NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, October 9, 2010

10.10.10


pesta bunga shah alam bermula

abadikan gambar persandingan di Jakarta
team mawaddah kraf di laman budaya





gambar sekitar majlis di Alor Star

Salam

Sebaik selsai solat Subuh Sabtu 9 Oktober 2010 kami menyertai rombongan peminangan anak saudara saya ke Alor Star. Suami saya di tugaskan menjadi jurucakap. Alhamdulillah kini musim merancang perkahwinan majlis perkahwinan dan menimang anak dan cucu bagi warga tua macam kami sedang rancak berlangsung di mana-mana bagi remaja dan anak-anak berumur dua puluhan. Tak terkejar menghadiri majlis-majlis yang di adakan terutama pada tarikh keramat 10.10.10

Tahun ini ramai berfokus kepada tarikh keramat 10.10.10. Kebetetulan ia jatuh pada hari ahad. Dari orang kenamaan sampai ke ceruk-ceruk kampong tarikh ini di pilih untuk mengadakan jamuan dan pelbagai majlis. Surau AtTaqwa seksyen 7 Shah Alam tidak ketinggalan akan mengadakan jamuan Hari Raya 'terlewat' bersama MPP Zon 3 dan Persatuan Penduduk Seksyen 7 PKNS pada petang tarikh tersebut.

Majlis perkahwinan ahli keluarga, teman dan petugas pejabat tidak dapat di kira banyaknya, tak tau yang mana satu dapat di hadiri. Begitulah keramat tak keramatnya tarikh 10.10.10. Apa pun janji jangan jadikan tarikh ini khurafat sudah... sepertimana minda musuh kebenaran, ada sahaja yang nak di jadikan keyakinan dan sembahan (kecintaan), tarikh lah, kejadian pelik lah dan macam-macam lagi semata-mata ingin mendustai keesaan Allah dan kuasa mutlakNya.

Menjelang 10.10.10 pelbagai persiapan berlaku di Shah Alam kerana tahun ini MBSA menyambut tarikh pengistiharan Bandaraya yang ke 10. Kebetulan saya dan teman sedang merancang menjadikan kiosk Mawaddah Kraf di Laman Budaya aktif tahun ini dan tahun-tahun mendatang, saya berkesempatan meninjau persiapan pesta bunga di Laman Budaya. Laman Budaya juga akan menyaksikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang seminggu perayaan. Misi LifeLine for Gaza turut mengutip derma melalui jualan 'bookmark' oleh Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Harap-harap masyarakat Shah Alam kekal dengan tiga kebaikan yang di sebut dalam Surah Al lail iaitu: Suka memberi sedekah, Bertaqwa dan Benar dalam membuat kebaikan, maksudnya jujur dan berakhlak.

Namun melihat perkembangan sosial dalam persekitaran globisasi, kebebasan tanpa batas dan wujud unsur pelik-pelik dalam masyarakat, tugas menjaga tiga kebaikan tersebut bukannya mudah. Saya berkesempatan bertemu anggota 'Urban Team' yang bersedia membantu saya merealisasaikan pakej "Finishing School' bertujuan mengelakkan remaja wanita menambah bilangan penghuni 'Rumah Harapan' seperti yang wujud di sebuah negeri di Malaysia, terutama di kalangan pelajar sekolah. Berdoalah wahai ibu, ayah dan anak remaja agar Allah pelihara kehormatan gadis-gadis suci seperti Allah menjaga kesucian isteri Nabi Ibrahim Sarah. Doanya berbunyi "Ya Allah kau peliharalah farajku/anak/cucu ku hanya untuk suamiku/nya yang sah dan halal sahaja dan jauhilah dia daripada perbuatan orang-orang zalim dan kafir' InsyaAllah selamat.

Keadaan ekonomi pula amat membimbangkan untuk masyarakat sanggup memberi sedekah, almaklum semua takut miskin dan fakir seperti janji bisikan syaitan yang lupa bahawa Allah akan membalas beganda-ganda jika kita ikhlas, kalau tidak di dunia, di akhirat .

Semoga tarikh keramat 10.10.10 di Shah Alam akan membuat perubahan dan perbezaan yang positif dimana ia harus bermula dengan keyakinan dan tawakkal yang tinggi kepada Allah. Mawaddah Kraf juga komit untuk mengujudkan Galeri Mawaddah di Anjung 7 sebagai satu usaha yang bercirikan infaq dan galakan kepada beribadah dengan selesa, suci dan menyerlah. Ia merupakan susulan kepada lawatan kami bertemu seorang bekas guru yang sanggup mengajar kemahiran menyediakan pakej solat, umrah, haji dan set jenazah. Saya berdoa bila-bila masa pun apa yang kami rancangkan di berkati dan memberi kesan kepada konsep 'Issy Kariiman' (hidup mulia) sementara kami masih di beri nafas dan kesihatan. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment