Pada 14 dan 15 Oktober jam 8.00 malam di auditorium MBSA yang boleh memuatkan 1000 penonton padat dengan peminat Maher Zain. Katanya tiket habis terjual dua minggu sebelum program. Alhamdulillah minat kepada penyanyi asal Lebnon ini dikalangan remaja amat tinggi sekali, semoga mereka dapat menghayati lirik nasyid lslamic yang amat berkesan...bukan kerana rupa paras Maher Zain yang muda,kacak dan segak. Alhamdulillah juga Maher Zain sudah punya isteri...kalau tidak mau terhiris jari wanita-wanita di Shah Alam terpesona dengan kesegakan Maher Zain. (Rujuk kisah Nabi Yusuf yang bukan sahaja kacak tetapi berhemah, sabar dan tidak membalas dendam)
Pihak penganjur dengarnya 'underestimate' permintaan peminat bilamana tiket tidak dapat di beli di saat akhir. Sepatutnya konsert ini di adakan di Stadium Malawati seperti rapat umum Palestine dan banyak acara lain. Dengarnya dengan serbuan peminat Maher Zain mungkin pihak penganjur akan menjemput Maher Zain lagi bulan Februari nanti.
Konsert satu hal, persiapan pihak penganjur khabarnya hal lain. Ramai pengunjung yang datang awal untuk bersolat maghrib di MBSA merungut tiada arah yang tepat kerana banyak pintu dan yang paling memeranjatkan kebersihan sekitar tempat konsert 'tidak bersih'.Aduan yang saya terima sukar nak di sebut di sini..terfitnah pula MBSA nanti. Bukankah ini musim fitnah di sana sini, saya ingin berkecuali.
Saya salah seorang yang tidak dapat membeli tiket konsert sekembalinya saya daripada Jakarta katanya tiket yang termahal pun habis terjual. Namun seorang teman yang kebetulan ibu saudara event manager di USA dapat tiket complimentry (percuma) melaporkan betapa sambutan hebat dan menghiburkan. Kalau seorang peminat dewasa pun terkesan saya yakin remaja apatah lagi...alhamdulillah kalau anak-anak dapat menzikirkan nasyid Maher Zain...sebab mesejnya banyak sekali. Syabas kepada pihak penganjur dan barakahlah sambutan 10 tahun Shah Alam menjadi bandaraya.
Saya melihat konsert Maher Zain boleh mengubah paradigma minat remaja Melayu daripada yang celaru sekarang kepada yang bermatlamat dan menginsafi tujuan di hidupkan. Zikir Alhamdulillah, InsyaAllah dan barakaAllah yang berkumandang dimana-mana menyenangkan telinga. Sejarah hidup Maher Zain juga turut indah di contohi kerana beliau 'bertemu jalan pulang' melalui luahan nasyidnya.
Doa saya anak-anak kecil dapat mendengar nasyid berkualiti mulai sekarang.Cukup-cukuplah bait-bait cinta nafsu di dendangkan ke telinga mereka melalui pelbagai media. Harap-harap pihak penaja ada merakam dan menjual VCD konsert Maher Zain di Shah Alam. Pasti terjual macam goreng pisang panas!
No comments:
Post a Comment