lancar, kemas dan licin sekali. Makanan nasi lemak yang saya sediakan termasuk buah-buahan ditampung dengan sumbangan makanan daripada rumah Hj Hairuddin sungguh enak, memuaskan dan meriah sekali. Dewan makan rumah saya yang sempit itu padat dengan tetamu. Bila siaran Maher Zain bermula tazkirah ustaz Miftah baru selesai, alhamdulillah. Ustaz Miftah sampai berjenaka...sekarang giliran Ustaz Maher Zain, masing-masing amat seronok pada hari AidilAdha di Malaysia tahun ini. Alhamdlillah, BarakaAllah..

Satu kenangan perayaan hari korban setiap tahun yang mengajar umat Islam dengan satu keyakinan bahawa apa yang Allah perintahkan itu mesti di dahulukan, insyaAllah semuanya akan alhamdulillah, Barakah dan di redhaiNya sama seperti Allah meredai keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment