NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 24, 2010

BIAR BETUL






Salam





Tidak ramai yang memikirkan di sebalik kelebihan umat Islam beribadah di tanah suci ada risikonya. Kalau ganjaran setiap amal di katakan 100 ribu kali di Masjidilharam, bagaimana pula jika amalan mungkar? Para sahabat Rasulullah saw paling sensitif denga ganjaran negatif itu sehinggakan mereka amat berhati-hati bila berada di Kawasan haram Mekah dan sering keluar kota di bimbangi tindakan mereka merupakan dosa yang akan diganda-gandakan balasan buruk sama seperti janji ganjaran beramal.



Terkadang saya kurang percaya apa yang berlaku di tanah suci. Tidak sah sekiranya jemaah tidak kehilangan wang ringgit dan Saudi Riyal sewaktu ke masjid, ketika bertawaf dan dalam bersesak-sesak. Apa yang saya sering berhadapan ialah tektik seorang yang bertanya, 'sister.you speak English.." Bila kita rasa hebat faham berbahasa Inggeris leaki tersebut akan menceritakan beliau dan keluarga kehilangan semua dokumen dan wang ringgit serta minta bantuan. Sekurang-kurangnya 5-6 percubaan yang saya terserempak. Senangnya saya buat tak faham kerana suami saya pernah menjawab soalan tersebut di akhiri dengan nasihat suami saya agar lelaki tersebut menemui pejabat kedutaan negaranya. Kecewa juga usaha dan tektik ingin mencari jalan pintas mendapat wang mudah.





Di satu pagi saya dan suami ke pasaraya Ben Dawood satu-satunya pasaraya yang menjadi tumpuan membelibelah di Mekah. Terkejut besar saya melihat seorang lelaki berpakaian ihram sedang minum air di hadapan cashier. Tiada siapa yang bertanya, apatah lagi mencegah. Dengan bangga lelaki itu bertanya tempat membuang botol airnya. BIAR BETUL....di pintu masuk masjid kami di periksa ketat dan di halau keluar jika membawa makanan berbuka...kini tiada siapa kisah seorang Muslim minum di khalayak ramai. Di Malaysia orang Islam akan di tangkap makan di khalayak ramai!. Dalam saya tercengang suami saya merujuk ayat Quran tentang orang puasa yang di bolehkan berbuka jika bermusafir...berumrah di mekah adalah bermusafir.



Kini baru saya insaf betapa mulianya kesabaran seorang yang berpuasa (Soaim dalam bahasa Arab). Tidak perah terfikir di benak saya akan berbuka puasa sekalipun melakukan tawaf dan sa'ie. Inilah sebabnya pahala puasa adalah hak Allah menentukan dan kegembiraan adalah waktu berbuka (bila air terasa manis) dan waktu bertemu dengan Allah membawa kesabaran puasa yang di terimaNya.



Saya juga terpegun dengan kata-kata BIAR BETUL bila meihat di dataran antara Zam-zam dan Sofwa Tower ramai orang Arab menjadi pelanggan STARBUCK CAFE...kawan-kawan di Malaysia memboikot STARBUCK kerana pengusaha Starbuck mengirim keuntungan perniagaan kepada Yahudi untuk di belanjakan kapada sumbangan untuk membunuh rakyat Palestin..kini orang Arab jiran Palestin medokong perniagaan yang di ragui ini...BIAR BETUL amanah menjaga kebenaran sukar di laksanakan rakyat berbangsa Arab.

Media di Saudi kini menjadi hiburan utama. Namun ila setiap stesyen tv mempamirkan newscaster (pembaca berita) wanita yang tidak menutup aurat...BIAR BETUL kami menatap TV di negara Islam...atau celupan USA?

Dalam musafir kali ini saya dan rombongan menerima ujian di kenakan excess bagage yang agak tinggi. Bila suami saya menyebut barang-barang kami melebihi had kelayakan hampir 90 kg saya terus menyebut BIAR BETUL...dan kemudian dikurangkan untuk kami membayar hanya kos 40 kg tapi masih mencicah Riyal 3,700..semakinlah kami porak peranda. Mujurlah ahli jemaah kami menyimpan Riyal 3 ribu...terus wang itu di gunakan dan kemudian kami mencari bank AlRajhi untuk megeluarkan wang.






Apa pun saya amat bersyukur semua barang kami selamat sampai sekalipun bayarannya tinggi sekali, seolah dua hala perjalanan ke Mekah semula. Awal-awal pun kami terdengar kaum keluarga menyebut BIAR BETUL bilamana kami menyatakan akan tinggal diMekah lebih 40 hari...dan apa yang menjadi pelik hari ini memang BETUL menjasi kenyataan...dan tidak pelik lagi. Tanda akhir zaman terpampang di hadapan mata. Kami berlindung kepada Alah...dan jauhi kami daripada api neraka.

No comments:

Post a Comment