NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, October 16, 2010

FUTSAL YANG UBIQUITOUS (BERADA DI MANA-MANA)





bunga-bunga di pameran pesta bunga shah alam





majls aqiqah dua orang cucu





Laman Budaya Shah Alam










petugas D'Arab Cafe sibuk menyediakan 'mandey lahaam'
Pengurus baru D'Arab Cafe Kawasan Perniagaan Seksyen 7




Kiosk Mawaddah Kraf Laman Budaya



Pegawai Keselamatan membantu Kiosk Mawaddah Kraf





Salam

Sabtu 16 Oktober kesempatan yang sedikit untuk berkemas rumah dan membasuh pakaian. Suami pula berehat setelah menjalankan rondaan 'Skuad Aman' di Taman Tasik seksyen 7 hingga 2.00 pagi. Beliau dan team skuad menyaksikan dua kumpulan remaja melayu merayakan hari lahir dengan memasang lilin keliling mereka...bila ditanya jawapan mereka 'seronok-seronok'. Mungkin mereka tidak punya identiti dan budaya yang jitu/kukuh (thabit) untuk di pertahan dan di perjuangkan hingga syahid seperti remaja di Gaza Palestin. Amat runsing kami orang dewasa ini di perlakukan remaja Malaysia hari ini.

Jemputan majlis kesyukuran bakal-bakal haji mencurah-curah selepas jamuan hari raya tamat, Begitu juga dengan Majlis perahwinan. Hari ini saya dan suami memilih majlis aqiqah dua cucu perempuan serentak, mereka adalah anak-anak saudara seorang anggota Urban Team. Barakahlah keluarga ini yang menerima dua cucu serentak dalam bulan Ramadhan. Meriahnya majlis bak khenduri kahwin, alhamdulillah almaklum dua ekor kambing tumbang.

Selepas solat Asar kami ke D"Arab Cafe di kawasan perniagaan seksyen 7 belakang pasaraya Bintang. Seorang pengurus baru, Anas, memulakan tugasan hari ini. Nasihat kami agar beliau menjadikan tugas baru sebagai ibadah yang mendapat ganjaran berganda jika dilakukan dengan penuh amanah. Di fahamkan pengurus sebelum ini kurang komited dan perkhidmtan kepada pelanggan agak terjejas. Pemerhatian saya mudah sahaja kerana soalan pertama saya kepada kakitangan di situ hari Jumaat petugas lelaki pergi solat Jumaat ke?. Jawapan negatif menyakitkan saya.
Selaku penasihat D'Arab Cafe saya terus menasihatkan tuan punya perniagaan 'tidak ada kompromi tentang solat Jumaat' dan beliau bersetuju. Saya juga menawarkan akan memberi tazkirah kepada petugas beliau yang kian bertambah berikutan perniagaan yang agak rancak sekarang. Di fahamkan sepanjang hari cuti hari ini Anjung 7 sesak dengan pelaggan dan parking berlapis-lapis. Alhamdulillah murah rezeki di tambah dengan catering di sana sini.

Menjelang program kemuncak latihan Mawaddah Kraf dengan ExxonMobil pada 24 Oktober saya dan seorang teman sibuk sejak beberapa hari membincang dan mencari keperluan mempersiapkan kiosk di Laman Budaya. Kebetulan petang ini ibu tunggal yang membantu kiosk dapat melapangkan masa. Bila di tanya tentang minggu hadapan beliau menjawap tak dapat hadir kerana 'ada futsal'.
Mulanya saya anggap beliau sebagai penonton acara kampong atau kejiranan. Saya desak juga hadir minggu hadapan kerana ia program CSR Syarikat ExxonMobil khusus kepada ibu-ibu tunggal. Beliau menjawab 'saya main futsal' Dengar tak dengar saya bertanya "sekali lagi? 'ya, saya main futsal..minggu lepas kami lawan kumpulan Ijok, kalah" Ni biar betul..seorang ibu tunggal yang pernah susah nak bercakap satu masa dahulu kini bermain futsal. "Dah tujuh kumpulan sekarang...makin bertambah, tapi perempuan semua, peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).' beliau memberi penjelasan yakin diri, syabas!!

Saya tersenyum dalam hati..apa hal AIM ni mendedahkan ibu tunggal yang dapat bantuan pinjaman bayar mingguan dengan permainan futsal..tak ada kerja lain ke? Netball ke mana? oo..kini trend futsal, kena mainlah...pening lagi saya memikirkan pentadbiran ikut trend ni. Terpacul kata-kata dari mulut saya...'tak boleh ke buat program pertandingan Quran ke? ibu tunggal teman saya tu senyum saja. Dia tahu saya tau dia masih lemah membaca jawi dan alQuran, tapi sekarang saya lihat dia suka membaca buku-buku Islam dirumah saya alhamdulillah. Futsal pun futsal lah... dah permainan tu berada di mana-mana (ubiquitous) macam handfon dan wifi, tak pandai bermain pun kena mainlah..semoga sihat semua pemain ahli AIM era baru ni. Siapalah punya idea agaknya, terimalah baik buruknya, jawablah bila di tanya nanti...WaAllahu'alam.








No comments:

Post a Comment