NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 11, 2010

CHAOTIC WEDDING = PERKAHWINAN YANG HURU HARA













































Gambar-gambar hiasan sekitar majlis perkahwinan dan jamuan
Salam

Majlis dan Jamuan Hari Raya di pekarangan Surau AtTaqwa seksyen 7 Shah Alam sempurna di jalankan pada tarikh keramat 10.10.2010. Alhamdulllah semua nampak berpuashati. Tiga penaja, Surau AtTaqwa, MPP Zon 3 dan Persatuan Penduduk memperlihatkan kerjasama yang amat baik yang saya anggap anugerah Allah jua kerana jarang juga organisasi sukarela begini dapat bekerjasama. Syukurlah masing-masing ada kerendahan dan keikhlasan hati untuk mendapat redho Allah.

Selsai berehat dan solat Isya saya cuba melihat channel TV dan terserempak dengan lintaslangsung perkahwinan angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muzaffar dan Datin Dr Harlina. Pasangan yang amat cucuk dan acara di beri tema Persandingan Kayangan mengambil sempena alam jagat raya di bulan...

Dalam satu temuramah dengan bekas angkasawan daripada India yang pernah menyertai misi angkasa tahun 1994 (seorang juruterbang) beliau di tanya pandangan tentang acara dan budaya perkahwinan orang Malaysia. Saya dan suami tersenyum mendengar jawapannya..'not much different between Indian wedding, there are some similarities though Indian weddings are more CHAOTIC ' {terjemahan: tidak banyak beza dengan majlis perkahwinan orang India, ada beberapa persamaan, walaupun majlis perkahwinan orang India lebih HURU HARA}

Bagi yang biasa menonton filem Hindi mungkin faham apa maksud 'huru hara' tapi saya tidak menafikan majlis perkahwinan orang Malaysia apa kurang huru haranya. Dalam majlis aqad nikah terserlah keayuan gadis Islam, bertudung menutup aurat, tapi dalam majlis bersanding di hadapan khalayak ramai yang di pertontonkan ialah wajah 'terdedah sana sini' tanpa menghiraukan hukum syara' dan menjaga aurat. Selain serabut saya jadi pening memikirkan setengah alasan tidak menutup aurat sebagai 'apa salahnya...sekali dalam hidup.' Yang saya kurang arif ialah perkataan 'sekali' yang membatalkan amal sepanjang hayat!! WaAllahu'alam. Saya tidak berhak menghukum kerana era saya mengadakan majlis perkahwinan dulu pun semacam saja, kesal kerana jahilnya saya dan sering memohon Allah ampunkan kehuruharaan saya ketika itu.

Di sebelah tengahari sebelum majlis surau AtTaqwa saya dan suami berkejar ke majlis persandingan anak seorang teman. Ada live band dan biasanya akan ada karaoke..pada saya memang huruhara kerana sound sistem tidak sehebat hajat..pecah suara penyanyi dek sistem yang kurang baik. Dan saya pun orang yang tak suka hingar bingar dalam Majlis menjalin silaturrahim, nak bercakap pun susah.

Begitulah 'chaotic' / huru haranya masyarakat kita jika tidak berpaksi kepada kehendak syara'. Saya tidak menghukum karaoke haram atau majlis meriah dan mahal...tapi yang jelas tidak mematuhi hukum Allah seperti menjaga aurat, menjemput tetamu secara adil (Bukan orang kaya sahaja) dan untuk pamer-pamer...saya rasa memang huru hara bila sampai waktu penghisaban nanti..suatu yang mengerikan kerana 'finah tidak akan mengenai orang-orang yang zalim sahaja... dan azab Allah amat pedih' (maksuh ayat Quran)

KepadaMu ya Allah aku memohon keyakinan yang jitu dan bertawakkal kepadaMu sahaja...semoga dengan doa ini saya terpandu, ameen

2 comments:

  1. Salam Ani, sebenarnya banyak perkara yang 'chaotic' dalam masyarakat kita, kadang-kadang dalam hidup kita sendiri pun begitu. Itulah kita sentiasa mohon perlindungan.
    Tahniah, "beautiful face lift" untuk blog.

    ReplyDelete
  2. salam sobah. ya lah. adik saya di batu pahat tolong face lift blog. ada video mahir zain tu dengarlah, alhamdulillah...tak berapa serabut berbanding era jahil...

    ReplyDelete