gambar kenangan khemah dan program Exxonmobil
Salam
Terlalu banyak kenyataan tentang orang melayu...melayu mudah lupalah dan sikap kurang berdayasaing..saya tak ada bukti. Tapi dalam beberapa insiden baru-baru ini saya terkesan juga mengapa dalam abad ke 21 ini ramai yang kurang peka untuk 'berprestasi'
Saya sering membeli kain ela ukuran 60 inci atau 72 inci untuk di jadikan cadar dan mengupah tukang jahit di Kompleks PKNS untuk menjahitnya. Dua tiga kali amalan ini memudahkan saya kerana saya tidak perlu mengeluarkan mesin jahit atau meminta menantu saya yang sibuk sekarang menjahitnya. Upahnya pun tidak sampai RM10. Tapi itu dulu...bila pekerja kedai yang saya datangi seorang lelaki warga Indonesia.
Kini seorang remaja perempuan Melayu berada di hadapan mesin jahit kedai yang sama, saya terus memberitahu tolong jahitkan cadar...'kami tak jahit cadar' dia menjawab tanpa memandang saya. Saya pun jawab ' dulu saya biasa ke sini dan ada seorang lelaki Indonesia boleh jahit' "tu dulu..dia tak ada... masalah...' Aduuh... saya terkesan di hati...seorang remaja yang tegap dan patutnya sedia berkhidmat, duduk di hadapan mesin jahit lebih rela termenung panjang daripada melayan pelanggan...apa hal misi meramaikan usahawan melayu yang tahan lasak ni?
Seorang wanita separuh umur mara ke hadapan kedai dan bertanya kehendak saya...oo..boleh katanya tapi tak dapat siap hari ni, dan harganya RM15. Dia pun mengerling kepada remaja perempuan melayu tadi dengan kerlingan marah mengapa tak melayan pelanggan... Saja saya nak mengajar usahawan melayu mudah lupa ni...takapa kat atas ada kedai untie cina, dia boleh jahit untuk saya sebab dia memang selalu jaga kehendak pelanggan...pedas...tapi saya yakin ini kali terkahir saya nak berhadapan dengan sikap orang melayu...MALAS
Insiden kedua saya mencari khemah 'orang melayu' untuk program di Laman Budaya dan memastikan khidmat terbaik kerana pelanggan saya ExxonMobil ada ISOnya akan melawat pemasangan khemah sebelah petang. Ramai yang dapat saya hubungi menyatakan biasanya pemasangan khemah di buat sebelah malam,waktu kurang panas. Sewa pula kira sekali pasang dan hari guna. Walaupun 1 jam kira sehari juga kerana pemasangannya sama sahaja beratnya. Mungkin saya terkasar bahasa menyatakan saya perlukan petang bukan malam..akhirnya terpaksa akur pemasangan waktu malam tanpa pemantauan saya kerana tidak ada pilihan.
Pada hari majlis di jalankan sebuah kipas khemah tidak berfungsi dan saya terus memanggil tuan punya khemah supaya datang segera. Setibanya beliau terus berkata..'kalau ikutkan saya akan robohkan khemah ni sekarang..sebab awak ni KERAS sangat pada saya...terkejut beruk juga saya di hadapan pelanggan saya beliau bertindak agak BIADAB. Kena sabar dan menyatakan ini saya sewa dan bayaran mesti setimpal...akhirnya pelanggan saya rela tanpa kipas kerana tuan punya khemah cuba memperbaiki kipas TANPA memenuhi syarat keselamatan (TAK PROFESSIONAL) ,antaranya peralatan yang kurang lengkap, tidak menjaga keselamatan petugas dan orang awam dll...kerana yang menganjurkan program hari itu ialah jabatan Security Health and Environment.
Sepanjang program saya memikirkan SIKAP BIADAB dan TIDAK PROFESSIONAL orang melayu macam saya...mungkinkah saya biadab dulu kerana katanya saya KERAS. Insiden ini menyentuh hati kecil saya kerana begitu mudah seorang usahawan yang khidmatnya di perlukan boleh MENGUGUT pelanggan untuk merobohkan khemah...aduuh...macam mana sikap kita bila sedikit maju dan khidmat di cari? Sombong? tarik harga? atau lebih tawwaduk kerana insaf Allah beri rezeki melimpah di musim perayaan?? pening saya memikirkan sikap orang melayu dalam era global ini. Satu feedback saya perolehi daripada teman-teman yang pernah menyaksikan khemah di pasang di surau waktu maghrib ialah petugas TAK SOLAT... saya kira inilah punca sikap orang melayu, TAK BERKAT...maaflah I am a Muslim first, tak dapat nak menolong kalau sikap orang melayu kian gawat akhir-akhir ini. WaAllahu'alam.

Salam. Tiada penyelesaian kalau kita cerita "Melayu" atau apa keturunan Bangsa sekalipun. Sebab dalam alQuran pun Allah tak seru ikut Bangsa, "Wahai MANUSIA!" , "WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN!" Tak sebut, "Wahai Melayu! " etc, etc. Betulah... KIta ini Islam dulu. Tak jadi masaalah dalam dunia ini kalau kita kehilangan identiti Bangsa tetapi kita amat kerugian hilang Identiti ISLAM. Saya pun dulu saya Jawa. Tetapi identiti itu hampir hilang. Dalam perlembagaan saya dikira Melayu. Kalau bapak saya masih ada, adat kata "taubat" dia tak setuju.Jawa tetap Jawa. Pulau Jawa pun masih ada. Tanah Melayu mana ada. Pun dan lesap. Mertabat Melayu akan naik lebih menonjol kalau berpautkan ISLAM. Allah redha, itu lebih penting.
ReplyDeletesoheh wa taudhih. Tepat dan jelas
ReplyDelete