NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, October 6, 2010

BATAS SUCI
























Gambar-gambar hiasan untuk di abadikan




Salam

Jam menunjukkan 1.45 pagi Khamis 7 Oktober 2010. 3 jam yang lalu saya baru mendarat di lapangan terbang KLIA melalui pesawat KLM daripada Jakarta. Terlalu lama tidak berpeluang menulis kerana di Jakarta dan Bandung kurang kesempatan meninjau cybercafe dan bertanyakan kawasan wifi walaupun kami menginap di kawasan bandaraya.

Terlalu banyak ingin di kongsikan mengenai lawatan kali ini kerana kami suami isteri mewakili team projek Situwangi Boarding School (SBS) menghadiri majlis perkahwinan seorang petugas (karyawan) SBS. Genap seminggu kami bercuti di Jakarta terasa agak lama berpisah dengan kampong halaman antaranya kerana kami 'kesunyian' di tengah-tengah bandaraya Jakarta. Selain biasa melawat Jakarta dengan adik beradik atau team SBS kali ini kami berdua sahaja menginap di Ascott, kebetulan tuan rumah pulang ke Malaysia dan pembantu rumah kini mengendalikan sebuah rumah lain kepunyaan syarikat.

Tajuk Batas Suci saya pilih dalam blog kali ini ialah untuk berkongsi pengalaman bahawa di Indonesia ada istilah 'batas suci' sebagai pemisah antara tempat solat iaitu kawasan yang tidak di langkaui kasut untuk menjaga kebersihan masjid atau musolla(tempat solat). Satu kemajuan yang ketara bagi pelawat di Indonesia sekarang ialah terbinanya R&R yang cantik dan bersih ala R&R Plus di Malaysia. Pengalaman saya menunaikan solat di musolla R&R dalam perjalanan pergi dan balik Jakarta Bandung membuatkan perjalanan amat selesa kecuali berhadapan dengan macet (kesesakan) menaiki jalan berbukit ke Garut dan masuk ke bandaraya Jakarta.

Batas Suci yang ingin saya sarankan kepada negara Indonesia ialah supaya mengadakan lebih banyak R&R terutama di stesyen minyak. Tempat-tempat ini amat perlu menjaga 'batas suci'. Dalam sebuah insiden kami ingin ke bilik air di sebuah stesyen minyak dan didapati bilik air amat kotor dan tidak ada bekalan air. Mau tak mau kami terpaksa bertahan almaklum dalam usia lewat ini antara keperluan mendesak ialah menjaga keperluan toilet. Semoga lebih ramai petugas di Indonesia menjaga 'batas suci' bukan sekadar untuk kawasan di musolla.

Pengalaman yang ada kaitan dengan konsep batas suci ialah amalan yang masih berlaku bila berurusan dengan pentadbiran di jabatan kerajaan di Indonesia. Kami di fahamkan SBS tepaksa akur dengan kehendak 'membayar' kelulusan menubuhkan sekolah kerana tidak ada pilihan lain. Mudir sekolah yang ingin menjaga 'batas suci' terpaksa berkompromi untuk memungkinkan sahnya kewujudan sekolah di sisi hukum.

Sewaktu kami 'check in' di kaunter KLM petang tadi dua beg yang kami ingin bawa ke dalam kapalterbang di nasihatkan untuk check in dan ini telah melanggar syarat 1 baggage 1 penumpang yang di amalkan KLM. Dua beg harus di bayar USD 55 x 2 = USD110 hampir RM400. Kami hairan kenapa orang lain di benarkan membawa luggage ke kabin sedangkan kami hanya ada beg pack yang boleh di anggap handbeg. Di akhir perbincangan baru kami faham bahawa sedikit sahaja pelanggaran peraturan boleh di jadikan sebab melanggar 'batas suci' dan petang tadi kai terpaksa menukar RM180 kepada Rupiah 500k untuk di beri kepada petugas di kauter KLM. Batas suci saya ialah membayar USD110 dengan resit atau sogokan Rupiah 500k? Mungkin saya dan suami terlanggar batas sci kali ini kerana ingin menurutkkan kehendak petugas, WaAllahualam.

Sewaktu berjalan di laluan kastam Malaysia di KLIA seorang pegawai kastam menunjuk kepada kotak besar yang saya bawa mengandungi kain tudung, beg dan telekong untuk jualan di Galeri Mawaddah. Kebetulan suami saya telah terkehadapan, saya meluru mengikutinya tanpa mengendahkan hasrat pegawai kastam ingin memeriksa kotak saya. Sekali lagi saya telah melanggar 'batas suci' kerana melanggar peraturan kastam. Dalam hati ini berperang pandangan : sejauh mana saya mampu menjaga batas suci yang di gariskan oleh sikap berlaku 'jujur' di hadapan Allah? Maksud sebuah hadis 'jika kamu jujur Allah akan menepati kehendak kamu.' Begitulah konsep 'batas suci' yang perlu kita sama-sama renungkan agar amal kita di redhai Allah dan tidak terbatal kerana terlanggar atau sengaja melanggarnya.

1 comment:

  1. Salam. Itulah yang dirisaukan - terjebak dengan yang "tidak suci". Dalam dunia korporat apatah lagi. Susah nak kenal batas-batas tersebut. Semoga Allah mengampuni.

    ReplyDelete