NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 24, 2010

THREE FIRSTS (TIGA PERKARA YANG PERTAMA KALI DI JALANKAN)













aktiviti program BIY

Salam

Ahad 21 November 2010 3 firsts berlaku dalam program "Beauty In You" pakej 'Mawaddah Finishing School' anjuran pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Urban Team.

First pertama ialah program disertai 5 peserta bukan Islam dan instruktor program juga seorang bukan Islam.

First kedua adalah pertama kali program berunsur muzikal di aturkan untuk ramaja bagi mengelak 'kebosanan' mereka menyertai program motivasi yang banyak bercakap dan mengarah.

First ketiga ialah pertama kali dua bahasa digunakan serentak dalam program, iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Berbekalkan tenaga yang kian surut saya melihat Novem instruktor fitness dance dan sing along bersemangat sekali ingin menghibur remaja yang saya perhatikan ada di antaranya kurang berminat dan 'dalam zon sendiri'.Golongan ini bila ditanya tak menjawab,bila di suruh tak buat dan bila ingin seronok masih murung. Mungkin inilah kesan kalau hadir program 'percuma' sebab seorang teman saya ada menyumbang bayaran untuk tiga orang peserta dan kami jadikan lima orang supaya mereka berteman. Apapun yang lain di kalangan 32 peserta hari itu semuanya berseronok.

Sering saya mengingatkan diri saya bahawa program serupa ini saya santuni adalah semata ingin melihat keakraban berlaku antara dua tiga generasi dalam sesebuah keluarga. Sebagai seorang 'nenek' saya akur sukar mendampingi 'cucu' yang melihat saya 'orang tua',melihat ibunya 'seorang ibu' semata. kami ingin mereka berkongsi alam mereka, masalah dan tekanan supaya mereka lalui kehidupan penuh sakinah, tenang dan memberansangkan untuk memberi khidmat kepada orang lain yang serba kekurangan.

Persiapan program BIY memang mantap,di kongsi pengorbanan kurang rehat oleh pengurus multimedia. Pengurusan makan minum, persiapan solat dan makan serta pendaftaran lewat dan 'walk in' beres. Kagum saya dengan komitmen mereka sedangkan tidak ada bayaran di sediakan kepada mana-mana fasilitator. Keseluruhan bujet cukup-cukup untuk menjalankan program. Semoga pengorbanan mereka di ganjari sesuai dengan bulan 'korban' sekarang.

Menilai semula tiga firsts saya mengaku tidak banyak pencapaian yang dapat di banggakan. Pergaulan antara kaum masih terlalu awal kerana masing-masing tetap berkumpul dengan kaum sendiri. Bila di pecah kepada kumpulan kelihatan yang bukan Islam kekok kerana terlalu sepi, kurang berbual mesra. Berbahasa Inggeris perlu di pertingkatkan kerana ramai yang tidak yakin. Cuma acara muzikal dapat menyatukan keseronokan semua kerana masing-masing mengeluarkan hormon 'seronok' bila aktif. Ketika 'kakak' fasi berkongsi game juga menarik minat dan saya membuat rumusan remaja perlukan pembimbing yang 'sebaya' menyapa mereka. Saya tidak katakan orang dewasa tidak releven,namun pendekatan orang muda amaat perlu di tonjolkan sebelum terlewat.

Di akhir program cenderahati di sumbangkan oleh Mawaddah Kraf cuba menggamit minat peserta agar menanti-nanti program susulan, antaranya yang bercorak 'outdoor',menunggang kuda dan pakej kemahiran memasak dan menjahit.

Daripada curahan hati seorang peserta beliau bercita-cita menjadi fasilitator program satu masa nanti, ameen. Satu langkah menghasilkan satu hasrat yang boleh terus di pupuk untuk melahirkan generasi pelapis yang unggul.

Realiti masyarakat di Malaysia turut mendesak kita merancang kelahiran ramai yang boleh bergaul dengan mesra dan ikhlas di kalangan bukan Islam kerana mereka juga perlu mendengar dan melihat 'dakwah' berjalan dikalangan mereka. Saya masih ingat Novem memberi komen kepada bahasa Inggeris saya...'your english is excellent', saya jawab 'sure thank you.' Itu baru gred B saya kerana ada kawan saya yang gred A perlu di dengari dan di baca oleh Novem tulisannya. Inilah di katakan dakwah bil hal (dakwah dengan suasana).

Sepanjang hari mengendalikan prorgam agak meletihkan. Baru saya insaf menjelang umur 'warga emas' keupayaan saya amat terbatas. Keesokan malamnya Isnin Urban Team mengadakan post mortem. Alhamdulillah semua berpuashati ikut kemampuan yang ada namun untuk program akan datang perlu dampingi dengan dekat remaja yang perlukan sokongan. Mereka yang dah ok biarkan berseronok dan tingkatkan keupayaan mereka agar menjadi contoh. Maksudnya mungkin banyak lagi modul (22 mungkin) yang akan di dedahkan kepada peserta. Team pengurusan perlu mantap merancang dan mempromosi pakej Mawaddah Finishing School bersama Pertubuhan Mawaddah Malaysia penyumbang utama bujet untuk program kali ini.

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program BIY termasuk yang mendoakan agar program berjalan dengan licin. Syabas kepada penaung kedua-dua NGO , Mawaddah dan UT kerana sentiasa sudi menerima tugasan dan pelawaan memimpin solat berjemaah dan mengurus logistik yang tak perlu di sewa.

Blog ini di tulis sewaktu saya bercuti di Johor Baharu. Masa yang sentiasa berlalu mengalahkan saya kerana gagal menulis sebaik program selesai. Semoga Allah memudahkan dan melapangkan urusan kita semua. Ameen

1 comment:

  1. Syabas dan tahniah atas percubaan permulaan. Usaha yang baik. Kalau kita tunggu sampai semuanya sempurna dan perfect, kita tidak akan mula. Nanti semua idea akan hanya ada dikepala.Sekarang kita akan tahu strategy untuk seterusnya. Salam.

    ReplyDelete