NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 11, 2010

HARI RAYA: SUKA DAN DUKA



Duka selepas lebaran: kematian anak kecil kariah seksyen 7
Bersama teman yang bermenantukan wanita Turkey














Sekitar jamuan hari raya rumah datuk bandar shah alam







Negara Indonesia menganjurkan konferen WAMY baru-baru ini

Majlis mengadakan jamuan bakal-bakal haji di surau AtTaqwa seksyen 7 Shah Alam

Salam

Jumaat 8 Oktober 2010 hari akhir bulan Syawal 1431H, juga tarikh lahir suami saya. Kesempatan mengadakan pelbagai aktiviti pada tarikh ini di rangkum untuk merayakan hari lahir dan mengucapkan selamat tinggal kepada aidilfitri yang berlalu.
Seorang teman lama menerima menantu perempuan warga Turkey. Saya kagum dengan teman yang baru kematian suami ini kerana amat tabah bersama anak-anak menganjurkan jamuan yang meriah di bangunan PKPS Shah Alam. Tahniah semoga dapat cucu yang comel dan mongel.

Seorang teman yang baru melahirkan anak kecil dan lepas berpantang di uji selepas syawal berikutan anaknya yang keenam berumur 4 tahun tidak sembuh daripada demam sejak beberapa hari dan doktor mendapati virus telah menyerang paru-parunya. Kematian yang kariah terima pada saat persiapan jamuan hari raya menyebabkan kami rasa sedih dan berdukacita, namun amat yakin ibu yang sabar itu akan di ganjarkan dengan seorang anak yang menantinya di syurga firdaus. Ameen
Sekelumit kisah suka duka aidilfitri tahun 1431H saya rakamkan sebagai iktibar bahawa hidup ini bukan semuanya girang kerana pintu ujian adalah barometer kepada keimanan, sejauh mana kita semua yakin akan ada hari pembalasan yang tidak akan terluput amal baik dan buruk walau sekecil habuk pun. Nauzubillah kita sama-sama berdoa di jauhi azab neraka yang amat pedih tidak tertanggung.



No comments:

Post a Comment