Anak-anak di quarters kerajaan Jalan kelantan
Hj Muhammad Sidek (arwah bapa mertua), Ahmad Shukry dan Siti Zuaidah (arwah ibu mertua)
Arwah ibu dan bapa saya yang di kasihi
Arwah ibu dan bapa saya yang di kasihi
Muhammad Safaruddin
keluargaku kebahagiaanku
Salam
Isnin 11 Oktober 2010 awal pagi kami meneruskan kelas pengajian 'memahami fiqh semasa'. Memandangkan kunci pejabat MPP tertinggal di rumah Ustaz yang membimbing kami kerjasama Pengerusi Surau AtTaqwa yang kebetulan salah seorang penuntut di perolehi untuk mengadakan pengajian di bilik mesyuarat surau di tingkat atas.
Hampir dua bulan kami tidak mengadakan pengajian kerana bulan Ramadhan dan memberi peluang musim perayaan. Bilangan penuntut masih belum penuh namun Ustaz meneruskan pengajian.
Entah mengapa sejak saya mendengar seorang ustaz kuliah harfiah alquran menasihatkan agar mengambil berat peringatan Alquran berhubung mesej 'fitnah dan ujian' kepada masyarakat kesan pelbagai keingkaran kepada perintah Allah saya sering merenung insiden yang berlaku di sekitar. Maksud ayat Alquran tersebut ialah 'takutlah kepada ujian dan musibah yang tidak menimpa orang-orang zalim sahaja.Sesungguhnya azab Allah amat pedih"
Beberapa hari sebelum kami pulang daripada tanah suci anak saya menghantar sms berita kematian seorang jutawan yang di bakar bersama tiga rakannya; pada petang ahad 10 Oktober yang di katakan tarikh keramat telah berlaku kemalangan jalanraya di lebuhraya PLUS yang mengerikan berhampiran Melaka dan meragut berbelas nyawa: kematian mengejut orang dewasa dan anak-anak dan penyakit yang menyerang tiba-tiba, antaranya seorang teman yang mendapat stroke sehari sebelum Hari Raya.
Pernah seorang ustaz dalam kuliah tafsir quran bertanya...musibah sekaligus seperti tanah runtuh dan tsunami yang berlaku di Indonesia...mana lebih derita berbanding ujian dan musibah anak membunuh ibu, anak derhaka dan perlakuan kurang sopan anak-anak muda yang memualkan hari ini? Lantas dia sendiri menjawab bahawa FITNAH yang berlanjutan memberi tekanan kepada insan adalah lebih derita dan pedih daripada kesan tsunami yang mengorbankan jutaan nyawa kerana tsunami berlaku sekaligus, serentak sedangkan perlakuan biadab kepada Allah dan manusia merupakan sangsara yang berpanjangan, ini baru di dunia yang sementara....
Belum sempat kelas pengajian tamat saya menerima panggilan talipon..."mak cik...anak mak cik ni...terus suara menangis" Saya dah mula panik...mana satu anak saya yang berempat ini Allah nak ambil nyawanya?? Terus talipon bimbit saya berikan kepada suami saya....setelah mendengar perbualan suami saya barulah reda bahawa ia bukan berita kematian...
Hampir 30 minit percakapan talipon suami saya dengan seorang remaja perempuan, diikuti perbualan dengan ibunya...semua rekod nama remaja, ibunya dan alamat saya catit. Katanya kes penipuan...saya terus beritau suami ini kes FITNAH dan segeralah buat laporan polis.
Benar seperti kata ustaz tafsir...fitnah dan ujian yang berlanjutan mendera dan memedihkan jiwa semua yang terlibat termasuk seisi keluarga. Melalui blog ini saya ingin meluahkan perasaan sedih seorang ibu yang cuba mendidik seorang anak, tak kira ada pertalian darah atau tidak, janji ia seorang anak kecil yang di belai dengan penuh rasa kasih sayang, almaklum si anak belum tau apa-apa..kini bila anak sudah besar panjang dan mampu berdikari semua itu di lupakan dengan mudah, tapi ketahuilah bahawa Allah tidak akan lupa...
Mudah-mudahan selepas saya tiada di dunia ini anak-anak dan cucu-cucu saya mula membaca blog saya dan merenung dengan dalam kesan FITNAH yang merupakan satu tikaman tajam yang menyakitkan ,malah lebih teruk daripada membunuh.
Sewaktu solat Jumaat sedang berlangsung pada hari Jumaat baru-baru ini saya kebetulan berada di Anjung 7 Food Court menanti suami saya menjemput selepas solat. Beberapa orang dewasa Muslim sibuk menyediakan makanan kepada pelanggan wanita dan bukan Islam. Hati saya amat sakit bagai di hiris memikirkan mengapa mereka sanggup meninggalkan kewajipan solat yang amat di tuntut? Tidak mampu saya melawan keingkaran ini hanya sekadar memboikot makanan jualan mereka sekalipun saya berhajat ingin merasainya. FITNAH yang berleluasa berlaku dalam masyarakat hari ini memang merunsingkan dan perlu di cari punca... Seorang anak yang di didik dalam persekitaran yang selamat ternyata tak selamat bila dia keluar dan bertemankan mereka yang ingkar....nauzubillah. Kesakitan FITNAH memang berat dan pedih dan saya tidak hairan mengapa beberapa pendakwah ikhlas seperti Hassan AlBanna menangis sepanjang malam memikirkan keadaan masyaraktanya di Mesir dalam tahun 40-50an. Kini abad ke 21 tahun 2010 di Malaysia penyakit yang sama, malah lebih teruk sedang melanda masyarakat, siapa yang mau menangis???
Sesuatu tindakan perlu di buat...saya berlepas diri daripada semua karenah masyarakat kecuali daripada Allah saya memohon jalan keluar...Surah AtTalaq 2-3 berbunyi "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka dan barangsiapa bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Itu sahaja nasihat saya dan suami kepada peristiwa FITNAH yang mendera dan berpanjangan jika kita tidak kembali ke jalan taqwa. WaAllahu'alam

No comments:
Post a Comment